Sunday, July 24, 2011

oh tb3


view 1 : tengok dan dengar apa yang dikatakan oleh wartawan ni:



view 2 : pastu bandingkan situasi wartawan tu dari bawah :


fikir-fikirlah. kebenaran di depan mata masih mahu disembunyikan. mana objek yang dibaling?




Saturday, July 23, 2011

biometrik boleh dipercayai ke?

kalau korang tonton video ni, mesti korang tahu kenapa suruhanjaya pilihanraya malaysia beria-ria sangat nak laksanakan biometrik kepada pengundi ketika pilihan raya :


kebanyakan pimpinan malaysia terdiri dari hartawan dan jutawan. tidak mustahil mereka mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti ini untuk menjaga harta mereka yang melambak. tak kira sama ada harta halal atau haram. kebiasaannya, orang memiliki harta yang haram hati mereka akan resah dan gelisah dikuatiri kehilangan harta.

jadi, mereka terpengaruh dan berfikir bahawa biometrik adalah cara terbaik untuk mengelak dari sesuatu tempat dicerobohi. mereka menganggap sistem biometrik berkesan untuk semua perkara. ohh.. mereka silap. sebelum tu, mari tonton video ni dulu :


adakah tak mustahil perkara ni boleh berlaku? tambahan pula bagi mereka yang sedang berkuasa dan terus ingin berkuasa.

contoh kelemahan biometrik ialah jika data based tidak serasi dengan cap jari, adakah pengundi tersebut dibenarkan mengundi? akan ada ruang dan peluang BN menipu sebab data based tu dia yang pegang. adakah dapat dikesan pengundi yang mengundi dua kali? apa jaminnannya?

biometrik menggunakan sistem computer telus, bersih dan boleh dipercayai? penipuan cara ini lagi susah nak tengok, kalau nombor jumlah undi yang mesin tu cakap 5000, 5000 la angka dia, tak boleh ada pemantau dan apa sahaja untuk pastikan bentuk angka tu. di hadapan komputer pula duduk seorang manusia dari SPR. boleh percayakah ketelusannya??



guna sajalah dakwat kekal dulu.

lagi pun, sistem canggih sekarang ni menggalakkan penipuan yang lebih canggih. dulu pernah berlaku di satu tempat, gempar semua orang bila nama seorang staf yang telah meninggal dunia, didapati tercatat telah hadir kerja kerana menggunakan punchcard biometrik. jadi orang tahu ada orang lain yang tolong dia capkan kehadirannya dengan menggunakan cap jari dia. itu semua mudah dilakukan oleh pengendali sistem tersebut. jika SPR yang kendalikan, bagaimana plak? ingat lagi bagaimana data kemasukan altantuya shariibu yang telah hilang dari data based imegresen malaysia?



biar rakyat tentukan siapa pemerintah. bukan pemerintah yang kerjanya tipu rakyat bahawa dia sahaja yang layak memerintah tuntutan rakyat hanyalah supaya kerajaan jangan tipu undi semasa pilihanraya.




Thursday, July 21, 2011

yang penting kerja..



dari menteri, duta sampai la ke pegawai kerajaan semuanya umno. baru la boleh buat kerja. betul tak? kalau tak sia-sia la lantik dan bagi gaji mahal-mahal tapi tak nak buat kerja untuk umno/bn. ni la contohnya :







Mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Mejar Jeneral Dato' Seri Mohd Jamil Khir bin Baharom ke rumah Kelab UMNO Kaherah


20/07/2011 - Tepat jam 8.00pg tadi satu gerombolan yang di ketuai oleh TYT Dato Dr Prof Fakruddin telah mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Mejar Jeneral Dato' Seri Mohd Jamil Khir bin Baharom ke rumah Kelab Umno Kaherah yang masih didalam kerja baikpulih. Turut mengiringi lawatan ini adalah kesemua pegawai negeri Melaka iaitu Ust Muhd Anwar bin Idris , Ust Ibrahim bin Hussen dan Ridwan bin Abu Samah.


Penyelengaraan rumah berkenaan adalah bagi memberikan keselesaan kepada kesemua ahli Kelab Umno Kaherah bagi menjalankan aktiviti dikalangan mahasiswa/siswi. Penerangan bagi kerja penyelenggaraan ini telah diterangkan oleh Duta Besar Malaysia sendiri iaitu TYT Dato Dr Prof Fakruddin.


sumber di sini .







