Friday, December 31, 2010

ZiNa

jauhi zina

Ramai hidap HIV melalui seks

KUALA LUMPUR - Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.

Beliau berkata, kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan dadah (IDU).

Katanya, lebih membimbangkan, kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV.

Malah kata beliau, menurut laporan Suruhanjaya mengenai AIDS di Asia 2008, lelaki yang telah dijangkiti HIV menerusi IDU dan mengadakan hubungan seks rambang akan meningkatkan lagi jumlah wanita dijangkiti penyakit itu pada masa akan datang.

"Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan. Keadaan ini agak membimbangkan,'' katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Saturday, December 25, 2010

1Malaysia is not 1Religion

baca berita ni dulu..

1Malaysia untuk bina negara, bukan untuk tujuan politik: PM

2010/12/25

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata konsep 1Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi
tujuan politik. Beliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan
kestabilan berterusan di negara ini.
"Sungguhpun ada sesetengah mungkin memikirkan (1Malaysia) adalah untuk
tujuan politik tetapi ia sebenarnya bagi tujuan membina sebuah negara.

"Ia untuk kita untuk bersama, bagi kita untuk merasakan bahawa kita adalah
milik sebuah negara, seorang dengan satu wawasan dan itulah untuk kita mara ke
hadapan bagi membina kemakmuran, keharmonian dan kejayaan sebenar sebuah negara
pada Abad ke-21," katanya dalam ucapan pada Jamuan Teh Krismas anjuran Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, di kediaman beliau di sini hari ini.

Beliau berkata pada dunia hari ini di mana sekumpulan kecil ekstremis telah
mengenepikan suara kewarasan dan mengabaikan agenda keamanan dan kesederhanaan,
yang kesederhanaan adalah penting dalam setiap kepercayaan umat Muslim, penganut
Kristian, Hindu dan Buddha di kalangan kita untuk bercakap bagi menuntut tempat
yang sewajarnya dan moral yang tinggi.

Najib juga berkata bahawa agama mengajar kita untuk toleransi, prihatin dan
menghormati kepercayaan dan amalan yang lain.
"Kita terikat dengan destini bersama kita. Kita terikat dengan warisan
bersama kita. Kita terikat dengan keperluan kita untuk ke hadapan sebagai sebuah
negara bagi menghadapi cabaran akan datang," kata beliau.
Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak lupa pada mesej
Krismas iaitu untuk keamanan, harapan, amal, cinta dan muhibah terhadap semua.
"Mesej ini bukan hanya untuk penganut agama Kristian. Mesej ini untuk semua
orang," tambah beliau.
Turut hadir, isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
-- BERNAMA

Berita Harian Online | 1Malaysia untuk bina negara, bukan untuk tujuan politik: PM

1Malaysia bukanlah 1Agama. Di sini kita dapat lihat ayat Najib seperti membenarkan agama Kristian. Adakah dia menganut pluralisme? Pluralisme adalah satu fahaman yang menyamakan semua agama yang ada di dalam dunia ini dan menganggap semua agama mengajak ke arah kebaikan. Kalau begitu, tidak perlulah ada agama yang berlainan.

nak tau lebih lanjut, baca ni
Berita Harian Online | Fahaman pluralisme agama bercanggah: Jamil Khir
http://www.malaysiakini.com/news/150923
Pluralisme: Nasionalisme juga terpesong dari Islam

Semua fahaman yang berkait dengan isme dimulai dengan sekularisme. Sekularisme bukanlah sebahagian daripada Islam. Jadi, sesiapa yang berfahaman sekularisme adalah...

Monday, December 20, 2010

Koleksi 40 hadis berbentuk animasi

haa.. mudah je nak tau hadith 40. tak perlu susah-susah nak buka kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi. tapi ni sebagai rujukan untuk mudah paham. kalau nak tau lebih detail mesti la kena rujuk ulama dan mengikuti pengajian ilmu.

Sunday, December 19, 2010

tembelang pecah ke?

kata perjuangkan demokrasi, tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri, tau gelabah plak.. nampak sangat tembelang dah pecah..

| Bank Amerika hentikan semua transaksi WikiLeaks

ni lagi satu, dan-dan la ada kes seksual plak..

| Wanita berusia 31 dan 27 mengaku jadi mangsa Assange

amerika memang bersifat talam beribu-riban muka.

Saturday, December 18, 2010

kBmk dan EM : pindah la dekat sikit

penah tengok mende ni?

kebiasaannya, mana-mana pelajar atau mahasiswa malaysia yang menuntut di mesir mesti pernah pergi ke pejabat kedutaan malaysia di mohandeseen, kaherah. mereka akan berurusan di jabatan penuntut malaysia kaherah (jpmk)atau dengan nama barunya educational malaysia (em). paling kurang pun sekali. antara urusan yang akan mereka buat adalah:

1. menterjemahkan pengakuaan kuliah dari tempat belajar masing-masing
2. menterjemah keputusan peperiksaan
3. menterjemah lesen memandu
4. mendapatkan cop pengesahan salinan fotostat
5. memperbaharu pasport
6. mengisi borang nikah
7. meminta sumbangan kos perubatan dan rawatan
8. dan lain-lain.

kebanyakan urusan pelajar atau mahasiswa di mesir berkait rapat dengan zakat, pinjaman dan biasiswa. tapi masih banyak institusi yang memberi zakat, pinjaman dan biasiswa yang tidak memerlukan urusan di jpmk. urusan mereka setiap tahun hanya perlu mengemailkan sahaja pengakuan kuliah dan keputusan peperiksaan.

memandangkan kedudukan kbmk dan em yang berjauhan dengan penempatan rakyat malaysia, dengan ini diberi sedikit luahan hati supaya kbmk dan em dapat meningkatkan lagi kualiti pengurusan di jabatan educational malaysia (em),

kedudukannya yang jauh menyebabkan :

a. menyusahkan pihak kbmk dan em untuk pergi ke setiap program yang melibatkan rakyat malaysia, pihak kbmk atau em terpaksa bergerak ke penempatan rakyat malaysia. bayangkanlah, berapa banyak program yang melibatkan rakyat malaysia. tambahan pula tiba musim cuti kuliah atau musim perayaan.

b. menyusahkan rakyat malaysia yang ingin berurusan di kbmk atau em. setiap kali ingin ke sana, mereka terpaksa memperuntukan masa, hari yang khusus. disebabkan sistem jalan raya mesir yang sangat serabut dan selalu berlaku kesesakan lalu lintas, maka kebiasaannya bagi yang tinggal di kaherah, perjalanan ke sana mengambil masa yang lama sekitar sejam perjalanan. jika mereka yang tinggal di luar kaherah, memang terpaksa mengorbankan sehari dari menghadiri kuliah demi urusan di sana.

c. menjimatkan kos pengangkutan untuk setiap urusan. jika pejabat kbmk dan em berhampiran dengan penempatan rakyat malaysia, sememangnya akan menjimatkan kos dan kewangan tersebut boleh disalurkan kepada aktiviti lain. bahkan boleh jadi tiada kos pengangkutan diperlukan. sama ada di pihak kbmk dan em sendiri atau pun rakyat malaysia yang kebanyakannya penuntut ilmu yang semestinya memerlukan kewangan.

semoga cadangan ini diterima dan dipertimbang sebaiknya oleh pihak kbmk dan em dalam meningkatkan kualiti pengurusan berdasarkan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.


