Friday, March 12, 2010

Wang Kertas VS Emas

Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.

Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?

Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi.

Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.

Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas.

Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.

Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?

Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.

Wang kertas jika dikaji asal-usuknya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.

Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?

Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.

Kerajaan Siam (Thailand)

Kerajaan Jepun

Kerajaan Portugis

Kerajaan British

Kerajaan Belanda

Kerajaan Kelantan

Kerajaan Johor

Tapi mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.

Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa ...

Jadi wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu ialah emas dan perak. Ia tidak boleh diulang-cetak. Ia sangat unik.

Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami benda yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan cara sekarang lebih banyak melibatkan wang. Bom-bom berkuasa hebat, teknologi canggih dan lain-lain.

Taktik Penjajah
Jadi semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak. Jadi penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.

Lihat perkataan promises to pay the bearer on demand.

Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Katakan anda orang Melayu yang menjual goreng pisang ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini bersandarkan kepada emas.

Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas kita, tidak lagi disandarkan pada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas. Kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Berbalik pada cerita penjajah tadi. Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tak suka orang berhutang dan memberikan selain daripada emas kepada mereka. Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka seperti yang kita dapat saksikan di bawah ini:-

Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Maka seterusnya penjajah pun saling berperang. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya.

Masih ingat British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak langkah British. Dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung. Maka Jepun pun mencetak kertas di bawah:-

Kertas bergambar pokok pisang yang sering diperkatakan warga veteran kita.

Rakyat jelata tentu marah. Mereka mahukan wang sebenar iaitulah emas. Bayangkan seorang peniaga goreng pisang menjual goreng pisang, dia tidak terima langsung sebutir emas dalam setiap jualan goreng pisangnya.

Bahkan dia terima pula kertas yang ada gambar pisang di atas. Mesti marah bukan? Tetapi dalam keadaan dijajah begitu, mana nak berani bangkang-membangkang?

Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor.

Oh ya, semasa British digulingkan oleh Jepun, kertas-kertas British masih ada disimpan oleh ramai rakyat jelata. Kerajaan Jepun tak mahu bertanggungjawab dengan kertas-kertas British. Jadi siapa yang rugi? Tentulah rakyat jelata. Mereka kehilangan emas mereka.

Setelah itu, Kerajaan Jepun pula digulingkan oleh British. British kembali berkuasa. Tetapi kali ini mereka datang dengan mencetak kertas yang baru.

Lagi sekali rakyat jelata ditipu. Kertas-kertas terdahulu yang disimpan tidak dapat ditukarkan kepada emas. Malah tidak laku kerana British mengatakan kerajaan terdahulu dan terkemudiannya berbeza. Walau bagaimanapun kertas baru ini masih menjanjikan emas.

Setelah British memasukkan Borneo ke dalam Malaya, kertas baru dicetak lagi.

Apakah bezanya dengan kertas baru ini? Kertas ini tidak lagi melibatkan emas. Emas tidak lagi diwajibkan sebagai pertukaran. Ia hanyalah kertas bernombor semata-mata. Gambar Permaisuri Elizabeth digunakan. Pada masa itu, gambar ini sudah cukup seksi untuk meredakan kemarahan rakyat.

Jadinya rakyat jelata sudah ditipu dari penjajah demi penjajah dan dari penipuan demi penipuan. Ini semua melambangkan tenaga rakyat jelata boleh dikerah, diguna tanpa melibatkan sebutir emas pun. Cukup punya pandai penjajah ini. Kalau penjajah pandai, makanya rakyat jelata?

Kerajaan British amat bijak dalam melakukan persedian bagi menghadapi akibat terburuk. Maka mereka sekali lagi mencetak kertas yang baru.

Kertas ini ada gambar pemimpin negara kita.

Cerdiknya British, mereka sanggup menggantikan gambar Permaisuri dengan pemimpin negara kita demi menghalalkan kertas ini. Rakyat jelata rata-ratanya hormat akan pemimpin sendiri. Jadi hasilnya tiadalah lagi api kemarahan rakyat. Tetapi tidakkah kita terfikir, bagaimana pemimpin kita boleh mendengar cakap British?

Mengikut sampaian orang-orang veteran, raja-raja Melayu, ulama' dan pemimpin Melayu yang tidak berpihak pada British akan dibunuh dan dibuang ke pulau-pulau kecil. Jadinya kuasa-kuasa istana dan pemimpin di parlimen yang ada pada hari ini berpihak pada siapa?

Amalan jelik masih diteruskan oleh budak suruhan British hingga ke hari ini. Sekaligus terus-menerus menidakkan hak rakyat jelata untuk mendapatkan kembali emas kepunyaan nenek moyang mereka sejak zaman penjajah dahulu.

Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi.

Satu contoh, peperangan yang berbekalkan dana emas akan berakhir apabila emas habis dibelanjakan. Ia tidak mungkin dapat dicetak lagi seperti kertas. Jadinya kezaliman dan keangkuhan pemimpin untuk terus berperang akan terbatas dengan ketiadaan emas. Tetapi hari ini, kertas boleh diulang cetak.

Mengikut kiraan ulama' Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal pun akan muncul.

Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak-budak yang sedang bersekolah hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dari keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas. Satu lagi penipuan secara elektronik bakal mewarnai dunia. Bukan?

Kata Sheikh Imran Hosein, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'.

Kita tidak seharusnya mengaku kalah dengan kedatangan Dajjal. Kerana terdapat juga proses menyambut kedatangan Nabi Isa A.S dalam menewaskan Dajjal di Israel. Jadi tidak mahukah umat Islam turut serta menyambut Nabi Isa A.S?

HARAKAH

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik ImageAziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana ImageMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).

(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.

Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,

Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.

Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. -

Thursday, March 11, 2010

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Wednesday, March 10, 2010

“Hari Wanita” Adalah Agenda Komunis Untuk Menghancurkan “Keluarga”

(TERJEMAHAN: 1932 Poster Soviet yang bermaksud: 8 March adalah hari pemberontakan oleh wanita bekerja terhadap “perhambaan dapur”. KAtakan “TIDAK” kepada kekerasan dan penindasan kerja-kerja rumah”)



Mengikut pengkajian saya, sejarah “Hari Wanita” telah dimulakan oleh Parti Komunis Russia (Bolshevik) selepas mereka menjatuhkan Czar di Russia. Ia telah dimulakan oleh SU Agung Parti Komunis Russia yang pertama, Vladimir Lenin, bagi tujuan yang amat jahat dan seperti dirasuk syaitan. Yakni, menghancurkan institusi keluarga di Russia.

SAMBUTAN 8 MARCH DIMULAKAN PARTI KOMUNIS RUSSIA

Dari poster di bawah, ia menjelaskan kepada kita sambutan 8 March sempena “Hari Wanita” adalah ciptaan Parti Komunis Russia dan bersumber dari ideology Komunis.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengeluarkan para wanita dari peranan sebagai ibu dan surirumah kepada peranan sebagai pekerja untuk mengkayakan negara.

Dalam konteks kapitalisma pula, para wanita digalakkan bekerja sendiri kerana mereka bakal digunakan untuk mengkayakan para korporat-korporat yang senantiasa tamak dan haloba untuk mencari wang. Tidak pernah mereka cukup dengan wang yang ada, mereka mahu wang mereka sentiasa bertambah.