Wednesday, June 15, 2011

bersih 2.o tingkatkan ekonomi


antara kategori-kategori utama:


1. petrol

ramai orang akan menggunakan petrol atau diesel pada hari tersebut. tambahan pula yang tinggal berjauhan dari kuala lumpur. rakyat malaysia sememangnya ramai yang guna kenderaan berenjin. kalau dah enjin, mestilah guna petrol atau diesel. belum ada di malaysia ni kenderaan menggunakan bateri melainkan basikal dan motor yang sememangnya tak berbaloi untuk bergerak jauh. bila dah ramai orang guna, maka meningkatlah hasil penjualan petrol atau diesel pada hari tersebut. kan kerajaan untung di situ.



beratur macam ni di stesen miyak untuk pergi bersih 2.0


sesak macam ni di tol kerana nak pergi bersih 2.0


2. tol

semua sedia maklum, lebuhraya di malaysia ni semuanya bertol terutama di kuala lumpur. ramai dijangka akan sertai. sama ada dari utara atau selatan. timur atau barat. sudah semestinya menggunakan lebuhraya yang dibina oleh kerajaan tercinta walaupun terpaksa membayar tol. dengan jumlah yang ramai, pastilah menggunakan kenderaan yang banyak. ditambah lagi golongan yang jarang atau tidak pernah ke kuala lumpur. inilah masanya kalau nak pergi pun.. jika kenderaan banyak, pastilah meningkatkan kutipan tol. ada ke cara nak elak dari bayar tol kalau melalui lebuhraya? kerajaan untung lagi di situ.


3. pengangkutan awam

pada hari tersebut, selain menggunakan kenderaan persendirian. peserta turut menggunakan pengangkutan awam. bagi peserta yang berjauhan dan tinggal di luar kuala lumpur, biasanya untuk mudahkan gerakan, pastilah menggunakan khidmat sewa bas atau menaiki keretapi. bagi yang tinggal sekitar lembah klang, sememangnya mudah mengguna komuter, rapid kl, monorel atau bas. dengan penggunaan pengangkutan awam oleh peserta yang ramai, akan meningkatlah sumber pendapatan semua syarikat yang menyediakan khidmat pada hari tersebut. perkara ni memudahkan mereka membayar cukai kepada kerajaan. kerjaan untung lagi di situ.


4. restoran, cafe dan gerai

al-maklumlah, semua peserta adalah manusia biasa. manusia memerlukan makanan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan tenaga. jadi, pastilah peserta akan mencari tempat mengisi perut. takkanlah sehari suntuk tak makan. tambahan pula yang datang dari jauh. masa inilah paling sesuai restoran, cafe dan gerai akan mendapat keuntungan berganda kerana semestinya peserta akan membeli juadah di premis-premis mereka. lagi ramai peserta, lagi ramai pengunjung. lagi ramai pengunjung, lagi banyak makanan laku dan cepat habis. restoran, cafe dan gerai jika dah habis makanan, pastilah dah memperoleh keuntungan. takkanlah barang habis tapi rugi. tak logik langsung. bukan merompak pun. perkara ini juga memudahkan mereka membayar lesen, cukai atau sewa permis mereka. kerajaan untung lagi di situ.


5. pusat pelancongan

haa.. yang ni kuranglah sikit. pasal nak pergi ke pusat pelancongan ni, hanya yang berkesempatan je.. lagi pun, bagi yang datang dari jauh tu, eloklah pergi ke pusat pelancongan yang mudah untuk dilalui peserta seperti pasar seni, masjid jamek, masjid negara, masjid india, istana negara, stesen keretapi asal kuala lumpur, petaling street, dan hentian puduraya yang berwajah baru!! pusat pelancongan yang paling susah nak masuk pada hari tu, dataran merdeka. sesiapa yang hebat bolehlah masuk. kalau nak jauh sikit dari tempat himpunan, bolehlah pergi ke kl tower, klcc, bukit bintang, taman tasik perdana, petrosains, planetarium negara, muzium negara, bangunan parlimen, taman orkid, perpustakaan negara, dinding penjara pudu dan banyak lagi. perkara ini menyebabkan peserta nampak akan keindahan pusat-pusat pelancongan di malaysia sekaligus menyokong kempen cuti-cuti malaysia.