.

new skill for pau orang

Manyal, 14 Dis – Dua orang mahasiswi kehilangan LE100 apabila ditipu pemandu teksi yang dinaiki mereka yang pada mulanya ingin menukarkan duit sekeping milik mahasiswi tersebut dengan duit kecil miliknya. “Lama selepas kami hulurkan LE100 sekeping kepada dia (pemandu teksi), dia melenting katanya kami berikan dia LE10,” ujar salah seorang daripada mereka yang enggan dikenali.

Pemandu teksi tersebut turut menghentikan teksinya di tepi jalan seterusnya menghalau dua orang mahasiswi tersebut. “Kami bertegas memang LE100 yang kami beri, tetapi dia bergaduh dan bersumpah dengan Al-Quran (bahawa) wang yang diterimanya cuma bernilai LE10”.

“Kami cuma nak tolong dia,” katanya yang kesal dan sedih dengan kejadian ini. “Diharap kepada semua berwaspada dengan taktik terbaru ini”.

aku : memang memalukan arab tul la..


Mahasiswi ditipu pemandu teksi

Friday, December 17, 2010

mcD memang patut disaman

Berita Harian Online | Ibu saman McDonald's kerana Happy Meals

aku rasa la kan, sume org patut saman je mcD, kfc, sume2 mknan ringan ni
psal kdai ni sume nipu je dalam iklan diorang
pastu dlm iklan tulis ni hanya ilustrasi sahaja,
pala ho, tipu cakap je la..