Tujuan Parti Komunis menyuruh wanita keluar rumah dan bekerja adalah supaya anak-anak mereka kelak akan dibesarkan dan diindoktrinisasi oleh negara. Ertinya, tugas ibu bapa hanya memberi sokongan material sahaja tetapi dari segi pemikiran dan cara bertindak,semuanya akan ditentukan oleh negara (dalam kes ini negara yang diperintah Komunis).

Dalam kontek kita sekarang ini, apabila wanita bekerja, anak-anak akan diracuni pemikiran mereka oleh media yang mempromosikan budaya konsumerisma, hedonisma dan berpeleceran serta keduniaan yang melampau.

Tidak hairanlah semenjak wanita-wanita bekerja dengan ramai, masaalah sosial dalam masyarakat umat Melayu semakin serius dan membarah. Apa yang berlaku adalah tugas membangun keluarga sudah menjadi tugas “separuh masa” manakala tugas sepenuh masa adalah mengkayakan para korporat yang sentiasa tamak haloba.

Apabila makin ramai wanita bekerja, maka kos “labor” (tenaga kerja) semakin menurun kerana bilangan pekerja dalam pasaran semakin bertambah. Di kala wanita 90% duduk di rumah dan menjadi surirumah, kos pekerja berada di tahap yang agak tinggi. Apabila para wanita mula bekerja di luar, maka kos pekerja menjadi murah kerana secara tiba-tiba bilangan pekerja bertambah.

KEMPEN KOMUNIS SECARA SENYAP-SENYAP

Kita semua tahu Gerakan Bolshevik adalah gerakan yang dipimpin oleh Zionist antarabanga. Leon Trostsky adalah dari keturunan Yahudi berasal dari New York. Begitu juga Vladimir Lenin yang mempunyai keturunan Yahudi dan begitu juga Stalin. Kebanyakan pembesar-pembesar Parti Komunis Russia sewaktu Revolusi Bolshevik adalah dari bangsa Yahudi termasuk director pertama “Polis Rahsia” Parti Boshevik (Cheka) yang bernama Felix Edmundovich Dzerzhinsky. Beliau ini telah bertanggungjawab terhadap pembunuhan berjuta-juta nyawa yang tidak berdosa selepas Revolusi Oktober yang menjatuhkan Czar Nikolas Romanov dari takhta beliau.

Agenda komunis ini diteruskan oleh agen-agen mereka di Amerika. Dalam hal berkaitan pembebasan wanita, dua nama yang sering dikaitkan adalah Betty Friedan dan Gloria Steinem. Kedua-dua wanita ini dianggap sebagai pengasas kepada gerakan Hak Kesaksamaan Wanita di zaman moden ini. Kedua-dua wanita ini juga dalah dari bangsa Yahudi berfahaman Zionis.

Maka yang selama ini dulaungkan sebagai “Hak Wanita” adalah sebenarnya kempen senyap untuk mengkehadapankan agenda Komunis kepada manusia seluruh dunia. Mereka berkata kononnya wanita ditindas kerana terpaksa duduk di rumah sahaja dan menjaga keluarga.
Hakikatnya, kita lihat sekarang ini, wanita-wanita dari keluarga yang kaya kesemuanya tidak bekerja dan duduk di rumah. Wanita-wanita dari keluarga tidak berada terpaksa bekerja sepenuh masa demi untuk mengkayakan sejemput wanita-wanita dari keluarga kaya ini dan membolehkan mereka tidak bekerja.

AGENDA SEBENAR KOMUNISMA

Agenda Komunis adalah untuk menukar peranan masing-masing dalam masyarakat kepada peranan yang dikehendaki oleh ideology komunis, yakni menjadi pekerja.
Institusi keluarga dianggap hina dalam ideology Komunis kerana ia menyebabkan 50% dari rakyat sesebuah negara itu tidak menjadi pekerja.

Bagi saya, pertubuhan-pertubuhan seperti WAO, Sisters in Islam etc adalah anak beranak Pol Pot kerana mereka ini berjasa menghancurkan institusi keluarga dalam masyarakat.

Mereka juga menamppakan sikap hipokrit mereka yang tinggi terutamanya dalam kes sebatan syariah. Kalau mereka benar2 mahu meperjuangkan kesaksamaaan, mengapa marah Kartika disebat? Bukankah kesaksamaan menjamin bahawa wanita dan lelaki dilayan sama rata?

AGENDA SEBENAR GERAKAN HAK KESAKSAMAAN WANITA

MEreka mahu menghancurkan institusi keluarga. Secara turun temurun, kaum lelaki adalah ketua di dalam keluarga. Mereka bertanggungjawab menjaga serta memberi nafkah kepada wanita dan kanak kanak.

Kita tidak nafi memang ada lelaki yang tidak berguna dan tidak boleh diharap sebagai bapa, tetapi majoriti lelaki yang menjadi bapa bertanggungjawab menjaga keluarga mereka. Namun, dengan bantuan media yang dipunyai Yahudi, kes-kes terpencil ini diperbesarkan menjadikan tugas lelaki memimpin keluarga dipandang serong oleh masyarakat.

Hakikatnya, kempen “Hak Kesaksamaan” ini adalah kempen yang menguntungkan segelintir kecil masyarakat sahaja. Dalam negara komunis yang untung adalah ahli-ahli Politburo Parti Komunis. Dalam negara “Kapitalisma” ia menguntungkan tuan punya syarikat yang besar-besar sahaja.

Majoriti rakyat akan menderita dan tersiksa di bawah polisi-polisi yang mendukung “Hak Kesaksamaan”. Masyarakat akan menjadi hancur dan berkecai. MAsalaah sosial akan menjadi lumrah hidup kerana tugas menjaga keluarga sudah menjadi tugas separuh masa.
Zina, minum arak, judi, rogol dsbnya akan meningkat dan terus meningkat.

PEnyalahgunaan dadah akan menjadi lumrah hidup. Semuanya demi mengkayakan dan memberi kesenangan kepada segelintir orang kaya dan berkuasa di dalam masyarakat.
Seharusnya syarikat membayar gaji yang lebih kepada seorang bapa berbanding dengan seorang wanita kerana bapa menggunakan wang yang beliau dapat untuk menyara keluarga. Wanita tidak diwajibkan menyara keluarga, maka apa salahnya mereka dibayar lebih rendah dari lelaki?

Tulang Besi

Thursday, February 11, 2010

kasih sayang burung

Burung betina ini tercedera setelah dilanggar kenderaan.

Temannya si Jantan datang membantu memberi makan

"Akhirnya kau pergi jua"

Si Jantan meratap kesedihan

Si Jantan menjerit menyuruh si Betina bangun

Selamat tinggal my sweetheart..

Ini adalah gambar yang diambil oleh seorang jurugambar Perancis yang kebetulan melihat kejadian ini dan merakamkan detik-detik akhir burung walit betina, yang pemergiannya diratapi oleh temannya si Jantan.