6. pusat membeli belah

yang khas untuk yang duduk jauh dari kuala lumpur. alang-alang dah datang, beli la sebarang dua cenderahati untuk dibawa pulang. takkan pulang tangan kosong je kot.. kalau yang minat barang seni, boleh membeli di pasar seni. kalau yang minat barang berjenama tapi murah, boleh membeli di petaling street atau masjid india. kalau yang minat ubat kuat, boleh membeli di jalan chow kit. tapi tak jamin la kesihatannya.. kalau yang minat membeli borong, mydin. kalau minat barang berjenama original, bukit bintang. kalau minat barangan elektronik, lowyat atau sungei wang. selain itu, banyak lagi pusat membeli belah yang menarik seperti sogo, isetan, berjaya time square, starhill, lot10, Fahrenheit 88, suria klcc, mid valley, dan lain-lain.


kesimpulannya, susahlah kalau nak cakap kalau ramai orang, ekonomi akan jatuh. peniaga akan rugi.








Monday, June 6, 2011

kronologi pemergian E72 bro


peristiwa ni berlaku semalam, 5 jun 2011 bersamaan 3 rejab 1432. pada pukul 7 pagi lebih..

bertempat di tingkat teratas, sebuah imarah, salam sadnawi (area dalam), az-zagazig, as-shargia, a.r.e


memang tabiat orang yang duduk di mesir ni kalau musim panas, tidur di awal pagi. pasal kalau tidur malam, panas. sepanas-panas musim panas, waktu subuh pasti akan berasa nyaman jugak. dan sedap untuk tidur.


ada seorang bro, dia ni nak menduduki ujian lisan pada pagi tu dalam pukul 9 pagi. dia pun bangun la awal sikit dari member-member lain. tapi ntah la, kenapa pagi tu ada seorang arab ni, umur dalam pertengahan, datang umah dia duk tanya pasal dapur ke pasal gas apa tah. bro ni pun kureng paham sangat dengan bahasa ammi ni. pastu bro ni cakap tak nak apa-apa pun dari arab tu. tapi arab tu cakap dia akan datang lagi sebentar lagi.


pastu bro ni pun pergi la ke bilik air untuk persiapkan diri. sementara bro ni di dalam bilik air, bro ni terdengar seseorang memberi salam dari luar rumah. tapi bro ni buat tak endah je la pasal bro ni tidak mengesyaki apa-apa.


setelah bro persiap diri, bro ni pun keluar dari bilik air. bro pun menyedari ada sesuatu tidak kena. bro ni mendapati hensetnya telah hilang dan hanya ditinggalkan covernya sahaja. adus.. bro ni pun pergi mendapatkan member-membernya yang sedang tidur untuk dapatkan kepastian di manakah hensetnya. malangnya, semua member-member bro nyenyak tidur. setelah lebih lama berusaha, akhirnya adalah juga seorang membernya terjaga. bro pun menyuruhlah membernya supaya misscallkan hensetnya. memang sah hensetnya telah dirembat oleh arab kerana nombor bro tidak boleh dihubungi lagi.




maka pergilah bro ke dewan ujian lisan dengan hati yang gundah kerana ujian lain yang dihadapinya lebih awal. marilah kita doakan supaya Allah bukakan hati arab tersebut supaya diberikan petunjuk oleh Allah untuk bertaubat. dan tabahkan hati bro untuk menduduki peperiksaan seterusnya cemerlang keputusan peperiksaannya. amin..





Sunday, June 5, 2011

rejab bulan qiblah diubah



bulan Rejab adalah bulan yang diperintahkan Allah supaya qiblat pertama umat Islam, Masjidul Aqsa diubah ke arah Kaabah as-Syarif, Masjidul Haram. perintah ini telah bermula pada pertangahan bulan Rejab tahun kedua hijrah.




ketika Rasullullah s.a.w solat Zuhur di masjid Bani Salama, luar Madinah. baginda solat dua rakaat pertama menghadap Baitul Muqaddis. kemudian turun perintah supaya ubah qiblat. maka dua rakaat berikutnya menghadap ke Kaabah. setelah Rasullullah pulang ke Madinah pada waktu Asar, Baginda solat Asar menghadap ke Kaabah.