Thursday, December 16, 2010

Tuesday, November 16, 2010

Hukum Hakam Korban

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang ertinya, Maka solatlah untuk Rabbmu dan sembelihlah haiwan.” (Qs. Al Kautsar: 2) Syaikh Abdullah Alu Bassaam menyatakan, “Sebahagian ulama ahli tafsir menyatakan; yang dimaksud dengan menyembelih haiwan adalah menyembelih haiwan korban setelah solat Ied.” Pendapat ini dinukil daripada Qatadah, Atha’ dan Ikrimah (Taisirul ‘Allaam, 534, Taudhihul Ahkaam IV/450, & Shahih Fiqih Sunnah II/366). Dalam istilah ilmu fiqih haiwan korban biasa disebut dengan nama Al Udh-hiyah yang bentuk jamaknya Al Adhaahi (dengan huruf ha’ tipis).
Pengertian Udh-hiyah
Udh-hiyah adalah haiwan ternak yang disembelih pada hari Iedul Adha dan hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah kerana datangnya hari raya tersebut (lihat Al Wajiz, 405 dan Shahih Fiqih Sunnah II/366)
Keutamaan Korban
Menyembelih korban termasuk amal salih yang paling utama. ‘Aisyah radhiyallahu’anha menceritakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah anak Adam melakukan suatu amalan pada hari Nahr (Iedul Adha) yang lebih dicintai oleh Allah melebihi mengalirkan darah (korban), maka hendaknya kalian merasa senang kerananya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim dengan sanad sahih, lihat Taudhihul Ahkam, IV/450)
Hadis di atas didhaifkan oleh Syaikh Al Albani (Dhaif Ibn Majah, 671). Namun kegoncangan hadis di atas tidaklah menyebabkan hilangnya keutamaan berkorban. Banyak ulama menjelaskan bahawa menyembelih haiwan korban pada hari idul Adlha lebih utama daripada sedekah yang senilai atau seharga dengan haiwan korban, atau bahkan lebih utama daripada sedekah yang lebih banyak daripada nilai haiwan korban. Ini kerana maksud terpenting dalam berkorban adalah mendekatkan diri kepada Allah. Bukan semata-mata nilai binatangnya. Disamping itu, menyembelih korban lebih menampakkan syi’ar islam dan lebih sesuai dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. (lihat Shahih Fiqh Sunnah 2/379 & Syarhul Mumthi’ 7/521)
Hukum Korban
Dalam hal ini para ulama terbahagi dalam dua pendapat:
Pertama: Wajib bagi orang yang berkelapangan. Ulama yang berpendapat demikian adalah Rabi’ah (guru Imam Malik), Al Auza’i, Abu Hanifah, Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, Laits bin Sa’ad beserta beberapa ulama pengikut Imam Malik, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dan Syaikh Ibnu ‘Uthaimin rahimahumullah. Syaikh Ibn Uthaimin menyatakan: “Pendapat yang menyatakan wajib itu nampak lebih kuat daripada pendapat yang menyatakan tidak wajib. Akan tetapi hal itu hanya diwajibkan bagi yang mampu…” (lih. Syarhul Mumti’, III/408)
Di antara dalilnya adalah hadis Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang berkelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban maka jangan sekali-kali mendekati tempat solat kami.” (HR. Ibnu Majah 3123, Al Hakim 7672 dan dihasankan oleh Syaikh Al Albani)
Pendapat kedua menyatakan Sunnah Mu’akkadah (ditekankan). Dan ini adalah pendapat majoriti ulama iaitu Malik, Syafi’i, Ahmad, Ibnu Hazm dan lain-lain. Ulama yang mengambil pendapat ini berdalil dengan riwayat dari Abu Mas’ud Al Anshari radhiyallahu ‘anhu. Beliau menyatakan, “Sesungguhnya aku sedang tidak berkorban. Padahal aku adalah orang yang berkelapangan. Itu kulakukan kerana aku khuatir kalau tetanggaku menyangka korban itu adalah wajib bagiku.” (HR. Abdur Razzaq dan Baihaqi dengan sanad shahih).
Demikian pula dikatakan oleh Abu Sarihah, “Aku melihat Abu Bakar dan Umar sementara mereka berdua tidak berkorban.” (HR. Abdur Razzaaq dan Baihaqi, sanadnya shahih) Ibnu Hazm berkata, “Tidak ada riwayat sahih dari seorang sahabatpun yang menyatakan bahawa korban itu wajib.” (lihat Al Muhalla 5/295, dinukil dari Shahih Fiqih Sunnah II/367-368, dan Taudhihul Ahkaam, IV/454).
Dalil-dalil di atas merupakan dalil pokok yang digunakan masing-masing pendapat. Jika digabungkan semuanya menunjukkan masing-masing pendapat sama kuat. Sebahagian ulama memberikan jalan keluar dari perselisihan dengan menasihatkan: “…selayaknya bagi mereka yang mampu, tidak meninggalkan berkorban. Ini kerana dengan berkorban akan lebih menenangkan hati dan melepaskan tanggungan, wallahu a’lam. (Tafsir Adwa’ul Bayan, 1120).
Yakinlah…! Bagi mereka yang berkorban, Allah akan segera memberikan ganti belanja korban yang dia keluarkan. Ini kerana setiap pagi Allah mengutus dua malaikat, yang satu berdo’a: “Yaa Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq.” Dan yang kedua berdo’a: “Yaa Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yang menahan hartanya (kedekut).” (HR. Al-Bukhari 1374 & Muslim 1010).
Haiwan yang Boleh Digunakan untuk Korban
Haiwan korban hanya boleh dari jenis Bahiimatul Al An’aam (haiwan ternak). Dalilnya adalah firman Allah yang ertinya, “Dan bagi setiap umat Kami berikan tuntutan berkorban agar kalian mengingat nama Allah atas rezeki yang dilimpahkan kepada kalian berupa haiwan-haiwan ternak (bahiimatul an’aam).” (Qs. Al Hajj: 34).
Dalam bahasa arab, yang dimaksud Bahiimatul Al An’aam hanya merangkumi tiga binatang iaitu unta, lembu atau kambing. Oleh kerana itu, berkorban hanya sah dengan tiga haiwan tersebut dan tidak boleh selain itu. Bahkan sekelompok ulama menukilkan adanya ijma’ (kesepakatan) bahawasanya korban tidak sah kecuali dengan haiwan-haiwan tersebut (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/369 dan Al Wajiz 406) Syaikh Ibnu ‘Uthaimin menyatakan, “Bahkan jika seandainya ada orang yang berkorban dengan jenis haiwan lain yang lebih mahal daripada jenis ternak tersebut maka korbannya tidak sah. Andaikan dia lebih memilih untuk berkorban seekor kuda seharga 10.000 rial sedangkan seekor kambing harganya hanya 300 rial maka korbannya (dengan kuda) itu tidak sah…” (Syarhul Mumti’ III/409)
Seekor Kambing untuk Satu Keluarga
Seekor kambing cukup untuk korban satu keluarga, dan pahalanya mencakupi seluruh anggota keluarga meskipun jumlah ahli keluarganya ramai, baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal. Sebagaimana hadis Abu Ayyub radhiyallahu’anhu yang menyatakan, “Pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam seseorang (suami) menyembelih seekor kambing sebagai korban bagi dirinya dan keluarganya.” (HR. at-Tirmidzi dan beliau menilainya shahih, lihat Minhaajul Muslim, 264 dan 266)
Oleh kerana itu, tidak selayaknya seseorang mengkhususkan korban untuk salah satu anggota keluarganya tertentu, misalnya korban tahun ini untuk bapanya, tahun depan untuk ibunya, tahun berikutnya untuk anak pertama, dan seterusnya. Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah sangat luas maka tidak perlu dibatasi.
Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkorban untuk dirinya dan seluruh umatnya. Suatu ketika beliau hendak menyembelih kambing korban, sebelum menyembelih beliau menyatakan: “Yaa Allah ini – korban – dariku dan dari umatku yang tidak berkorban.” (HR. Abu Daud 2810 & Al Hakim 4/229 dan dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Al Irwa’ 4/349).
Berdasarkan hadis ini, Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby menyatakan: “Kaum muslimin yang tidak mampu berkorban, mendapatkan pahala sebagaimana orang berkorban daripada umat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
Adapun yang dimaksud: “…kambing hanya boleh untuk satu orang, lembu untuk tujuh orang, dan unta 10 orang…” adalah belanja pembeliannya. Belanja pembelian kambing hanya boleh daripada satu orang, belanja pembelian lembu hanya boleh dari maksimum tujuh orang dan korban unta hanya boleh dari maksimum 10 orang.
Namun seandainya ada orang yang hendak membantu shohibul korban (orang yang melakukan korban) yang kekurangan belanja untuk membeli haiwan, maka diperbolehkan dan tidak mempengaruhi status korbannya. Dan status bantuan di sini adalah hadiah bagi shohibul korban. Apakah mesti izin terlebih dahulu kepada pemilik haiwan? Jawab: Tidak mesti, kerana dalam transaksi pemberian sedekah mahupun hadiah tidak disyaratkan memberitahu kepada orang yang diberi sedekah mahupun hadiah.
Ketentuan Untuk Lembu & Unta
Seekor Lembu dijadikan korban untuk 7 orang. Sedangkan seekor unta untuk 10 orang. Dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu beliau menyatakan, “Dahulu kami penah bersafar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu tibalah hari raya Iedul Adha maka kami pun bergabung sepuluh orang untuk korban seekor unta. Sedangkan untuk seekor lembu kami bergabung sebanyak tujuh orang.” (Shahih Sunan Ibnu Majah 2536, Al Wajiz, hal. 406).
Dalam masalah pahala, korban lembu sama dengan korban kambing. Ertinya perkongsian 7 orang untuk korban seekor lembu, pahalanya mencakupi seluruh anggota keluarga daripada 7 orang yang ikut berkongsi itu.
Hutang Untuk Melakukan Korban
Sebahagian ulama menganjurkan untuk berkorban meskipun mesti hutang. Di antaranya adalah Imam Abu Hatim sebagaimana dikatakan oleh Sufyan Ats Tsauri dan disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya (Tafsir Ibn Katsir, surat Al Hajj: 36)[1]. Demikian pula Imam Ahmad dalam masalah aqiqah. Beliau menyarankan agar orang yang tidak memiliki belanja aqiqah agar berhutang dalam rangka menghidupkan sunnah aqiqah di hari ketujuh setelah kelahiran.
Sebahagian ulama lain menyarankan untuk mendahulukan pelunasan hutang daripada berkorban. Di antaranya adalah Syaikh Ibn Uthaimin dan ulama kumpulan fatwa islamweb.net dibawah bimbingan Dr. Abdullah Al Faqih (lih. Fatwa Syabakah Islamiyah no. 7198 & 28826).
Syaikh Ibn Uthaimin menyatakan: “Jika orang mempunyai hutang maka selayaknya mendahulukan pembayaran hutang daripada berkorban.” (Syarhul Mumti’ 7/455).
Bahkan beliau pernah ditanya tentang hukum orang yang tidak jadi korban kerana wangnya diserahkan kepada temannya yang sedang terlilit hutang, dan beliau jawab: “Jika di hadapkan dua permasalahan antara berkorban atau melunaskan hutang orang faqir maka lebih utama melunasi hutang, lebih-lebih jika orang yang sedang dibelenggu hutang tersebut adalah kerabat dekat.” (lih. Majmu’ Fatawa & Risalah Ibn Uthaimin 18/144).
Namun pernyataan-pernyataan ulama di atas tidaklah saling bertentangan. Ini kerana perbezaan ini didasari oleh perbezaan dalam memandang keadaan orang yang berhutang. Sikap ulama yang menyarankan untuk berhutang ketika korban terikat dengan orang yang keadaanya mudah dalam membayar hutang atau hutang yang jatuh temponya masih panjang. Sedangkan anjuran sebahagian ulama untuk mendahulukan pembayaran hutang daripada korban terkait dengan orang yang kesulitan membayar hutang atau orang yang memiliki hutang dan pemiliknya meminta agar segera dibayar hutang tersebut.
Hukum Korban Kerbau
Para ulama’ menyamakan kerbau dengan lembu dalam berbagai hukum dan keduanya dianggap sebagai satu jenis (Mausu’ah Fiqhiyah Quwaithiyah 2/2975). Ada beberapa ulama yang secara tegas membolehkan berkorban dengan kerbau. Baik dari kalangan Syafi’iyah (lih. Hasyiyah Al Bajirami) mahupun daripada mazhab Hanafiyah (lih. Al ‘Inayah Syarh Hidayah 14/192 dan Fathul Qodir 22/106). Mereka menganggap keduanya satu jenis.
Syaikh Ibn Al Utasimin pernah ditanya tentang hukum korban dengan kerbau.
Isi Pertanyaan:
“Kerbau dan lembu memiliki perbezaan dalam banyak sifat sebagaimana kambing dengan domba. Namun Allah telah merinci penyebutan kambing dengan domba tetapi tidak merinci penyebutan kerbau dengan lembu, sebagaimana disebutkan dalam surat Al An’am 143. Apakah boleh berkorban dengan kerbau?”
Beliau menjawab:
“Jika kerbau termasuk (jenis) lembu maka kerbau sebagaimana lembu namun jika tidak maka (jenis haiwan) yang Allah sebut dalam alqur’an adalah jenis haiwan yang dikenal orang arab, sedangkan kerbau tidak termasuk haiwan yang dikenal orang arab.” (Liqa’ Babil Maftuh 200/27)
Jika pernyataan Syaikh Ibn Uthaimin kita bawa pada penjelasan ulama di atas maka boleh disimpulkan bahawa korban kerbau hukumnya sah, kerana kerbau sejenis dengan lembu. Wallahu a’lam.
Kongsi Korban Untuk Satu Organisasi
Terdapat satu tradisi di beberapa lembaga pendidikan di daerah kita, ketika idul adha tiba sebahagian universiti menggalakkan kegiatan latihan korban bagi siswa. Masing-masing siswa dikehendaki membayar sejumlah wang tertentu. Hasilnya digunakan untuk membeli kambing dan disembelih di hari-hari korban. Apakah ini boleh dinilai sebagai ibadah korban?
Perlu difahami bahawa korban adalah salah satu ibadah dalam islam yang memiliki aturan tertentu sebagaimana yang digariskan oleh syari’at. Keluar daripada peraturan ini maka tidak boleh dinilai sebagai ibadah korban, atau dengan kata mudah korbannya tidak sah. Di antara peraturan tersebut adalah masalah perbelanjaan. Sebagaimana telah dibahas sebelumnya, belanja perbelanjaan untuk seekor kambing hanya boleh diambilkan dari satu orang. Oleh kerana itu kes tradisi ‘korban’ seperti di atas tidak dapat dinilai sebagai korban. Ini kerana belanja perbelanjaan kambing diambil dari sejumlah siswa.
Berkorban Atas Nama Orang yang Sudah Meninggal?
Berkorban untuk orang yang telah meninggal dunia dapat diperinci menjadi tiga bentuk:
Orang yang meninggal bukan sebagai sasaran korban utama namun statusnya mengikuti korban keluarganya yang masih hidup. Misalnya seseorang berkorban untuk dirinya dan keluarganya sementara ada di antara keluarganya yang telah meninggal. Berkorban jenis ini dibolehkan dan pahala korbannya meliputi dirinya dan keluarganya, termasuk yang sudah meninggal.