Siapa kata haiwan tiada perasaan. Persitiwa yang dirakam ini jelas membuktikan bahawa si burung ini juga punya perasaan kasih sayang. Perasaan yang di anugerah oleh ALLAH kepada semua makhluk.


Tapi malangnya manusia hari ini sudah kehilangan perasaan kasih sayang ini. Kita mendengar berita anak menyembelih kepala bapa dan datuk-nenek serta adik kandungnya, kita mendengar anak menikam ibunya sendiri, kita mendengar bapa menghempas bayi kecilnya kedinding sehingga pecah kepala. kita mendengar bapa merogol anaknya sendiri, kita mendengar adik tetak kepala abang kerana berebut harta pusaka, kita mendengar ustadz meliwat pelajar sendiri, kita mendengar anak lelaki merogol ibu kandungnya, paling akhir seorang bayi lima bulan mati akibat deraan, termasuk disyaki diliwat oleh ahli keluarganya sendiri..dan yang paling malang mereka semua beragama Islam!! Dimana iman mereka. Islam mereka hanya tinggal di kad pengenalan, menjadi Muslim kulit bawang.


Semoga peristiwa saperti ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua insyallah.

Thursday, February 4, 2010

Nasir Safar, si 'lelaki misteri' hari Altantuya dibunuh

Ya, bahawa manusia dalam biru Proton Saga adalah Nasir Safar. Namun polis, yang memuat pernyataan Bala, menyangkal dan mengatakan bahawa itu adalah penduduk dari kawasan itu dan tidak Nasir Safar. Bagaimana polis akan tahu ini tanpa penyiasatan lanjut dan tanpa memuat pernyataan Nasir Safar?

Koridor Kekuasaan
Raja Petra Kamarudin

Petugas Khas untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak, Safar Nasir, telah diminta untuk mengundurkan diri untuk memanggil awal imigran India ke Malaya pengemis dan pelacur China. Tapi itu bukan lapisan gula pada kuih.: The icing pada kueh adalah bahawa Nasir Safar adalah orang sebagaimana dimaksud dalam ayat 30 dari PI Bala's Statuta Perisytiharan:

"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan aku berkata 'Ya'. Dia kemudian berjalan pergi dan membuat beberapa panggilan pada handphone. Selepas 10 minit kenderaan lain, Proton Saga biru, dipandu oleh seorang laki-laki Melayu, berlalu dengan perlahan-lahan. Tetingkap pemandu diturunkan dan pemandu itu memandang kami. "

Anda boleh membaca teks penuh daripada Akuan Bersumpah Bala di bawah ini.

Ya, bahawa manusia dalam biru Proton Saga adalah Nasir Safar. Namun polis, yang memuat pernyataan Bala, menyangkal dan mengatakan bahawa itu adalah penduduk dari kawasan itu dan tidak Nasir Safar. Bagaimana polis akan tahu ini tanpa penyiasatan lanjut dan tanpa memuat pernyataan Nasir Safar?

Sekarang, mengapa seorang ‘Pegawai Khas’ Perdana Menteri berada di TKP? Adakah itu untuk melihat sendiri bahawa Altantuya ditangkap dan segera dinyahkan?

Jadi, yang akan dibuat Najib dua kakitangan yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya, satunya lagi adalah ADC-nya, Musa Safri, yang tidak pernah dipanggil sebagai saksi di perbicaraan pembunuhan Altantuya.

Adakah anda ingat Norhayati Hassan, ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong, tidak juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam tentera menegaskan bahawa beliau telah melatih suami dan isteri ini tentang bagaimana menangani C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti, atau mungkin hanya sebuah pembohongan RPK dan Malaysia Today?

Sebelumnya, kami menerbitkan sebuah buku nota polis berkawal yang menunjukkan dua pegawai tentera yang tidak disebutkan namanya pergi ke rumah Najib sekitar tengah malam pada malam Altantuya dibunuh dan mereka tidak keluar sampai fajar keesokan harinya.

Ok, mereka hanya duduk di sofa Rosmah dari tengah malam hingga fajar berbual-bual atau adakah mereka benar-benar meninggalkan rumah tersebut dengan kereta Rosmah pergi ke suatu tempat, di mana tidak ada buku catatan entri tersebut dibuat? Dan jika mereka meninggalkan rumah dengan kereta Rosmah , lalu ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan selama lima sampai enam jam?

Ya, plot tersebut semakin mengental. Pertama adalah ADC Najib, Musa Safri. Kemudian itu ADC Rosmah, Norhayati Hassan, dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Dan sekarang kita ada Nasir Safar, yang memandu sangat perlahan di rumah Razak Baginda, mungkin untuk memastikan bahawa Altantuya, yang membuat gangguan itu dibawa pergi.

Adakah Najib suka mencabar kami dalam hal ini? Dia boleh jika ia ingin begitu. Kemudian peguam Bala boleh menetapkan saksi untuk memberi kesaksian kepada SPRM di London, seperti apa yang mereka tawarkan untuk lakukan. Tapi masalahnya ialah SPRM tidak mahu bertemu dengannya di London. Mereka ingin dia bertemu mereka di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Adakah SPRM pikir kami bodoh? Pertemuan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan menjadi seperti pertemuan di Bukit Aman. Atau haruskah kita hanya menetapkan untuk bertemu di Kamunting dan menyelamatkan semua orang dan bukan banyak masalah?

Oh, dan jangan lupa saudara (adik) Najib yang bertemu Bala untuk mengugut dia dan memaksa dia untuk menarik kembali Perisytiharan yang paling merosakkan mengikut Undang-Undang.

PERAKUAN BERSUMPAH

Saya, Balasubramaniam a / l Perumal seorang Warga Negara Malaysia yang sudah dewasa dan tinggal di [dipadam] melakukan solemly dan tulus menyatakan sebagai berikut: --

1. 1. Saya telah menjadi pegawai polis dengan Polis Diraja Malaysia sebagai polis konstable pada tahun 1981 bertugas dalam Polis Field Force. Saya kemudian naik pangkat Lance Koperal dan akhirnya mengundurkan diri dari Polis pada tahun 1998 ketika bersama Cawangan Khas.

2. 2. Saya telah bekerja sebagai Penyiasat Persendirian sejak meninggalkan Polis.

3. 3. Sekitar bulan Jun atau Julai 2006, saya diupah oleh Abdul Razak Baginda untuk jangka masa 10 hari bertugas di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang antara jam 8:00-5:00 setiap hari kerja kerana dia mengalami gangguan dari pihak ketiga.

4. 4. Saya mengundurkan diri dari pekerjaan ini selepas 2 ½ hari kerana saya tidak menerima arahan yang tepat.

5. 5. Namun saya kembali bekerja oleh Abdul Razak Baginda pada 05-10-2006 kerana ia telah menerima telefon daripada seorang lelaki China yang menyebut dirinya sebagai ASP Tan yang telah mengugut dia supay membayar hutang-hutangnya. Saya kemudiannya mendapat tahu ternyata orang Cina itu adalah seorang penyiasat persendirian bernama Ang yang diupah oleh seorang perempuan Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

6. 6. Abdul Razak Baginda sangat bimbang bahawa seseorang seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu, akan tiba di Malaysia dan akan cuba untuk menghubunginya.

