Wednesday, January 27, 2010

Kenyataan Sheikh Yusof Qardawi - Tembok Besi Mesir

Hukum Islam melarang pembinaan tembok besi bertujuan untuk menindas saudara-saudara Palestin kita.

Artikel Asal: ikhwanweb.net
Selasa 29 Disember, 2009
oleh IUMS (Kesatuan Antarabangsa Ulamak Islam)

Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas ar-Rasul, keluarganya, sahabat, dan mereka yang mengikuti Hidayah.

Tembok besi yang sedang dibina saat ini oleh Mesir di sempadannya dengan Gaza adalah dilarang menurut pandangan Islam. Tujuannya untuk menyekat kesemua pintu masuk ke Gaza sudah pasti akan memburukkan lagi kelaparan dan penderitaan penduduk Palestin, menghina mereka, dan meningkatkan tekanan ke atas mereka dalam usaha untuk memaksa mereka tunduk dan menyerah kepada Israel.

Sebaik mendengar berita itu, saya terus merasa sangsi dan menyatakan bahawa hal itu hanya bermaksud untuk menabur bibit perpecahan antara Mesir dan Palestin. Namun, saya sangat terkejut ketika disahkan bahawa berita itu sememangnya benar.

Kami tidak menafikan bahawa Mesir adalah negara bebas dan mempunyai hak kedaulatan ke atas tanah airnya, tapi pastinya ia tidak mempunyai hak untuk menyokong pembunuhan saudara-saudara dan jirannya di Palestin. Ini jelas tidak boleh diterima, baik di bawah alasan Arabisme atau persaudaraan Islam, bahkan atas alasan persaudaraan manusia pun.

Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Berkuasa menyebut, “Orang-orang Mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat 49:10). Juga, Nabi Muhammad (SAW) berkata, "Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain, dia tidak berbuat salah kepadanya, mengecewakannya, atau mengabaikannya." Baginda (selawat dan salam ke atasnya) juga berkata, "Bantulah saudaramu, sama ada jika dia menindas [dengan mencegah dia dari melakukannya] atau jika dia ditindas." Nabi tidak berkata, "kepung dia, biarkan dia kelaparan, atau tindas dia bagi pihak musuhmu."

Menjadi kewajipan dan tanggungjawab Mesir untuk membuka laluan Rafah bagi manfaat warga Gaza kerana itulah satu-satunya jalan keluar bagi mereka. Kewajipan ini bukan sahaja tuntutan syariat Islam tetapi juga kehendak undang-undang. Tidak ada undang-undang yang mengarahkan cengkaman dikenakan ke atas umat Gaza atau menyuruh supaya menjadi tali barut dalam membunuh mereka.

Penduduk Gaza mengambil langkah menggali terowong sebagai usaha mencari jalan alternatif untuk mengatasi sekatan menyeluruh yang dipaksa ke atas mereka. Tetapi ia tetap ditutup walaupun bila terdapat konvoi bantuan kemanusiaan. Tindakan Mesir menyekat terowong-terowong itu adalah sama seperti mengatakan, "Palestin boleh mati, tetapi Israel tetap akan hidup."

Seluruh rakyat Mesir, Arab, Muslim dan individu-individu terhormat telah menyatakan kekecewaan mereka atas pembinaan tembok besi yang zalim itu. Mereka mengutuk fikiran yang cuba menyekat dan mematikan sebarang bentuk usaha bantuan kepada penduduk Palestin. Hal ini sangat mirip dengan perancangan (road map) Israel.

Sukar untuk dipercayai dan sungguh mendukacitakan apabila selepas Palestin mengharungi derita penindasan Israel yang mendirikan tembok aparteid itu, Mesir pula menjejakinya dengan membina satu lagi dinding untuk maslahat Israel.

Saya merayu kepada semua saudara saya di Mesir untuk berdiri teguh dan bersatu dalam menentang rejim pemerintah dan mendesaknya memberhentikan jenayah yang tak berasas ini. Saya menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam untuk campur tangan dan menghentikan tragedi ini.

Saya berharap Mesir yang bersempadan dengan Palestin tidak akan meneruskan tindakan ini; ia benar-benar bertentangan dengan kepentingan Palestin dan hanya menguntungkan Israel.

Saya berharap agar Mesir akan takut kepada Allah dan seterusnya menyokong saudara-saudara kita yang dizalimi dan dikepung, dan agar ia menjaga dirinya sendiri daripada doa saudara-saudara kita di Palestin yang ditindas dan dianiaya. Allah mengangkat doa orang yang ditindas ke atas awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit seraya berkata, "Dengan Kekuasaan dan Kemuliaan-Ku, Aku akan membuat anda menang, selepas tempoh tertentu."