Maka ternasakhlah qiblat pertama.


sumber:

1) Sahih Bukhari

2) Fathul Bari

3) Sirah Abu Shuhba




gerakan Islam bukanlah eksklusif



dah agak, memang hari ni akan banyak keluar kenyataan pemimpin umno/bn yang nampak menyokong kepimpinan ulama pas. padahal sebelum ini, cukup lantang mementang ulama walaupun ulama dalam umno. memang nampak sangat umno/bn ni terdesak sangat nakkan ulama pas ni jadi pimpinan pas sebab kalau golongan ulama mengemudi pas, mudah sikit diorang ni nak slow talk supaya terima kerajaan perpaduan. tapi dorang lupa, dah diputuskan dalam muktamar pas yang lepas-lepas, tiada lagi kerajaan perpaduan.




dalam gerakan Islam, mana ada stail label-label golongan ni. ingat mcam umno/bn ke? semua orang berhak jadi penggerak dalam gerakan Islam selagi ada pemahaman dan kesanggupan untuk berjuang. tak kira la ulama ke, profesional ke, aktivis ke, artis ke, atlit sukan ke, semua golongan boleh.


tengok macam ikhwan muslimin, mursyidul am sekarang adalah seorang doktor, dr. muhammad al-badie. tengok macam hamas, ketua kedua selepas kesyahidan sheikh ahmad yassin, dr. abdul aziz rantisi juga adalah seorang doktor. beliau juga syahid setelah seminggu mengetuai hamas. sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dikemukan yang menunjukkan gerakan Islam tidak semestinya diketuai oleh oleh ulama. tetapi mesti bekerjasama dengan ulama dan menjadikan dasar perjuangan adalah al-Quran dan as-Sunnah.


tapi sebenarnya, kita yang mudah terpengaruh dengan media perdana yang sinonim dengan sikap menyebelahi kerajaan umno/bn. media selalu melabel-labelkan pimpinan dan ahli pas dengan golongan-golongan tertentu seperti ulama dan erdogan. sedangkan dalam pas tiada pun sikap yang demikian.





Monday, April 4, 2011

muzaharat save al-Azhar

syeikhul al-Azhar, syeikh ahmed toyyeb

hari ni 1 jamadul awal 1432 bersamaan 4 april 2011 bertempat di masjid al-Azhar, hussein, kaherah, mesir akan diadakan satu demontrasi mempertahankan syeikhul al-Azhar, syeikh ahmed toyyeb. walaupun aku tak bape kenal beliau sangat dan tak berapa tahu hal mengenai beliau sangat, tak kenal maka tak cinta. tapi aku cukup rasa terkilan dengan tindakan sesetengah pihak sangat berusaha menjatuhkan beliau kerana beliau dilantik oleh pimpinan mesir sebelum ni yang dikenali dengan kekorupsian. dengar cerita desakan supaya syeikhul al-Azhar supaya berundur dipelopori oleh puak wahabi. ntah le, aku pun tak tahu kesahihan cite ni. rasa cam betul pun ada. pasal syeikhul al-Azhar ni memang menentang kuat fahaman wahabi daripada menembusi institusi al-Azhar.

sepatut bukannya yang ditentang adalah beliau, tetapi sistem pelantikan yang menggunakan sistem yang dipersetujui oleh rakyat awam. paham-paham sendiri la sebab sistem pelantikan ni macam seperti dikuasai oleh sesetengah pihak je. pasal tu rakyat mahukan sistem syura bagi melantuk siapa yang akan mengetuai institusi al-Azhar. lagi pun kalau sistem syura dilaksanakan, ia akan lebih nampak tersusun dan melibatkan semua pihak yang berkenaan. waAllahu a'lam.

papehal, marilah kita doakan supaya al-Azhar dapat diselamatkan dari anasir yang boleh menghancur institusi itu sendiri kerana al-Azhar adalah satu-satunya institusi Islam yang terbesar dan masih digeruni oleh musuh-musuh Islam, amiiinn..


.