7. 7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa beliau prihatin dengan hal ini bahawa Altantuya Shaariibuu telah diberikan beberapa kuasa oleh 'bomoh' mongolia dan dia Abdul Razak Baginda) tidak bisa melihat wajahnya kerana hal ini.

8. 8. Ketika saya bertanya mengenai siapa wanita Mongolia ini, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia adalah seorang temannya yang telah diperkenalkan kepadanya oleh VIP dan yang memintanya untuk menjaga keperluan kewangannya.

9. 9. Saya menyarankannya supaya membuat laporan polis mengenai ancaman melalui telefon yang dia terima daripada orang cina yang dikenali sebagai Tan ASP tapi ia menolak untuk melakukan hal yang sama beliau memberitahu saya ada beberapa orang yang berprofil tinggi terlibat.

10. 10. Selanjutnya, Abdul Razak Baginda mengatakan kepada saya bahawa Altantuya Shaariibuu adalah pembohong besar dan pandai dalam meyakinkan orang. Dia sangat menuntut dalam soal kewangan dan ia telah memberikan harta untuknya di Mongolia.

11. 11. Abdul Razak Baginda kemudian membenarkan saya mendengar beberapa mesej suara di handphone yang memintanya untuk membayar , kalau tidak, ia akan dianiaya dan putrinya akan diganggu.

12. 12. Oleh kerana itu saya seharusnya melindungi anak perempuannya Rowena juga.

13. 13. Pada 09.10.2006 saya menerima telefon daripada Abdul Razak Baginda sekitar 9:30 memberitahu saya bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan dia mahu saya ke sana. Oleh kerana saya sedang berada bertugas, saya menghantar pembantu saya Suras untuk ke pejabat Abdul Razak Baginda dan saya ikuti kemudian. Suras berjaya mengawal situasi dan telah memujuk Altantuya dan kedua temannya untuk meninggalkan tempat itu. Namun Altantuya meninggalkan nota bertulis atas kertas pad Hotel Malaya, dalam Bahasa Inggeris, meminta Abdul Razak Baginda memanggilnya di handphone (nombor yang diberikan) dan menuliskan nombor biliknya juga.

14. 14. Altantuya telah memperkenalkan dirinya sebagai 'Aminah' dan telah memberitahu Suras ia ke sana untuk menemui kekasihnya Abdul Razak Baginda.

15. 15. Bagaimana pun 3 wanita mongol tersebut kembali untuk mernemui Abdul Razak Baginda pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang lagi, hari berikutnya sekitar pukul 12.00 siang. Mereka tidak masuk bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras bahawa mereka ingin bertemu kekasih Aminah, Abdul Razak Baginda.

16. 16. Pada 11.10.2006, Aminah kembali ke pejabat Abdul Razak Baginda dan memberikan saya catatan untuk disampaikan kepadanya, yang saya lakukan. Abdul Razak Baginda menunjukkan kepadaku surat yang memintanya supaya menelefon-nya.

17. 17. Saya menyarankan kepada Abdul Razak Baginda supaya Aminah ditangkap jika dia mengganggunya lagi, tetapi dia menolak karena ia akan kembali ke Mongolia selepas wang nya habis.

18. 18. Sementara itu saya telah menetapkan agar Suras melakukan pengawasan di Hotel Malaya untuk memantau gerakan laku 3 wanita Mongolia itu, tetapi mereka mengecamnya. Rupanya mereka menjadi kawan dengan Suras selepas itu dan ia akhirnya menghabiskan beberapa malam di bilik hotel mereka.

19. 19. Apabila Abdul Razak Baginda mendapat tahu Suras menjadi rapat dengan Aminah ia meminta saya supaya menariknya keluar dari Hotel Malaya.

20. 20. Pada 14.10.2006, Aminah muncul di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights ketika saya tidak ada. Abdul Razak Baginda memanggil saya di handphone saya untuk memberitahu saya tentang ini jadi saya bergegas kembali ke rumahnya. Ketika saya tiba, saya melihat Aminah di luar gerbang depan berteriak "Razak, keparat, keluar dari rumah". Saya cuba menenangkannya tapi tak boleh jadi; aku menelefon polis yang datang dalam 2 kereta peronda. Saya menjelaskan situasi kepada polis, yang membawanya pergi ke balai polis Brickfields.

21. 21. Saya mengikuti kereta peronda tersebut ke Brickfields dengan sebuah teksi. Saya menelefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya, Dirren untuk mengemukakan laporan polis tapi mereka menolak.

22. 22. Ketika saya berada di pejabat polis Brickfields, Penyiasat persendirian Aminah, Mr Ang tiba dan kami berbincang. Saya diberitahu untuk menyampaikan tuntutan kepada Abdul Razak Baginda,USD $ 500,000.00 dan 3 tiket ke Mongolia, tampaknya sebagai upah komisyen untuk Aminah daripada perjanjian di Paris.

23. 23. Setelah Aminah sudah tenang pada tahap ini, seorang polis di balai polis Brickfields menyarankan saya untuk pergi dan menyelesaikan masalah secara baik.

24. 24. Saya beritahu Abdul Razak Baginda berkenaan tuntutan Aminah dan memberitahunya bahawa saya sangat kecewa kerana tiada siapa yang menyokong saya untuk buat laporan polis. Kami berbincang panjang tentang situasi ketika saya menyatakan keinginan untuk menarik diri dari tugas ini.

25. 25. Dalam perbincangan ini dan dalam usaha untuk memujuk saya untuk meneruskan pekerjaan saya dengan dia, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa: --

25.1 Da telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada pameran berlian di Singapura.

25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak Abdul Razak Baginda memberi bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Aminah dan bahawa [dipadam oleh nat kerana rasa hormat kepada keluarga Allahyarham].

25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda untuk menjaga Aminah kerana ia tidak mahu dia mengganggunya kerana dia sekarang Timbalan Perdana Menteri.

25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah telah bersama di satu makan malam di Paris.

25.5 Aminah mahukan wang daripadanya kerana dia merasa dia berhak mendapatkan komisyen kapal selam USD 500,000.00 seperti persetujuan di Paris.

26. 26. Pada 19.10.2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights untuk memulakan tugas malam. Saya melihat sebuah teksi perdana proton kuning lalu dengan 3 wanita di dalamnya, salah seorangnya adalah Aminah. Teksi itu berputar dan berhenti di depan rumah di mana wanita-wanita ini menurunkan kaca jendela dan mengucapkan "Selamat Deepavali '.Kemudianya teksiitu berlalu pergi.

27. 27. Sekitar 20 minit kemudian teksi itu kembali hanya dengan Aminah di dalamnya. Dia turun dari teksi dan berjalan ke arah saya dan mula berbicara dengan saya.Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda memberitahu "Aminah ada di sini”. Saya menerima SMS daripada Razak memerintahkan saya "Untuk menunda sampai orang-orang saya datang".