Berkorban khusus untuk orang yang telah meninggal tanpa ada wasiat dari mayat. Sebahagian ulama mazhab Hanbali menganggap ini sebagai satu hal yang baik dan pahalanya boleh sampai kepada mayat, sebagaimana sedekah atas nama mayat (lih. Fatwa Majlis Ulama Saudi no. 1474 & 1765). Namun sebahagian ulama’ bersikap keras dan menilai perbuatan ini sebagai satu bentuk bid’ah, melihatkan tidak ada tuntutan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak ada riwayat bahawasanya beliau berkorban atas nama Khadijah, Hamzah, atau kerabat beliau lainnya yang telah meninggal, mendahului beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Pendapat yang lebih kuat dalam masalah ini adalah pendapat yang menyatakan bahawa berkorban atas nama orang yang sudah meninggal secara khusus tanpa ada wasiat sebelumnya adalah tidak disyariatkan. Ini kerana Nabi r tidak pernah melakukan hal itu. Padahal beliau sangat mencintai keluarganya yang telah meninggal seperti isteri beliau tercinta Khadijah dan paman beliau Hamzah.
Berkorban khusus untuk orang yang meninggal kerana mayat pernah mewasiatkan agar keluarganya berkorban untuk dirinya jika dia meninggal. Berkorban untuk mayat untuk kes ini diperbolehkan jika dalam rangka menunaikan wasiat si mayat. (Dinukil dari catatan kaki Syarhul Mumti’ yang diambil dari Risalah Udl-hiyah Syaikh Ibn Uthaimin 51)
Umur Haiwan Korban
Dari Jabir bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian menyembelih (korban) kecuali musinnah. Kecuali apabila itu menyulitkan bagi kalian maka kalian boleh menyembelih domba jadza’ah.” (Muttafaq ‘alaih)
Musinnah adalah haiwan ternak yang sudah dewasa, diambil dari kata sinnun yang ertinya gigi. Haiwan tersebut dinamakan musinnah kerana haiwan tersebut sudah ganti gigi. Adapun perincian usia haiwan musinnah adalah:
No. Haiwan Usia minimum
1. Unta 5 tahun
2. Lembu 2 tahun
3. Kambing 1 tahun
4. Domba 6 bulan (domba Jadza’ah)
(lihat Syarhul Mumti’, III/410, Taudhihul Ahkaam, IV/461)
Apakah yang menjadi acuan usianya ataukah ganti giginya?
Yan menjadi acuan haiwan tersebut boleh digolongkan musinnah adalah usianya. Ini kerana penamaan musinnah untuk haiwan yang sudah genap usia korban adalah penamaan dengan umumnya kes yang terjadi. Ertinya, umumnya kambing yang sudah berusia 1 tahun atau lembu 2 tahun itu sudah ganti gigi. Disamping itu, ketika para ulama menjelaskan batasan haiwan musinnah dan haiwan jadza’ah, mereka menjelaskannya dengan batasan usia. Dengan demikian, andaikan ada lembu yang sudah berusia 2 tahun namun belum ganti gigi, boleh digunakan untuk berkorban. Allahu a’lam.
Berkurban dengan domba jadza’ah itu dibolehkan secara mutlak ataukah bersyarat
Ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. An Nawawi menyebutkan ada beberapa pendapat:
Pertama, boleh berkorban dengan haiwan jadza’ah dengan syarat kesulitan untuk berkorban dengan musinnah. Pendapat ini diriwayatkan dari Ibn Umar dan Az Zuhri. Mereka berdalil dengan makna zahir hadis di atas.
Kedua, dibolehkan berkorban dengan domba jadza’ah (usia 6 bulan) secara mutlak. Meskipun shohibul korban memungkinkan untuk berkorban dengan musinnah (usia 1 tahun). Pendapat ini dipilih oleh majoriti ulama. Sedankan hadis Jabir di atas dimaknai dengan makna anjuran. Sebagaimana dianjurkannya untuk memilih haiwan terbaik ketika korban.
Insyaa Allah pendapat kedua inilah yang lebih kuat. Ini kerana pada hadis Jabir di atas tidak ada keterangan terlarangnya berkorban dengan domba jadza’ah dan tidak ada keterangan bahawa berkorban dengan jadza’ah hukumnya tidak sah. Oleh kerana itu, Jumhur ulama memaknai hadis di atas sebagai anjuran dan bukan kewajipan. Allahu a’lam. (Syarh Shahih Muslim An Nawawi 6/456)
Cacat Haiwan Korban
Cacat haiwan korban dibahagi menjadi 3:
a. Cacat yang menyebabkan tidak sah untuk berkorban, ada 4 [2]:
- Buta sebelah dan jelas sekali kebutaannya
Jika butanya belum jelas – orang yang melihatnya menilai belum buta – meskipun pada hakikatnya kambing tersebut satu matanya tidak berfungsi maka boleh dikorbankan. Demikian pula haiwan yang rabun senja. Ulama’ mazhab syafi’iyah menegaskan haiwan yang rabun boleh digunakan untuk korban kerana bukan termasuk haiwan yang buta sebelah matanya.
- Sakit dan jelas sekali sakitnya. Tetapi jika sakitnya belum jelas, misalnya, haiwan tersebut kelihatannya masih sihat maka boleh dikorbankan.
- Tempang dan nampak jelas tempangnya
Ertinya pincang dan tidak boleh berjalan normal. Akan tetapi jika baru kelihatan tempang namun boleh berjalan dengan baik maka boleh dijadikan haiwan korban.
- Sangat tua sampai-sampai tidak mempunyai sumsum tulang
Dan jika ada haiwan yang cacatnya lebih parah dari 4 jenis cacat di atas maka lebih tidak boleh untuk digunakan berkorban. (lih. Shahih Fiqih Sunnah, II/373 & Syarhul Mumti’ 3/294).
b. Cacat yang menyebabkan makruh untuk berkorban, ada 2 [3]:
- Sebahagian atau keseluruhan telinganya terpotong
- Tanduknya pecah atau patah
(lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/373)
c. Cacat yang tidak berpengaruh pada haiwan korban (boleh dijadikan untuk korban) namun kurang sempurna.
Selain 6 jenis cacat di atas atau cacat yang tidak lebih parah dari itu maka tidak berpengaruh pada status haiwan korban. Misalnya tidak bergigi, tidak berekor, bunting, atau tidak berhidung. Wallahu a’lam (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/373)
Footnotes:
[1] Sufyan At Tsauri rahimahullah menyatakan: “Dulu Abu Hatim pernah berhutang untuk membeli unta korban. Beliau ditanya: “Kamu berhutang untuk beli unta korban?” beliau jawab: “Saya mendengar Allah berfirman: لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ (kamu memperoleh kebaikan yang banyak pada unta-unta korban tersebut) (Qs. Al Hajj: 36). (lih. Tafsir Ibn Katsir, surat Al Hajj: 36)
[2] Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang cacat haiwan apa yang mesti dihindari ketika berkorban. Beliau menjawab: “Ada empat cacat…dan beliau berisyarat dengan tangannya.” (HR. Ahmad 4/300 & Abu Daud 2802, dinyatakan Hasan-Shahih oleh Turmudzi). Sebahagian ulama menjelaskan bahawa isyarat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tangannya ketika menyebutkan empat cacat tersebut menunjukkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membatasi jenis cacat yang terlarang. Sehingga yang bukan termasuk empat jenis cacat sebagaimana dalam hadis boleh digunakan sebagai korban. (Syarhul Mumthi’ 7/464)
[3] Terdapat hadis yang menyatakan larangan berkorban dengan haiwan yang memilki dua cacat, telinga terpotong atau tanduk pecah. Namun hadisnya dlo’if, sehingga sebahagian ulama menggolongkan cacat jenis kedua ini hanya menyebabkan makruh dipakai untuk korban. (Syarhul Mumthi’ 7/470)
http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/panduan-ibadah-korban-bahagian-1.html