Kita berlindung kepada Allah daripada setiap penindas dan kesombongannya.

Ya Allah, kami ditewaskan, menangkanlah kami, dan kami dizalimi, belalah kami. Kami bermohon kepada-Mu, maka perkenankanlah kami, Wahai Engkau yang Maha Hidup dan Maha Kekal.

Yusuf Al-Qaradawi
Presiden IUMS

Sunday, January 24, 2010

fikir-fikirkan wahai saudara- saudari sekalian


Inikah yang kita harapkan pada saudara perempuan kita? Rosak akhlak/mati jiwanya?

Apa dah jadi?...

Salah siapa?

ibu sudah tidak sayangkan anak?

Inilah natijahnya apabila manusia bertuhankan nafsu..

Inikah arah tuju yang anda semua mahukan...

Apabila nafsu bermaharajalela..lelaki rosak dan merosakkan.....Apabila perempuan2 rosak...dunia hancur !!!!. Jadilah manusia.. lelaki dan perempuan sudah lebih hina daripada binatang...





Apabila perempuan2 rosak...dunia hancur !!!!

Thursday, January 21, 2010

Anugerah Juara Lagu 24

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

Monday, January 18, 2010

jual - jual

MELELEH AIR LIOR CUKONG MELIHAT TANAH PENJARA PUDU



YTL TERIKAT DENGAN PERJANJIAN - melayaua

Syarikat pemaju, Yeoh Tiong Lay (YTL) tidak boleh membangunkan apa jua jenis pembangunan komersial lain di kawasan yang telah diperuntukkan untuk pembangunan rumah kos rendah di Kampung Railway, Sentul.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, ini kerana syarat menetapkan sebahagian kecil kawasan pembangunan perumahan adalah untuk rumah kos rendah dan sederhana.

“Sudah termaktub dalam perjanjian iaitu setiap pembangunan khususnya melibatkan pihak swasta, 30 peratus daripada kawasan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.

“Oleh sebab itu, mana-mana pemaju termasuk YTL harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Mereka tidak boleh membuat pembangunan komersial yang lain selain daripada perumahan kos rendah,” tegasnya.

Sebelum ini, penduduk Kampung Railway dan sekitar Sentul mendakwa, YTL menerusi anak syarikatnya Sentul Raya Sdn. Bhd. telah berjanji pada 1994 untuk membina 3,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, dua buah dewan serbaguna serta sebuah padang bola di satu kawasan di Sentul.

Perjanjian itu, kata mereka, termaktub dalam surat dan pelan projek bertarikh 6 Oktober 1994 yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Sentul Raya ketika itu, K. Tharmalingam.

Dalam pada itu, Saravanan memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat surat daripada YTL yang menyatakan kesediaan mereka untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“YTL perlu mengutamakan perjanjian tersebut iaitu membina rumah kos rendah untuk penduduk-penduduk di sana.

“Selain itu, kebajikan mereka (penduduk) juga perlu dijaga memandangkan sebahagian besar di antara mereka telah menetap selama 60 tahun di kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Tambah Saravanan lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan menukar syarat-syarat yang telah ditandatangani pada 1994 itu.

Bagaimanapun, harga penjualan rumah yang pada asalnya sekitar RM25,000 akan dinaikkan kepada RM40,000 seunit.

“Kami juga mengambil kira akan kos pembangunan sekarang memandangkan harga bahan mentah juga berbeza jika dibandingkan dengan harganya sekitar 16 tahun dahulu.

“Saya percaya masalah ini akan selesai dengan segera dan nasib penduduk-penduduk di sana akan terbela selepas saya dan YTL berbincang dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi.

nota:
lihat inilah cara cukong merembat tanah.
inilah mondus operandi yang mereka lakukan

pertama : cari tanah kerajaan
kedua: cari melayu untuk jadi kaki sogok – kalau boleh jadikan pengerusi
ketiga: buat kertas kerja dan cadangan
keempat: dalam cadangan katakan akan disediakan juga rumah rumah murah, padang bola, rumah ibadah.
kelima: melayu kaki sogok akan bergebang tentang projek cukong ini – untung untung dapat amoi
keenam : menteri luluskan – perjanjian dibuat – fulus masuk
ketujuh : dirikan kondo.
kelapan : lambatkan membuat rumah rumah murah, padang bola, tempat ibadat – rembat tanah tanah ini juga
kesembilan : minta batal perjanjian buat rumah murah untuk rakyat
kesepuluh : hairan ke? ini trik lama... trik para cukong tipu melayu kah kah kah

nota:
inilah caranya kenapa semua kota kota dan pekan pekan dalam negara
kita ini dimiliki oleh cukong cukong – inilah caranya.

nota:
akan lingkup penjara pudu
akan lingkup jalan peel
akan lingkup tanah tanah kerajaan di sekitar dewan bahasa
akan lingkup opis stesen keretapi dsebelah masjid negara
akan lingkup kawasan perumahan saan peng
sedang lingkup tanah disebelah muzium negara ( sedang dipangar sekarang)

aku:
ketuanan melayu berdegar degar
tanah melayu tinggal seekar kah kah kah

Sunday, January 17, 2010

Ramai Lelaki Jahil, ish-ish-ish...