28. 28. Sedang saya berbual dengan Aminah, dia memberitahu saya tentang hal berikut: -

28.1 Bahawa dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda di Singapura dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

28.2 Bahawa dia juga bertemu dengan Abdul Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis makan malam di Paris.

28,3 Bahawa ia berjanji suatu jumlah sebesar USD $ 500,000.00 sebagai yuran kerana membantu dalam satu persetujuan urusniaga pembelian Submarine di Paris.

28.4 Abdul Razak Baginda itu telah membelikan sebuah rumah di Mongolia tetapi adiknya telah mencagarnya dan dia memerlukan wang untuk menebusnya.

28.5 Bahawa ibunya sakit dan dia perlukan untuk membayar perawatannya.

28. 6. Bahawa Abdul Razak Baginda telah mengahwininya di Korea. Ibunya seorang korea sementara ayahnya seorang mongol / cina campuran.

28.7 Bahawa jika saya tidak membenarkannya menemui Abdul Razak Baginda, apakah saya mampu menetapkan baginya untuk menemui Datuk Seri Najib Tun Razak.

29. 29. Setelah berbicara dengan Aminah selama sekitar 15 minit, proton aeroback merah datang dengan seorang wanita dan dua laki-laki. Sekarang saya tahu bahawa wanita tersebut adalah Lance Koperal Rohaniza dan 2 le4laki tersebut , Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arahku sementara dua lainnya tetap tinggal dalamm kereta.

30. 30. Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya berkata 'Ya'. Dia kemudian berjalan pergi dan membuat beberapa panggilan pada handphone. Selepas 10 minit kenderaan lain, proton saga biru, dipandu oleh seorang laki-laki Melayu, berlalu dengan perlahan-lahan. Tetingkap pemandu diturunkan dan pemandu itu memandang kami.

31. 31. Azilah kemudiannya memberitahu saya bahawa mereka akan mengambil Aminah pergi. Aku beritahu Aminah mereka mahu menangkapnya.Dua orang yang lain kemudian keluar daripada proton dan bertukar tempat duduk. Lance Koperal Rohaniza dan Aminah berada di belakang, sementara dua laki-laki di depan. Mereka pergi dan itulah yang terakhir saya pernah melihat Aminah.

32. 32. Abdul Razak Baginda tidak ada di rumah ketika semua ini berlaku.

33. 33. Selepas 19.10.2006, saya terus bekerja untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Damansara Heights 7:00-8:00 pagi berikutnya, kerana dia telah menerima mesej teks mengancam daripada seorang wanita bernama 'Amy' yang merupakan sepupu Aminah di Mongolia.

34. 34. Pada malam 20.10.2006, teman-teman anak perempuan Aminah muncul di rumah Abdul Razak Baginda menanyakan tempat Aminah itu. Aku memberitahu mereka bahawa dia telah ditangkap malam sebelumnya.

35. 35. Beberapa malam kemudian, dua wanita Mongolia, Mr Ang dan seorang wanita mongol lain bernama 'Amy' muncul di rumah Abdul Razak Baginda mencari Aminah kerana mereka yakin bahawa dia ditahan di rumah tersebut.

36. 36. Satu kekecuhan mula timbul, jadi saya menelefon polis yang datang kemudian dengan sebuah kereta peronda. Kereta peronda lain sampai beberapa waktu kemudian untuk menyiasat yang merupakan petugas dari Pejabat Polis Dang Wangi yang bertanggungjawab atas laporan orang hilang yang diajukan oleh salah seorang wanita Mongolia, saya percaya Amy.

37. 37. Saya menelefon Abdul Razak Baginda yang ada di rumah untuk memberitahu kepadanya tentang peristiwa yang berlaku di gerbang depan. Dia kemudian memanggil DSP Musa Safri dan menelefon saya semula memberitahu saya bahawa Musa Safri akan menelefon handphone dan saya harus sampaikan panggilan telefon itu kepada Inspektor daripada pejabat polis Dang Wangi.

38. 38. Saya kemudiannya menerima panggilan handphone daripada Musa Safri dan menyerahkan telefon kepada Inspektor Dang Wangi. Perbualan berlangsung 3-4 minit selepas itu ia berkata kepada wanita-wanitab tersebut supaya bersurai dan pergi menemuinya keesokan harinya.

39. 39. Pada atau tentang 24.10.2006, Abdul Razak Baginda menyuruhku untuk menemaninya ke pejabat polis Brickfields, seperti yang pernah disarankan untuk mengemukakan laporan polis mengenai gangguan dia terima daripada wanita-wanita Mongolia ini.

40. 40. Sebelum ini, Amy telah menghantar SMS memberitahu saya bahawa dia akan ke Thailand untuk mengajukan laporan dengan Konsulat Mongolia mengenai kehilangan Aminah. Rupanya beliau telah menghantar SMS yang sama kepada Abdul Razak Baginda. Inilah sebabnya mengapa dia telah disarankan untuk mengemukakan laporan polis.

41. 41. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa DPS Musa Safri telah memperkenalkan dirinya kepada seorang bernama DSP Idris, ketua bahagian jenayah, balai polis Brickfields, dan bahawa Idris telah dirujuk kepada ASP Tonny.

42. 42. Ketika Abdul Razak Baginda telah buat laporan polis di balai polis Brickfields, di depan ASP Tonny, beliau diminta untuk membuat kenyataan tapi ia menolak dan dia mengatakan dia akan berangkat ke luar negeri. Namun dia tidak berjanji untuk menyiapkan sebuah pernyataan dan menyerahkan ASP Tonny sebuah thumb drive.Saya mengetahuinya bahawa ini tidak dilakukan sebagaimana ASP Tonny memberitahu saya.

43. 43. Namun ASP Tonny memintaku keesokan harinya untuk memberikan pernyataan saya malah jadi saya lakukan.

44. 44. saya berhenti bekerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26.10.2006 iaitu hari dia berangkat ke Hong Kong.

45. 45. Pada pertengahan November 2006, saya menerima telefon daripada ASP Tonny dari Jalan Hang Tuah IPK meminta saya untuk bertemu dengannya tentang kes Aminah. Ketika saya tiba di sana saya langsung ditangkap di bawah S.506 KUHP untuk Jenayah intimidasi.

46. 46. Saya kemudian di lokap dan ditahan reman selama 5 hari. Pada hari ketiga saya dibebaskan dengan jaminan polis.

47. 47. Pada akhir November 2006, jabatan D9 IPK menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk membawa saya ke Jalan Hang Tuah IPK. Ketika saya tiba, saya diberitahu saya ditangkap di bawah S.302 KUHP kerana kes pembunuhan. Saya dilokap dan ditahan reman selama 7 hari.

48. 48. Saya dibawa ke Bukit Aman di mana saya disoalsiasat tentang sebuah SMS yang saya terima daripada Abdul Razak Baginda pada 19.10.2006 yang berbunyi "menunda sampai laki-laki saya tiba". Rupanya, mereka rupanya dapati mesej ini daripada handfon Abdul Razak Baginda.

49. 49. Mereka kemudian mula merakam kenyataan saya 8:30-6:00 sehari-hari selama 7 hari berturut-turut. Saya memberitahu mereka semua yang saya tahu dari segalanya tentang Abdul Razak Baginda dan Aminah yang telah bercerita tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi ketika saya mahu menandatangani pernyataan saya itu, butiran ini telah ditinggalkan.