Monday, November 15, 2010

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.
BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.
BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"
PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID
Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :
"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"
Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.
Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?
"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )
ANTARA LAWAK & HUKUM
Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Nikah Khitbah : couple tetapi ikut syara'

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kita perlu berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Ibubapa pada zaman moden ini perlulah menyelesaikan masalah yang penuh kecelaruan ini dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak yang belum berkahwin.

Friday, November 5, 2010

Sebab Lelaki Semakin Mengabaikan Tanggungjawab

Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.


Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.

Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka, lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?



Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2 (di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup aurat ini? Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2 kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM" ALBERT EINSTEIN

Masalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2 lagi.

Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan orang lain.

Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.
Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?

Rujukan:
1. Johan C. Karremans, Thijs Verwijmeren, Tila M. Pronk, and Meyke Reitsma. Interacting with women can impair men’s cognitive functioning. Journal of Experimental Social Psychology, 45(4):1041–1044, July 2009.
2. Margo Wilson, Martin Daly. Do pretty women inspire men to discount the future? The Royal Society Biology Letters. May 2004

: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/patutlah-lelaki-menjadi-semakin-bodoh.html#ixzz0x6Q3lVXs

Tuesday, August 31, 2010

Malaysia belum MERDEKA

Pedulikan lah kalau orang nak tuduh aku tak patriotik ataupun lupa daratan.. kalau nak kata aku lupa JASA-JASA umno dan kerajaan sekalipun aku tak hairan, tapi yang pasti aku tak akan SAMBUT MERDEKA selagi mana BN dan UMNO masih memerintah negara neh.

Bukan aku sengaja nak BOIKOT sambutan MERDEKA tapi rasa macam tak SERONOK pun kalau sambut merdeka, semua nya PALSU, dan semua nya PENIPU. Umno menipu kita tentang cara sebenar bagaimana mereka mendapatkan kemerdekaan, so apalah erti merdeka bagi kita yang sememangnya belum lagi merdeka?

Sebuah negara yang merdeka sepatutnya sudah layak mempunyai undang-undang sendiri, perlembagaan sendiri, carta organisasi pentadbiran sendiri, stuktur dan keaslian sistem ekonomi sendiri. Bukan macam malaysia, kita cedok dari bekas penjajah kita dan kita aplikasikan dalam pemerintahan negara kita.

Dulu boleh la mereka berikan alasan negara kita masih baru merdeka (merdeka ke?), perlu belajar susur galur cara2 bagaimana memerintah dan mentadbir negara, walaupun alasan tue pada aku tak tepat, tapi still boleh digunakan ketika baru2 mula merdeka, tapi setelah hampir 50 tahun lebih berlaku kenapa pada sistem penjajah itu juga yang kita masih harapkan?

Ketika umno menulis dalam teks sejarah bahawa mereka lah memerdekakan negara ini, ialah pada hari mereka sebenarnya menghancurkan malaysia neh. Sebagai pentadbir yang gila kuasa, nama dan pangkat, bukan perkara yang menghairankan jika mereka menipu sejarah, tetapi yang tidak normal ialah orang dari negara lain lebih tahu dan lebih faham bagaimana kita merdeka dari kita sendiri, itu perkara yang memalukan.

Semua tokoh2 kemerdekaan yang menentang british dan jepun dengan sepenuh ahti tidak pernah bersetuju dengan cara umno mendapatkan kebebasan dari penjajah, tetapi ada pernah UMNO dedahkan perkara ini kepada umum? dia tidak, sebab dia tahu dia akan di pandang hina, tapi sayangnya setelah hampir 50 tahun dia cuba tutup dan selindungkan sejarah neh, akhirnya dia tak mampu tahan dan sekat2 lagi pengetahuan rakyat, kini semua rakyat malaysia sudah sedar cara bagaimana malaysia kita 'bebas' cari cengkaman penjajah. bukan kah itu perkara yang memalukan bagi umno yang sering mencanang2kan kepada rakyat bahawa mereka la pejuang kemerdekaan yang tulen?

Umno hanya menanda-tangani deklarasi kemerdekaan. Mereka tanda tangan setelah british tidak berupaya untuk mentadbir tanah melayu, akibat pemberontakan komunis, dan orang2 di tanah melayu. Orang2 di tanah melayu pada ketika itu menuntut kebebasan mutlak (kesan secara tidak langsung akibat penaklukan jepun dan kebangkitan di negara india), dan mahu memerintah kembali tanah melayu berdasarkan kepada hiraraki pemerintahan mereka sendiri, mengikut acuan undang2 dan adat mereka sendiri. Akan tetapi british tidak suka, kerana dengan berlaku nya perkara tersebut, maka segala penguasaan british ke atas syarikat2 di tanah melayu sudah pasti akan lenyap dan berkurangan. Dan semua pengaruh british ke atas tanah melayu sudah pasti akan susut sedikit demi sedikit.

Akibat daripada penaklukan jepun ke atas tanah melayu juga, british sudah kerugian dan kehilangan banyak wang ringgit, kerana kerosakan harta benda, syarikat, dan jaringan pengangkutan yang mereka keluarkan duit untuk membina nya. Dari itu mereka rugi dan tidak mahu menanggung kerugian lagi. tambahan pula, bukan hanya di tanah melayu, hampir semua negara yang ditakluki british melakukan penentangan secara berperingkat pada ketika itu.

Oleh itu mereka mula membuat rencana cara bagaimana mahu mengekalkan negara2 yang boleh dikekalkan, dan membuang negara2 yang menyusahkan mereka. Namun dalam masa yang sama,meskipun negara tersebut bebas dari cengkaman british secara zahir, akan tetapi secara batin mereka masih terikat berdasarkan kepada beberapa peraturan2 tertentu.

Tanah melayu pada ketika itu, ataupun malaysia pada ketika ini, adalah dilepaskan oleh british secara rela kerana pelaburan mereka rugi di sini akibat penentangan rakyat (KOMUNIS) di tanah melayu. Cara bagaimana umno mendapat jasa atas kemerdekaan negara adalah kerana umno berunding dan sanggup bertolenrasi dengan british (utk menjatuhkan PKM, salah satu punca PKM naik angin) berbanding dengan pejuang2 kemerdekaan yang menuntut hak2 lebih daripada apa yang telah british peruntukkan.

Jika umno memilih jalan untuk lebih bersabar dan tidak perlu menjadi tali barut british, kita sesungguhnya akan merdeka dengan penuh megah, akan tetapi mereka memilih jalan untuk berkerjasama dengan british bagi mendapatkan kuasa. Bukanla mereka menumpahkan darah ketika kemerdekaan/pelepasan british ke atas tanah melayu, mereka tidak, mereka cuma melalui beberapa rundingan damai dan akhirnya mereka berhasil mendapatkan kemerdekaan sebab mereka mahu menuruti semua syarat2 yang telah ditentukan oleh british pada ketika itu.

Antara beberapa syarat yang ditentukan ialah, tanah melayu mesti mengikuti undang2 yang telah diprotokolkan di british pada ketika itu, sistem pentadbiran negara kita juga harus berasaskan kepada mereka pada ketika itu, dan syarikat2 mereka yang telah bertapak di sini mestilah memiliki beberapa hak2 keistimewaan dan harus mendapatkan jaminan keselamatan. Tak lupa sistem pendidikan berasaskan barat dan jaminan perkembangan agama kristian tidak boleh disekat oleh pemerintahan tanah melayu pada ketika itu.