Friday, January 21, 2011

tabaRRuj : ala.. rileks la..

assalamualaikum waRahmatullahi waBarakatuh


ni aku nak komen sikit ni, apa pasal la ustaz-ustaz azhar dan doktor-doktor medic yg belagak alim ni sebok-sebok ha? ada kitorang kacau korang ke? lantak la kitorang nak buat pe pun.. tak boleh tengok orang senang lansung.


asyik-asyik nak bagi nasihat suruh pakai longgar-longgar. jangan pakai baju atau seluar ketat-ketat. jangan pakai baju yang nampak bentuk tubuh.. jangan pakai baju berkain jarang.. pastu mula bagi alasan arab kacau nanti.., kena raba nanti.., dan bagai-bagai la..


menyampah la.. lantak orang la nak pakai baju apa pun. tak tau ke, kitorang ni badan memang cantik-cantik? body slim, pinggang ramping, kaki halus, kulit gebu, tangan lembut, muka bercahaya, bibir seksi, mata lentik, dan semua la yang perfect kami ada. memang semua tu untuk ditayang. takkan benda elok nak simpan je.. rugi la..


ala.. lagi pun kes gangguan seksual yang selalu diorang heboh-heboh sebelum ni pun bukan boleh percaya sangat.. ntah-ntah diorang reka-reka je.. tak pun amek pelakon suruh lakonkan watak. pe susah, pastu bayar la.. kerana duit semua boleh jadi la.. tengok kitorang ni seksi-meksi takde apa-apa pun.. ok je.. saya seksi, saya ok..


diorang ni bukan paham pun perasaan kitorang ni.. time muda la nak tunjukkan keseksian, kegedikan, kemanjaan, kekiutan, kecomelan, dan keecunan masing-masing. takkan time dah tua nanti kot.. kompem orang cakap kita buang tebiat.


sekarang ni zaman moden la.. dressing mesti la up to date and stylo. karang orang kata kita ni ketinggalan zaman lak.. kita kalau nak maju mesti la ikut perkembangan semasa. bukan asyik dressing style kuno je.. pe barang.. memalukan kaum je..


ni nak bagi tau ni, ni ha bukti video yang menyokong kitorang supaya berseksi ketika berpakaian..




bukan satu je video, nah amek lagi bukti sokongan terhadap kitorang :


nak lagi? amek lagi.. tengok elok-elok, jangan nak tuduh-tuduh kitorang dah lepas ni



nak lagi? aahh.. cari sendiri la. ingat senang-senang je semua orang nak bagi..yang kitorang nak plak pasni, jangan nak komen-komen atau nasihat kami lagi dah lepas ni. dah-dah, cakap banyak pun tak guna. korang bukan amek peduli pun perasaan kitorang.

wAssalam.





Tuesday, January 18, 2011

ziNa : repeat scripts


boleh ke camni?



Saya singgah ke satu blog iaitu blog Ustaz Zaharuddin. Tertarik membaca ulasan dan jawapan beliau berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kisahnya berkenaan lelaki dan wanita berzina dan ingin bertaubat. Itu satu hal. Yang mengejutkan daripada hampirt 100 komen di bawah artikel itu, boleh saya rumuskan 50% komen menceritakan dan memohon Ustaz Zaharuddin menyelesaikan masalah zina masing-masing.



Ini bukan lagi isu terpencil!


"Saya dan dia sudah kenal lama... kami mahu berkahwin tetapi keluarga pihak lelaki tidak bersetuju. Dan sekarang kami sudah terlanjur dan ingin bertaubat." "Kami sudah bertunang... dia sebenarnya seorang lelaki yang baik. Tetapi akhirnya kami tewas dengan desakan nafsu masing-masing."

"Pada awal jumpa dengan saya dia seorang lelaki yang baik dan hormati saya. Pertemuan kami yang pertama di Shopping Mall. Selepas dua tiga kali bertemu kami tidak melakukan hal terlarang melainkan hanya berpegangan tangan. Selepas itu, dia minta lebih. Awalnya saya bertegas, tetapi layu dalam pujukan dia."Itu komen-komen di blog seorang ustaz. Dan sekarang pula cerita di akhbar tabloid negara.


Seorang mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya. Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya. "Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai. "Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya," kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan-santun dan pandai menjaga hatinya."Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka," katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota. Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.