50. 50. Saya telah memberikan keterangan di mahkamah Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwa tidak mengajukan soalan apa pun sehubungan dengan hubungan Aminah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak atau panggilan telefon yang saya terima dari DSP Musa Safri, yang saya percaya adalah ADC untuk Datuk Seri Najib Razak dan / atau isterinya.

51. 51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditahan, saya ada bersamanya di pejabat peguam pada i 6:30 Abdul Razak Baginda memberitahu kami bahawa dia telah menghantar Datuk Seri Najib Tun Razak SMS malam sebelumnya kerana ia tidak percaya bahawa beliau akan ditangkap, tetapi masih belum menerima jawapan.

52. 52. Tidak lama kemudian, sekitar pukul 7:30, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunjukkan, mesej ini kepada kedua kami.. Mesej ini berbunyi sebagai berikut: - "Saya menemui IGP pukul 11.00 sekarang ini ... ... masalah ini akan dipecahkan ... tenang".

53. 53. Saya difahamkan bahawa Abdul Razak Baginda ditahan pagi yang sama di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.

54. 54. Objektif daripada pengisytiharan mengikut Undang-undang ini adalah untuk: --

54.1 Menyatakan kekecewaan saya pada standard penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam keadaan di sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.2 Bawa kepada perhatian daripada pihak berkuasa berkaitan kemungkinan yang kuat bahawa ada orang lain selain ke 3 terdakwa yang telah memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.3 Pujuk pihak berkuasa yang relevan untuk membuka kembali penyiasatan mereka dalam kes ini sehingga ada bukti baru boleh diajukan kepada Mahkamah sebelum penghantaran pada akhir kes penuntutan.

54.4 Tumpukan kepada fakta bahawa sejak menjadi anggota Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun saya benar-benar yakin tidak ada pegawai polis akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan tubuh mereka tanpa menerima Arahan khusus daripada penyelia mereka dahulu.

54.5. Mengungkapkan keprihatinan saya bahawa pembelaan seharusnya tidak dipanggil dalam sidang pembunuhan ; terdakwa, Sirul dan Azilah tidak perlu bersumpah atas sumpah dan bersaksi yang mereka terima dan daripada siapa mereka diberikan.

55. 55. Dan saya membuat kenyataan khidmat ini dengan sungguh-sungguh percaya sama benar dan berdasarkan peruntukan-peruntukan undang-undang Perisytiharan Statuta 1960.

SUBCRIBED dan sungguh-sungguh)
dinyatakan oleh penama diatas)
Balasubramaniam a / l Perumal )
hari ini 2008)
Dihadapan saya,
…………………………………. ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ....
Komisioner Sumpah
Kuala Lumpur Kuala Lumpur

Wednesday, January 27, 2010

Kenyataan Sheikh Yusof Qardawi - Tembok Besi Mesir

Hukum Islam melarang pembinaan tembok besi bertujuan untuk menindas saudara-saudara Palestin kita.

Artikel Asal: ikhwanweb.net
Selasa 29 Disember, 2009
oleh IUMS (Kesatuan Antarabangsa Ulamak Islam)

Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas ar-Rasul, keluarganya, sahabat, dan mereka yang mengikuti Hidayah.

Tembok besi yang sedang dibina saat ini oleh Mesir di sempadannya dengan Gaza adalah dilarang menurut pandangan Islam. Tujuannya untuk menyekat kesemua pintu masuk ke Gaza sudah pasti akan memburukkan lagi kelaparan dan penderitaan penduduk Palestin, menghina mereka, dan meningkatkan tekanan ke atas mereka dalam usaha untuk memaksa mereka tunduk dan menyerah kepada Israel.

Sebaik mendengar berita itu, saya terus merasa sangsi dan menyatakan bahawa hal itu hanya bermaksud untuk menabur bibit perpecahan antara Mesir dan Palestin. Namun, saya sangat terkejut ketika disahkan bahawa berita itu sememangnya benar.

Kami tidak menafikan bahawa Mesir adalah negara bebas dan mempunyai hak kedaulatan ke atas tanah airnya, tapi pastinya ia tidak mempunyai hak untuk menyokong pembunuhan saudara-saudara dan jirannya di Palestin. Ini jelas tidak boleh diterima, baik di bawah alasan Arabisme atau persaudaraan Islam, bahkan atas alasan persaudaraan manusia pun.

Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Berkuasa menyebut, “Orang-orang Mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat 49:10). Juga, Nabi Muhammad (SAW) berkata, "Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain, dia tidak berbuat salah kepadanya, mengecewakannya, atau mengabaikannya." Baginda (selawat dan salam ke atasnya) juga berkata, "Bantulah saudaramu, sama ada jika dia menindas [dengan mencegah dia dari melakukannya] atau jika dia ditindas." Nabi tidak berkata, "kepung dia, biarkan dia kelaparan, atau tindas dia bagi pihak musuhmu."

Menjadi kewajipan dan tanggungjawab Mesir untuk membuka laluan Rafah bagi manfaat warga Gaza kerana itulah satu-satunya jalan keluar bagi mereka. Kewajipan ini bukan sahaja tuntutan syariat Islam tetapi juga kehendak undang-undang. Tidak ada undang-undang yang mengarahkan cengkaman dikenakan ke atas umat Gaza atau menyuruh supaya menjadi tali barut dalam membunuh mereka.

Penduduk Gaza mengambil langkah menggali terowong sebagai usaha mencari jalan alternatif untuk mengatasi sekatan menyeluruh yang dipaksa ke atas mereka. Tetapi ia tetap ditutup walaupun bila terdapat konvoi bantuan kemanusiaan. Tindakan Mesir menyekat terowong-terowong itu adalah sama seperti mengatakan, "Palestin boleh mati, tetapi Israel tetap akan hidup."

Seluruh rakyat Mesir, Arab, Muslim dan individu-individu terhormat telah menyatakan kekecewaan mereka atas pembinaan tembok besi yang zalim itu. Mereka mengutuk fikiran yang cuba menyekat dan mematikan sebarang bentuk usaha bantuan kepada penduduk Palestin. Hal ini sangat mirip dengan perancangan (road map) Israel.

Sukar untuk dipercayai dan sungguh mendukacitakan apabila selepas Palestin mengharungi derita penindasan Israel yang mendirikan tembok aparteid itu, Mesir pula menjejakinya dengan membina satu lagi dinding untuk maslahat Israel.

Saya merayu kepada semua saudara saya di Mesir untuk berdiri teguh dan bersatu dalam menentang rejim pemerintah dan mendesaknya memberhentikan jenayah yang tak berasas ini. Saya menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam untuk campur tangan dan menghentikan tragedi ini.

Saya berharap Mesir yang bersempadan dengan Palestin tidak akan meneruskan tindakan ini; ia benar-benar bertentangan dengan kepentingan Palestin dan hanya menguntungkan Israel.

Saya berharap agar Mesir akan takut kepada Allah dan seterusnya menyokong saudara-saudara kita yang dizalimi dan dikepung, dan agar ia menjaga dirinya sendiri daripada doa saudara-saudara kita di Palestin yang ditindas dan dianiaya. Allah mengangkat doa orang yang ditindas ke atas awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit seraya berkata, "Dengan Kekuasaan dan Kemuliaan-Ku, Aku akan membuat anda menang, selepas tempoh tertentu."