Perkara ini anda boleh baca menerusi beberapa laman web english yang menceritakan betapa besar dan gah nya sejarah british ketika mereka menjajah asia melalui syarikat yang dikenali sebagai british-hindia-timur company. sila ke link neh

Ianya juga terdapat dalam catatan sejarah dalam beberapa teks sejarah yang mana tidak wujud di malaysia tetapi hampir ramai orang diluar sana yang belajar sejarah tahu akan hal ini, cuma rakyat malaysia sahaja yang masih tidak tahu kerana kita telah diperbodoh2kan oleh umno selama ini. Atas sebab apa mereka mahu menipu kita? Itu adalah disebabkan mereka mahu mendapatkan persepsi baik dari kita, agar kita akan menyokong, dan berterusan memberikan mereka peluang untuk berkuasa di malaysia. Tak lebih tak kurang. Semua tokoh2 sejarah yang telah memperjuangkan kemerdekaan yang sungguh2 tidak ditulis dan dicatitkan secara terperinci dalam teks sejarah agar kita tidak mengenali siapa mereka2 ini.

Penyokong2 umno pada ketika itu sebenarnya ramai yang mendapatkan pendidikan barat oleh itu tidak hairanlah kalau gaya pemikiran dan kecenderungan mereka lebih ke arah kebaratan berbanding cara hidup islam itu sendiri.

Tak cukup dengan itu mereka memperbodoh2kan kita dengan kejahatan dan kezaliman komunis. Padahal mereka lupa, mereka lah punca PKM menganas pada ketika itu.Orang2 dalam PKM bukan hanya cina semua nya, ada juga melayu, ada juga india, tetapi mereka menzahirkan dalam teks sejarah seolah2 PKM adalah dianggotai oleh orang2 cina sahaja pada ketika itu. Kenapa? Kesan daripada pembudayaan fakta serong, oleh itu kita lazim mengatakan bahawa komunis = cina di malaysia. Ya memang benar fahaman komunis di asaskan di CHINA, tetapi sayangnya di malaysia, komunis itu bukan perjuangan orang cina sahaja, kerana ada orang2 melayu juga berjuang menuntut kemerdekaan bersama parti komunis malaya. Asas perjuangan PKM yang telah berubah adalah disebabkan sikap yang ditonjolkan oleh umno pada ketika ia baru mula2 menjadi pemerintahan negara. Mereka berazam mahu menghapuskan pesaing2 mereka, dan PKM yang terlalu marah pada ketika itu bertindak membalas dendam, dan akhirnya terjadi peristiwa kekejaman PKM ke atas orang2 melayu sedangkan peristiwa ini boleh di elakkan asalkan UMNO mahu berunding secara damai. Dan ramai yang kurang jelas, ketika jepun menakluki tanah melayu, BRITISH la orang nya yang telah menyalurkan latihan, wang ringgit, senjata untuk mereka berperang dengan tentera jepun. Oleh kerana selepas jepun meninggalkan tanah melayu, PKM telah berhasrat mahu memerintah negara ini sendiri tanpa british, maka, ketika itulah british mula mencari jalan bagi melemahkan gerakan pkm ni. Saya tidak bersetuju dengan idelogi yang dibawakan oleh PKM, akan tetapi saya rasa kita tidak patut menidakkan jasa2 PKM ke atas kemerdekaan tanah melayu. Ya, mereka kejam, mereka dipaksa untuk kejam terhadap parti yang kejam (UMNO) oleh itu akhirnya rakyat yang jadi mangsa. sama seperti sekarang, di mana DAP bersikap anti-islam akibat dipaksa untuk bersikap demikian juga oleh UMNO. Ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman PKM dan UMNO pada ketika itu. Jika PKM mendapat nama buruk kerana membunuh orang2 melayu, UMNO juga harus mendapatkan label yang sama kerana mereka adalah punca utama kepada kejadian tersebut. Sama seperti peristiwa 13 mei. Umno tidak boleh lepas tangan dan meletakkan kesalahan ke atas bahu chinpeng semata2.

Selepas merdeka (konon) kita juga sempat menciplak dan mencedok lagu dari negara lain dan menjadikan sebagai lagu nasional kita. Bukan kah peristiwa tersebut adalah peristiwa yang memalukan? Apa sebab kita SIBUK2 sangat nak CILOK lagu dari rakyat lain dan menjadikan sebagai lagu nasional pula tue? Di manakah kreativiti anak2 muda tempatan pada ketika itu? Sesungguhnya kesan daripada tindakan BODOH mereka, kita pada masa kini sering di ejek dan di hina oleh rakyat luar sebagai tidak bertamadun kerana sering mengambil/mencedok kreativiti bangsa luar dan menasionalkan lagu tersebut. Bukan kah itu memalukan?

Antara tokoh2 kemerdekaan yang telah dilupakan. Dato Maharajalela, Datok sagor, siputung ,dato bahaman, mat kilau, tok janggut,dot said, mat saleh, rentap,rosli dhoby dan ramai lagi. Dan mereka ini tidak duduk berjuang dalam UMNO.

Dan apa yang amat dikesali ialah kita dimomokkan dengan sentimen kebencian terhadap kaum lain meskipun kita sudah bebas dari dasar pecah dan perintah. Dasar ini pada mula nya di asaskan oleh BRITISH akan tetapi diteryuskan oleh UMNO.. sebagaimana british mencipta dasar ini untuk mencerai-beraikan kita, seperti itulah yang BN buat untuk memastikan mereka kekal berkuasa di atas.

Dasar satu sekolah sepatutnya sudah lama wujud dulu, jika dasar ini sudah ada, sudah tentu umno dan bn juga sudah lama lenyap dulu, ataupun sekurang2nya mereka tidak melakukan kezaliman dan penindasan berterusan terhadap rakyat marhaen sebagaimana yang mereka buat terhadap kita kini.

Menyambut kemerdekaan dengan konsert, artis berjoget, terloncat2 macam beruk adalah perkara yang memang biasa di amalkan di malaysia sebuah negara yang so-called islam, dan islamik (islam hadhari ke?) Saban tahun, konsert2 seperti itu akan ada di beberapa tempat bagi menyambut malam ambang kemerdekaan, selepas itu melakukan beraksi pula dalam seks bebas berkelompok, di kawasan yang telah ditetapkan oleh pasangan masing2. selepas sembilan bulan berlalu, maka aktiviti pembuangan bayi pula berlaku. Jadi siapa harus dipersalahkan kalau bukan kerajaan itu sendiri?