SAYA bukanlah seorang yang arif dalam hukum-hakam Islam, namun pada pandangan saya segala permasalahan yang timbul dalam masyarakt kita dan rumahtangga hari ini berpunca daripada pegangan agama kita sendiri.

Kerana kita mengamalkannya secara sekerat-sekerat, mengikut apa yang kita suka dan kita merasa senang.

‘‘Di sini saya ingin memberi respon dan contoh kepada beberapa kisah yang memaparkan kesulitan hidup kebanyakan wanita setelah suami mereka meninggal dunia, contohnya hak atas harta pusaka.’’ Demikian cerita Norazman dalam emelnya.

‘‘Kita mungkin segera terbayang apabila seseorang lelaki Muslim meninggal dunia secara spontan kita terfikir betapa susahnya kehidupan isteri atau balu dan anak-anak yang ditinggalkan. Kesulitan dari segi material mahupun psikologi.

‘‘Tetapi sebenarnya kita lupa bahawa apabila berlaku kematian contohnya si suami, maka segala harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala wasiat dan hutangnya, maka baki harta tersebut wajib dibahagikan mengikut hukum faraid dan si balu termasuk golongan yang mendapat bahagiannya walaupun paling paling sedikit (kecuali jika ada pihak yang rela melepaskan haknya dan diberikan kepada si balu tadi.) Berbanding pewaris lain.

‘‘Ketika inilah bermulanya episode susah payah si balu tadi membesarkan anak-anaknya dengan pusaka tinggalan arwah suami yang sedikit, di sinilah juga bermulanya pelbagai susulan masalah yang merunsingkan hati setiap balu.

‘‘Namun di sini saya ingin bertanya apakah itu menjadi kewajipan si balu menanggung nafkah anak-anaknya? Sebenarnya sering berlaku permasalahan atau terlepas pandang atau sengaja melepaskan tanggungjawab oleh sesiapa juga ahli keluarga yang menerima banyak pusaka arwah tadi, contoh: adik-beradik dan ibu bapa arwah.

‘‘Perlu kita ingatkan bahawa dalam Islam, sesiapa yang menerima banyak hak dari arwah tadi maka dia telah dipakejkan dengan tanggungjawab yang besar, termasuklah menanggung anak-anak arwah. Bukan bermakna pusaka yang diterimanya untuk kegunaannya seorang sahaja.

‘‘Sementara itu harta yang diwariskan kepada si balu tadi sebenarnya untuk kegunaan dirinya seorang sahaja. Dan sebaik sahaja dia menjadi balu, maka akan kembalilah tanggungjawab untuk menyara hidup si balu tadi kepada ayahnya (ayah sang balu).

Tanggungjawab

‘‘Jika ayahnya tiada, maka tanggungjawab menjaga balu tadi jatuh kepada adik-beradik lelaki balu tadi, dan begitulah seterusnya; mengikut turutan wali untuk pernikahan. Manakala bagi anak perempuan yang masih belum bernikah, seharusnya adik-beradik lelakinyalah (yang mendapat harta lebih banyak) yang patut menyaranya.

‘‘Tetapi jika sekiranya semua anak-anak yatim itu masih kecil, maka tugas menyara mereka wajib dipertanggungjawabkan kepada keluarga sebelah bapa atau adik beradik si arwah kerana mereka mendapat bahagian lebih besar daripada balu si arwah.

‘‘Jika sekiranya si balu tadi tidak mempunyai ayah atau adik beradik lelaki, maka jaringan keselamatan atau tanggungjawannya menjadi tugas Baitulmal dan kerajaan. Sebagai contoh jika sang balu tadi sudah tidak ada ayah lagi untuk menyaranya atau adik beradik lelakinya juga tidak ada dan tidak mampu, maka di situlah peranan baitulmal ataupun kerajaan untuk menyaranya.

‘‘Sebenarnya bukan setakat soal harta sahaja yang kita perlu tahu, malah soal lain juga kita mesti tahu dan ambil berat, bukan setakat mempersoalkan hak semata-mata. Sedangkan hak juga meliputi pelbagai isu dan masalah, termasuklah hak harta sepencarian, hak penjagaan anak, tugas dan hak ibu bapa dan banyak lagi.