Kita berlindung kepada Allah daripada setiap penindas dan kesombongannya.

Ya Allah, kami ditewaskan, menangkanlah kami, dan kami dizalimi, belalah kami. Kami bermohon kepada-Mu, maka perkenankanlah kami, Wahai Engkau yang Maha Hidup dan Maha Kekal.

Yusuf Al-Qaradawi
Presiden IUMS

Sunday, January 24, 2010

fikir-fikirkan wahai saudara- saudari sekalian


Inikah yang kita harapkan pada saudara perempuan kita? Rosak akhlak/mati jiwanya?

Apa dah jadi?...

Salah siapa?

ibu sudah tidak sayangkan anak?

Inilah natijahnya apabila manusia bertuhankan nafsu..

Inikah arah tuju yang anda semua mahukan...

Apabila nafsu bermaharajalela..lelaki rosak dan merosakkan.....Apabila perempuan2 rosak...dunia hancur !!!!. Jadilah manusia.. lelaki dan perempuan sudah lebih hina daripada binatang...





Apabila perempuan2 rosak...dunia hancur !!!!

Thursday, January 21, 2010

Anugerah Juara Lagu 24

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

Monday, January 18, 2010

jual - jual

MELELEH AIR LIOR CUKONG MELIHAT TANAH PENJARA PUDU



YTL TERIKAT DENGAN PERJANJIAN - melayaua

Syarikat pemaju, Yeoh Tiong Lay (YTL) tidak boleh membangunkan apa jua jenis pembangunan komersial lain di kawasan yang telah diperuntukkan untuk pembangunan rumah kos rendah di Kampung Railway, Sentul.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, ini kerana syarat menetapkan sebahagian kecil kawasan pembangunan perumahan adalah untuk rumah kos rendah dan sederhana.

“Sudah termaktub dalam perjanjian iaitu setiap pembangunan khususnya melibatkan pihak swasta, 30 peratus daripada kawasan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.

“Oleh sebab itu, mana-mana pemaju termasuk YTL harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Mereka tidak boleh membuat pembangunan komersial yang lain selain daripada perumahan kos rendah,” tegasnya.

Sebelum ini, penduduk Kampung Railway dan sekitar Sentul mendakwa, YTL menerusi anak syarikatnya Sentul Raya Sdn. Bhd. telah berjanji pada 1994 untuk membina 3,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, dua buah dewan serbaguna serta sebuah padang bola di satu kawasan di Sentul.

Perjanjian itu, kata mereka, termaktub dalam surat dan pelan projek bertarikh 6 Oktober 1994 yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Sentul Raya ketika itu, K. Tharmalingam.

Dalam pada itu, Saravanan memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat surat daripada YTL yang menyatakan kesediaan mereka untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“YTL perlu mengutamakan perjanjian tersebut iaitu membina rumah kos rendah untuk penduduk-penduduk di sana.

“Selain itu, kebajikan mereka (penduduk) juga perlu dijaga memandangkan sebahagian besar di antara mereka telah menetap selama 60 tahun di kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Tambah Saravanan lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan menukar syarat-syarat yang telah ditandatangani pada 1994 itu.

Bagaimanapun, harga penjualan rumah yang pada asalnya sekitar RM25,000 akan dinaikkan kepada RM40,000 seunit.

“Kami juga mengambil kira akan kos pembangunan sekarang memandangkan harga bahan mentah juga berbeza jika dibandingkan dengan harganya sekitar 16 tahun dahulu.

“Saya percaya masalah ini akan selesai dengan segera dan nasib penduduk-penduduk di sana akan terbela selepas saya dan YTL berbincang dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi.

nota:
lihat inilah cara cukong merembat tanah.
inilah mondus operandi yang mereka lakukan

pertama : cari tanah kerajaan
kedua: cari melayu untuk jadi kaki sogok – kalau boleh jadikan pengerusi
ketiga: buat kertas kerja dan cadangan
keempat: dalam cadangan katakan akan disediakan juga rumah rumah murah, padang bola, rumah ibadah.
kelima: melayu kaki sogok akan bergebang tentang projek cukong ini – untung untung dapat amoi
keenam : menteri luluskan – perjanjian dibuat – fulus masuk
ketujuh : dirikan kondo.
kelapan : lambatkan membuat rumah rumah murah, padang bola, tempat ibadat – rembat tanah tanah ini juga
kesembilan : minta batal perjanjian buat rumah murah untuk rakyat
kesepuluh : hairan ke? ini trik lama... trik para cukong tipu melayu kah kah kah

nota:
inilah caranya kenapa semua kota kota dan pekan pekan dalam negara
kita ini dimiliki oleh cukong cukong – inilah caranya.

nota:
akan lingkup penjara pudu
akan lingkup jalan peel
akan lingkup tanah tanah kerajaan di sekitar dewan bahasa
akan lingkup opis stesen keretapi dsebelah masjid negara
akan lingkup kawasan perumahan saan peng
sedang lingkup tanah disebelah muzium negara ( sedang dipangar sekarang)

aku:
ketuanan melayu berdegar degar
tanah melayu tinggal seekar kah kah kah

Sunday, January 17, 2010

Ramai Lelaki Jahil, ish-ish-ish...

SAYA bukanlah seorang yang arif dalam hukum-hakam Islam, namun pada pandangan saya segala permasalahan yang timbul dalam masyarakt kita dan rumahtangga hari ini berpunca daripada pegangan agama kita sendiri.

Kerana kita mengamalkannya secara sekerat-sekerat, mengikut apa yang kita suka dan kita merasa senang.

‘‘Di sini saya ingin memberi respon dan contoh kepada beberapa kisah yang memaparkan kesulitan hidup kebanyakan wanita setelah suami mereka meninggal dunia, contohnya hak atas harta pusaka.’’ Demikian cerita Norazman dalam emelnya.

‘‘Kita mungkin segera terbayang apabila seseorang lelaki Muslim meninggal dunia secara spontan kita terfikir betapa susahnya kehidupan isteri atau balu dan anak-anak yang ditinggalkan. Kesulitan dari segi material mahupun psikologi.

‘‘Tetapi sebenarnya kita lupa bahawa apabila berlaku kematian contohnya si suami, maka segala harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala wasiat dan hutangnya, maka baki harta tersebut wajib dibahagikan mengikut hukum faraid dan si balu termasuk golongan yang mendapat bahagiannya walaupun paling paling sedikit (kecuali jika ada pihak yang rela melepaskan haknya dan diberikan kepada si balu tadi.) Berbanding pewaris lain.

‘‘Ketika inilah bermulanya episode susah payah si balu tadi membesarkan anak-anaknya dengan pusaka tinggalan arwah suami yang sedikit, di sinilah juga bermulanya pelbagai susulan masalah yang merunsingkan hati setiap balu.