Apalah erti merdeka kalau kita berdiri sama tinggi dengan iblis? duduk sama rendah dengan syaitan? Apalah erti merdeka bagi rakyat kalau saban tahun dimomokkan dengan cerita2 palsu dan penipuan bagi menindas rakyat marhaen? Mereka mengawal semua institusi undang2 di malaysia bagi mencengkam kebebasan kita, bagi menghalang kita mendapatkan keadilan atas kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan. Mereka ada ISA untuk sekat kemaraan kita. Mereka gubal undang2 yang halang dan larang kita daripada bersuara. Mereka buat akta media cetak. Mereka control semua media massa agar suara2 rakyat yang terpinggir dan sengsara tidak kedengaran. Mereka membina masjid2 besar bagi menutupkan lubang2 maksiat yang mereka cipta. Mereka tindas kita dengan beban2 yang tidak sepatutnya, menaikkan harga barang dengan sesuka ahti, menciplak dan menghalang daya kreavtivi kita, sebaliknya lebih suka mengalirkan modal kepada owang asing.. contohnya dalam kes proton, sedangkan kita mampu untuk menjadikan proton lebih berkualiti dengan harga yang lebih murah tetapi mereka tidak mahu menrealisasikan impian tersebut kerana mereka mementingkan duit daripada kualiti. Mereka mahu hidup senang atas kesengsaraan kita. Mereka membuat dasar2 dan polisi2 BODOH untuk memastikan kita terus terhimpit dan tersekat.

Dalam erti kata lain, kita belum MERDEKA lagi, oleh itu untuk apa kita sambut kemerdekaan negara?

Ameno : Belum pernah ada satu bendera dikibarkan lagi di tempat saya, kecuali bangunan yang dimiliki oleh kerajaan. Adakah mereka juga BOIKOT UMNO/BN sebagaimana saya boikot mereka?

Link menarik untuk di kongsi.

http://www.bl.uk/reshelp/findhelpregion/asia/india/indianindependence/transfer/transfer1/

http://www.bl.uk/reshelp/pdfs/indiansoverseas.pdf

http://www.bl.uk/reshelp/findhelpregion/asia/india/indianindependence/ww2/ww28/

Untuk lebih banyak maklumat sila ke sini (kalau dapat jelajah sendiri ke muzium british akan lebih banyak maklumat yang kita mampu perolehi)

sejarah, penentangan dan kezaliman PKM, sila baca sini , sini , sini
dan di sini

Saturday, July 31, 2010

Apakah itu 24 Protokol Zion yang menjadi Tunjang pada fahaman Zionisma

Dokumen “The Protocols of Zion” yang sudah lama menjadi ‘kitab suci’ Zionisme Internasional, selama ini difahami sebagai sumber inspirasi kaum Yahudi untuk menjarah setiap inci dunia sesuai dengan keinginannya, iaitu dunia yang pada akhirnya hanya beragama satu, agama Zionis. Inti ajaran agama Yahudi Zionis adalah pemujaan material atau dikenal dengan istilah materialisme. Protokol itu pertama kalinya di rangka tahun 1895 di Basel-Swiss oleh pemimpin Zionis saat itu, Theodore Hertzel. Dokumen itu berisi 24 pasal (24 protocols). Tadinya sangat dirahasiakan sekali, tapi kemudian bocor dan sampai ke tangan pendeta orthodox Rusia, Sergey Nylos, yang menterjemahkan ke dalam bahasa Rusia pada tahun 1921. Seorang wartawan Inggris,Victor E. Mersden, kemudian menterjemahkannya kembali ke dalam bahasa Inggris dengan judul “The Protocols of the Learned Elders of Zion” pada tahun 1917.

Protokol 1

Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol Ke -2

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol Ke-3

Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol Ke-4

Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Ke-5

Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

Protokol Ke-6

Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.

Protokol Ke-7

Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol Ke-8

Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol Ke-9

Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Ke-10

Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

Protokol Ke-11

Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

Protokol Ke-12

Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol Ke-13

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Ke-14

Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol Ke-15

Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri.

Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

Protokol Ke-16

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol Ke-17

Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol Ke-18

The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi

Protokol Ke-19

Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Ke-20

Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Ke-21

Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Ke-22

Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Ke-23

Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Zionis.


Protokol Ke-24

Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Zionis).

Sunday, June 13, 2010

Cara Menghapus Kekalkan Akaun Facebook


Ternyata mendelete account facebook itu tidaklah mudah. Artikel sebelumnya saya member tahu bagaimana men”deactivate” akun facebook kita. Untuk anda yang sudah mencobanya, saya minta coba login kembali ke facebook. Apabila anda dapat masuk dengan mudahnya, berarti anda telah gagal mendelete akun tersebut.

Berikut adalah langkah yang benar bagaimana mendelete akun facebook kita (tidak hanya deactivate). Saya nasehatkan kepada anda untuk benar-benar focus pada langkah ini, karena membutuhkan waktu yang lama untuk benar-benar mengapusnya. Saya membutuhkan waktu 5 jam untuk benar-benar membuat halaman akun saya kosong. So, enjoy!

- Hapus semua kawan anda dengan cara mengklik tanda “x” lalu memilih “remove friend”.
- Hapus semua foto di halaman album anda. Caranya, masuk ke halaman foto, lalu pilih album dan pilih “delete this album”.
- Hapus semua komentar yang anda kirim, dengan cara masuk ke halaman profile lalu pilih tanda “x” dan pilih “delete” di setiap kotak wall dan komentar anda.
- Cabut keanggotaan anda dari groups, fan, dan supporter di halaman INFO. Caranya dengan mengunjungi group anda lalu pilih “remove”.
- Hapus semua info tentang anda. Pilih “info” edit.
- Remove smua tag yang ada di halaman foto anda
- Kirim email ke http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account dan pilih hapus akun secara permanen. Masukkan password anda lalu masukkan kata sandi yang terlihat.

- Setelah terkonfirmasi, facebook akan memberitahukan bahwa jika Anda tidak login selama 14 hari, maka akun anda akan terhapus dan tidak bisa direcovery.
- Setelah itu facebook akan log out otomatis.
- Silahkan perikasa 14 hari kemudian dengan login dengan akun anda. Kalau tidak bisa berarti facebook anda berhasil di delete.
Sumber : http://itguidelines.blogspot.com/2009/01/how-to-delete-facebook-account.html

Kesimpulan setelah saya melakukan langkah-langkah di atas adalah, semakin lama anda menjadi member di facebook maka akan semakin panjang waktu yang anda butuhkan untuk menghapus akun anda. Atau singkatnya, semakin lama semakin susah untuk keluar dari facebook. Jadi, sebelum anda terjajah olehnya lebih baik anda berhati-hati. :D

Ana Uswatun K.

Kullihyyah of ICT, IIUM