Itulah satu daripada ribuan cerita liku kehidupan masyarakat pada masa sekarang. Denga hanya internet penyambung hubungan. Allah, Rasul, keluarga dan maruh ditolak ke tepi. Semuanya atas nama cinta. Sungguh mereka tidak mengerti untuk membezakan apa itu CINTA dan apa itu NAFSU.


Kasih Rasul Terhadap Wanita


Dalam sejarah umat, insan yang paling kasih dan cinta kepada wanita ialah Rasulullah s.a.w. Tidak sedikit usaha, teguran dan tindakan yang dibuat dalam menterjemahkan perasaan cinta Baginda terhadap kaum hawa ini. Tetapi sering kali kita mengabaikan bahkan memperlekehkan nasihat Baginda.

"Islam ini kuno. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tension tahu!"

"Mak ayah aku pun tak bising... yang kau bawa al-Quran dan hadis segala ini buat apa. Sikit-sikit Islam, nak cakap Islam pergi masjid la beb?"

Bagi yang mengatakan Islam yang Rasulullah s.a.w bawa itu kuno, mengongkong, dan segala nista, saya ingin mengajak kita sama-sama renung satu kisah sirah nabawi ketika Baginda menunaikan Haji Wida', haji yang terakhir Baginda. Baginda memberikan satu khutbah umum yang terakhir dalam hidupnya. Salah satu aspek yang Baginda sentuh adalah berkenaan kaum Hawa.


"Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

Rasulullah s.a.w.Inilah insan yang mempertegaskan hak wanita, inilah jua insan yang anda katakan kolot. Inilah insan yang menyuruh melayani wanita dengan kasih sayang, inilah jua insan yang anda katakan mengongkong. Inilah insan yang melayani wanita dengan lemah-lembut, inilah jua insan yang anda katakan out of date.



Skrip Berulang


Jika kita melihat senario di atas, modus operandi hingga terjadinya zina dan sama waktu dengannya adalah mudah dan berulang-ulang kisahnya.

01.Berkenalan.

02.Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya.

03.Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki.

04.Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan.

05.Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.

06.Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.

07.Akhirnya layu... dan pergilah ke babak yang seterusnya.


Mudah sahaja skrip cinta masyarakat sekarang. Dan skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.Menjadi tanda soal, haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti ini? Adakah semudah itu untuk mencairkan hati seorang wanita. Cukup sekadar ayat power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa. Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki. Kambing yang abah jual pun harga RM400 seekor, takkan belanja makan yang tidak sampai RM50 sudah layu.Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan ditipu. Oleh sebab itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita ini cukup penting untuk disentuh. kerana disini letak titik jatuh bangun ummah. Mahu lihat masa depan Islam, lihatlah pada pemuda-pemudinya. Jika pemuda-pemudinya kaki rempit, masa depan Islam "rempit" jugalah jawabnya.



Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita


"Kenapa dia naik motor dengan perempuan tu? Ada apa-apa urusan mendesak ke sampai perlu macam itu?" saya bertanya kepada seorang rakan."Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawab dia bersahaja."Dakwah apa? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan ke dalam lubang neraka yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya menjawab. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pula.


Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...


01.Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shopping, dating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.


02.Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.


03.Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.


04.Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.


05.Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.


06.Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya. Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.



Keluarga Muslim


Selepas melihat semakin rosaknya umat sekarang, bagi saya adalah satu keperluan untuk membina satu keluarga contoh. Sakinah dan mawaddah sudah menjadi kewajipan setiap insan yang mengaku beriman. Melahir dan mendidik generasi baru sebagai penyambung mata rantai perjuangan Baginda sudah menjadi tuntutan yang vital.


Kepada lelaki, hormatilah wanita seperti Baginda menghormati mereka. Kepada wanita, lebihkan menjadi daripada mencari dan kuatlah dalam berprinsip. Tetapi sebelum kita mahu bina keluarga Muslim lagi mukmin, mulakan dengan melihat dan memilih calon ibu kepada anak-anak kita. Dan lihat dan pilihlah calon bapa kepada anak-anak kita. Itu tapaknya, jika mahu kukuh bangunannya! Anda mencari, saya mendoakan...



Glosari

(1) Tsiqah: Terpercaya daripada segi agama dan matang dalam tindakan.

(2) Sakinah: Tenang, tenteram.

(3) Mawaddah: Kasih sayang, terutamanya dalam hubungan antara suami isteri.