‘‘Namun di sini saya ingin bertanya apakah itu menjadi kewajipan si balu menanggung nafkah anak-anaknya? Sebenarnya sering berlaku permasalahan atau terlepas pandang atau sengaja melepaskan tanggungjawab oleh sesiapa juga ahli keluarga yang menerima banyak pusaka arwah tadi, contoh: adik-beradik dan ibu bapa arwah.

‘‘Perlu kita ingatkan bahawa dalam Islam, sesiapa yang menerima banyak hak dari arwah tadi maka dia telah dipakejkan dengan tanggungjawab yang besar, termasuklah menanggung anak-anak arwah. Bukan bermakna pusaka yang diterimanya untuk kegunaannya seorang sahaja.

‘‘Sementara itu harta yang diwariskan kepada si balu tadi sebenarnya untuk kegunaan dirinya seorang sahaja. Dan sebaik sahaja dia menjadi balu, maka akan kembalilah tanggungjawab untuk menyara hidup si balu tadi kepada ayahnya (ayah sang balu).

Tanggungjawab

‘‘Jika ayahnya tiada, maka tanggungjawab menjaga balu tadi jatuh kepada adik-beradik lelaki balu tadi, dan begitulah seterusnya; mengikut turutan wali untuk pernikahan. Manakala bagi anak perempuan yang masih belum bernikah, seharusnya adik-beradik lelakinyalah (yang mendapat harta lebih banyak) yang patut menyaranya.

‘‘Tetapi jika sekiranya semua anak-anak yatim itu masih kecil, maka tugas menyara mereka wajib dipertanggungjawabkan kepada keluarga sebelah bapa atau adik beradik si arwah kerana mereka mendapat bahagian lebih besar daripada balu si arwah.

‘‘Jika sekiranya si balu tadi tidak mempunyai ayah atau adik beradik lelaki, maka jaringan keselamatan atau tanggungjawannya menjadi tugas Baitulmal dan kerajaan. Sebagai contoh jika sang balu tadi sudah tidak ada ayah lagi untuk menyaranya atau adik beradik lelakinya juga tidak ada dan tidak mampu, maka di situlah peranan baitulmal ataupun kerajaan untuk menyaranya.

‘‘Sebenarnya bukan setakat soal harta sahaja yang kita perlu tahu, malah soal lain juga kita mesti tahu dan ambil berat, bukan setakat mempersoalkan hak semata-mata. Sedangkan hak juga meliputi pelbagai isu dan masalah, termasuklah hak harta sepencarian, hak penjagaan anak, tugas dan hak ibu bapa dan banyak lagi.

‘‘Sayangnya kita selalu ingat tentang hak kita, tapi kita lupa tanggungjawab yang datang bersama hak tersebut. Suami sering menekankan haknya terhadap isteri, malangnya dia tidak menekankan tanggungjawab hakikinya sebagai suami itu lebih besar daripada hak yang dikatakannya.

‘‘Saya rasa menjadi tanggugjawab pihak tertentu yang menguruskan kursus perkahwinan memberikan penekanan yang lebih terhadap tanggungjawab, bukan hanya tanggungjawab isteri terhadap suami, tetapi tanggungjawab suami lebih besar kepada isteri.

‘‘Perlu diingatkan juga kepada peserta kursus tentang tanggungjawab lelaki kepada ibu bapanya, adik beradiknya juga anak-anaknya, bukan hanya berebut harta semata-mata. Sayangnya kita sering dengar suami mempersoalkan haknya ke atas isteri. Dan melupakan tugasnya yang hakiki tanggungjawabnya ke atas isteri.

‘‘Sayangnya kita sering dengar dalam kursus perkahwinan dan ceramah agama ustad hanya menekankan tentang hak-hak suami kepada isteri dan tanggungjawab isteri maha besar menjaga kebajikan dan keselesan suaminya.

‘‘Pada saya ini semua kerana masyarakat kita hanya mengamalkan ajaran Islam sekerat-sekerat, ambil mana yang mereka suka dan tinggalkan apa yang mereka kurang minat. Maka muncullah kecelaruan dan tidak ketentuan seperti apa yang berlaku hari ini. Hasilnya imej Islam yang maha suci ini terjejas.

‘‘Islam itu hakikatnya bagaikan manusia yaang amat sempurna kejadiannya. Namun sesempurna manapun manusia itu, kalau kita hanya mahu ambil tangan, kaki dan kepalanya dan meninggalkan badannya, hancurlah segala kesempurnaannya dan rosaklah integrasi satu-satu sistem itu.

‘‘Islam adalah agama yang saling berkait ajarannya, bagaikan sebuah imej yang dipaparkan di TV. Wajib ada segala komponennya dan kemudahan pancaran seperti yang ditetapkan, mesti ada aerial atau decoder.

‘‘Kalau hilang atau ditinggalkan salah satu komponen ini, maka tak mungkin kita mendapat apa-apa imej yang baik, atau kalaupun baik imej siarannya tidak kelihatan jelas. Dan inilah yang berlaku kepada imej agama Islam kita sekarang, bagaikan imej siaran TV yang terganggu atau rosak, kerana itu kita mestilah mengikut sepenuhnya manual yang diberikan oleh Allah dan ditunjukkan oleh RasulullahNya.

‘‘Namun terdapat juga mereka yang kurang periksa ataupun dengan sengaja mahu mengambil kesempatan menyalahkan manual yang diberikan dan pengeluaran manual tersebut. Walaupun hakikatnya orang yang membaca manual itu tidak memasang TV tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

‘‘Lebih malang lagi kalau ada yang mendakwa manual tidak up to date dan sudah ketinggalan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu dan tidak mahu memasang TV tersebut mengikut manual yang ditetapkan.

‘‘Kesimpulannya sesebelum seseorang itu memasang TV ajar dia baca manual dengan jelas baru pasang decoder juga aerial, dengan kata lain sebelum kahwin belajar ilmu perkahwinan supaya tak tersadai atau tenggelam dipukul ombak. Saya rasa mungkin ramai yang kurang faham maksud saya, tetapi kalau baca dengan mata hati semuanya mudah dan boleh difahami dengan jelas .’’

Demikian cerita Norazman panjang lebar katanya dia melahirkan pandangan ini setelah melihat banyak masalah dalam rumah tangga berpunca dari mereka yang kurang ilmu. Belajarlah ilmu saling persefahaman, timbang rasa dan percaya mempercayai antara suami isteri, juga ilmu berkeluarga apa lagi tentang hak. Kalau faham semuanya mudah.

Sebenarnya bukan tak faham tetapi tak mahu bertanggungjawab, kerana itulah banyak masalah timbul, antaranya perebutan harta pusaka, suami tak mahu beri nafkah anak-anak setelah bercerai dan banyak lagi, semuanya kerana tidak berilmu. Ada pulak kawan berkata Mahkamah Syariah tidak langsung menggerunkan kaum lelaki kalau tak bagi nafkah anak. Benarke?

www.dcckmona.com

Thursday, January 14, 2010

blog aku dah berkarat


memang blog aku dah berkarat dan akan terus berkarat lepas ni kerana kekurangan time aku untuk mengadap dan menatap komputer semata-mata nak update blog. Ntah la, aku rase macam belum bermood lagi untuk menjadi blogger. Tunggu la satu masa nanti kot. sekian