‘‘Sayangnya kita selalu ingat tentang hak kita, tapi kita lupa tanggungjawab yang datang bersama hak tersebut. Suami sering menekankan haknya terhadap isteri, malangnya dia tidak menekankan tanggungjawab hakikinya sebagai suami itu lebih besar daripada hak yang dikatakannya.

‘‘Saya rasa menjadi tanggugjawab pihak tertentu yang menguruskan kursus perkahwinan memberikan penekanan yang lebih terhadap tanggungjawab, bukan hanya tanggungjawab isteri terhadap suami, tetapi tanggungjawab suami lebih besar kepada isteri.

‘‘Perlu diingatkan juga kepada peserta kursus tentang tanggungjawab lelaki kepada ibu bapanya, adik beradiknya juga anak-anaknya, bukan hanya berebut harta semata-mata. Sayangnya kita sering dengar suami mempersoalkan haknya ke atas isteri. Dan melupakan tugasnya yang hakiki tanggungjawabnya ke atas isteri.

‘‘Sayangnya kita sering dengar dalam kursus perkahwinan dan ceramah agama ustad hanya menekankan tentang hak-hak suami kepada isteri dan tanggungjawab isteri maha besar menjaga kebajikan dan keselesan suaminya.

‘‘Pada saya ini semua kerana masyarakat kita hanya mengamalkan ajaran Islam sekerat-sekerat, ambil mana yang mereka suka dan tinggalkan apa yang mereka kurang minat. Maka muncullah kecelaruan dan tidak ketentuan seperti apa yang berlaku hari ini. Hasilnya imej Islam yang maha suci ini terjejas.

‘‘Islam itu hakikatnya bagaikan manusia yaang amat sempurna kejadiannya. Namun sesempurna manapun manusia itu, kalau kita hanya mahu ambil tangan, kaki dan kepalanya dan meninggalkan badannya, hancurlah segala kesempurnaannya dan rosaklah integrasi satu-satu sistem itu.

‘‘Islam adalah agama yang saling berkait ajarannya, bagaikan sebuah imej yang dipaparkan di TV. Wajib ada segala komponennya dan kemudahan pancaran seperti yang ditetapkan, mesti ada aerial atau decoder.

‘‘Kalau hilang atau ditinggalkan salah satu komponen ini, maka tak mungkin kita mendapat apa-apa imej yang baik, atau kalaupun baik imej siarannya tidak kelihatan jelas. Dan inilah yang berlaku kepada imej agama Islam kita sekarang, bagaikan imej siaran TV yang terganggu atau rosak, kerana itu kita mestilah mengikut sepenuhnya manual yang diberikan oleh Allah dan ditunjukkan oleh RasulullahNya.

‘‘Namun terdapat juga mereka yang kurang periksa ataupun dengan sengaja mahu mengambil kesempatan menyalahkan manual yang diberikan dan pengeluaran manual tersebut. Walaupun hakikatnya orang yang membaca manual itu tidak memasang TV tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

‘‘Lebih malang lagi kalau ada yang mendakwa manual tidak up to date dan sudah ketinggalan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu dan tidak mahu memasang TV tersebut mengikut manual yang ditetapkan.

‘‘Kesimpulannya sesebelum seseorang itu memasang TV ajar dia baca manual dengan jelas baru pasang decoder juga aerial, dengan kata lain sebelum kahwin belajar ilmu perkahwinan supaya tak tersadai atau tenggelam dipukul ombak. Saya rasa mungkin ramai yang kurang faham maksud saya, tetapi kalau baca dengan mata hati semuanya mudah dan boleh difahami dengan jelas .’’

Demikian cerita Norazman panjang lebar katanya dia melahirkan pandangan ini setelah melihat banyak masalah dalam rumah tangga berpunca dari mereka yang kurang ilmu. Belajarlah ilmu saling persefahaman, timbang rasa dan percaya mempercayai antara suami isteri, juga ilmu berkeluarga apa lagi tentang hak. Kalau faham semuanya mudah.

Sebenarnya bukan tak faham tetapi tak mahu bertanggungjawab, kerana itulah banyak masalah timbul, antaranya perebutan harta pusaka, suami tak mahu beri nafkah anak-anak setelah bercerai dan banyak lagi, semuanya kerana tidak berilmu. Ada pulak kawan berkata Mahkamah Syariah tidak langsung menggerunkan kaum lelaki kalau tak bagi nafkah anak. Benarke?

www.dcckmona.com

Thursday, January 14, 2010

blog aku dah berkarat


memang blog aku dah berkarat dan akan terus berkarat lepas ni kerana kekurangan time aku untuk mengadap dan menatap komputer semata-mata nak update blog. Ntah la, aku rase macam belum bermood lagi untuk menjadi blogger. Tunggu la satu masa nanti kot. sekian