Wednesday, June 15, 2011

bersih 2.o tingkatkan ekonomi


antara kategori-kategori utama:


1. petrol

ramai orang akan menggunakan petrol atau diesel pada hari tersebut. tambahan pula yang tinggal berjauhan dari kuala lumpur. rakyat malaysia sememangnya ramai yang guna kenderaan berenjin. kalau dah enjin, mestilah guna petrol atau diesel. belum ada di malaysia ni kenderaan menggunakan bateri melainkan basikal dan motor yang sememangnya tak berbaloi untuk bergerak jauh. bila dah ramai orang guna, maka meningkatlah hasil penjualan petrol atau diesel pada hari tersebut. kan kerajaan untung di situ.



beratur macam ni di stesen miyak untuk pergi bersih 2.0


sesak macam ni di tol kerana nak pergi bersih 2.0


2. tol

semua sedia maklum, lebuhraya di malaysia ni semuanya bertol terutama di kuala lumpur. ramai dijangka akan sertai. sama ada dari utara atau selatan. timur atau barat. sudah semestinya menggunakan lebuhraya yang dibina oleh kerajaan tercinta walaupun terpaksa membayar tol. dengan jumlah yang ramai, pastilah menggunakan kenderaan yang banyak. ditambah lagi golongan yang jarang atau tidak pernah ke kuala lumpur. inilah masanya kalau nak pergi pun.. jika kenderaan banyak, pastilah meningkatkan kutipan tol. ada ke cara nak elak dari bayar tol kalau melalui lebuhraya? kerajaan untung lagi di situ.


3. pengangkutan awam

pada hari tersebut, selain menggunakan kenderaan persendirian. peserta turut menggunakan pengangkutan awam. bagi peserta yang berjauhan dan tinggal di luar kuala lumpur, biasanya untuk mudahkan gerakan, pastilah menggunakan khidmat sewa bas atau menaiki keretapi. bagi yang tinggal sekitar lembah klang, sememangnya mudah mengguna komuter, rapid kl, monorel atau bas. dengan penggunaan pengangkutan awam oleh peserta yang ramai, akan meningkatlah sumber pendapatan semua syarikat yang menyediakan khidmat pada hari tersebut. perkara ni memudahkan mereka membayar cukai kepada kerajaan. kerjaan untung lagi di situ.


4. restoran, cafe dan gerai

al-maklumlah, semua peserta adalah manusia biasa. manusia memerlukan makanan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan tenaga. jadi, pastilah peserta akan mencari tempat mengisi perut. takkanlah sehari suntuk tak makan. tambahan pula yang datang dari jauh. masa inilah paling sesuai restoran, cafe dan gerai akan mendapat keuntungan berganda kerana semestinya peserta akan membeli juadah di premis-premis mereka. lagi ramai peserta, lagi ramai pengunjung. lagi ramai pengunjung, lagi banyak makanan laku dan cepat habis. restoran, cafe dan gerai jika dah habis makanan, pastilah dah memperoleh keuntungan. takkanlah barang habis tapi rugi. tak logik langsung. bukan merompak pun. perkara ini juga memudahkan mereka membayar lesen, cukai atau sewa permis mereka. kerajaan untung lagi di situ.


5. pusat pelancongan

haa.. yang ni kuranglah sikit. pasal nak pergi ke pusat pelancongan ni, hanya yang berkesempatan je.. lagi pun, bagi yang datang dari jauh tu, eloklah pergi ke pusat pelancongan yang mudah untuk dilalui peserta seperti pasar seni, masjid jamek, masjid negara, masjid india, istana negara, stesen keretapi asal kuala lumpur, petaling street, dan hentian puduraya yang berwajah baru!! pusat pelancongan yang paling susah nak masuk pada hari tu, dataran merdeka. sesiapa yang hebat bolehlah masuk. kalau nak jauh sikit dari tempat himpunan, bolehlah pergi ke kl tower, klcc, bukit bintang, taman tasik perdana, petrosains, planetarium negara, muzium negara, bangunan parlimen, taman orkid, perpustakaan negara, dinding penjara pudu dan banyak lagi. perkara ini menyebabkan peserta nampak akan keindahan pusat-pusat pelancongan di malaysia sekaligus menyokong kempen cuti-cuti malaysia.


6. pusat membeli belah

yang khas untuk yang duduk jauh dari kuala lumpur. alang-alang dah datang, beli la sebarang dua cenderahati untuk dibawa pulang. takkan pulang tangan kosong je kot.. kalau yang minat barang seni, boleh membeli di pasar seni. kalau yang minat barang berjenama tapi murah, boleh membeli di petaling street atau masjid india. kalau yang minat ubat kuat, boleh membeli di jalan chow kit. tapi tak jamin la kesihatannya.. kalau yang minat membeli borong, mydin. kalau minat barang berjenama original, bukit bintang. kalau minat barangan elektronik, lowyat atau sungei wang. selain itu, banyak lagi pusat membeli belah yang menarik seperti sogo, isetan, berjaya time square, starhill, lot10, Fahrenheit 88, suria klcc, mid valley, dan lain-lain.


kesimpulannya, susahlah kalau nak cakap kalau ramai orang, ekonomi akan jatuh. peniaga akan rugi.








No comments:

Post a Comment