Thursday, February 11, 2010

kasih sayang burung

Burung betina ini tercedera setelah dilanggar kenderaan.

Temannya si Jantan datang membantu memberi makan

"Akhirnya kau pergi jua"

Si Jantan meratap kesedihan

Si Jantan menjerit menyuruh si Betina bangun

Selamat tinggal my sweetheart..

Ini adalah gambar yang diambil oleh seorang jurugambar Perancis yang kebetulan melihat kejadian ini dan merakamkan detik-detik akhir burung walit betina, yang pemergiannya diratapi oleh temannya si Jantan.


Siapa kata haiwan tiada perasaan. Persitiwa yang dirakam ini jelas membuktikan bahawa si burung ini juga punya perasaan kasih sayang. Perasaan yang di anugerah oleh ALLAH kepada semua makhluk.


Tapi malangnya manusia hari ini sudah kehilangan perasaan kasih sayang ini. Kita mendengar berita anak menyembelih kepala bapa dan datuk-nenek serta adik kandungnya, kita mendengar anak menikam ibunya sendiri, kita mendengar bapa menghempas bayi kecilnya kedinding sehingga pecah kepala. kita mendengar bapa merogol anaknya sendiri, kita mendengar adik tetak kepala abang kerana berebut harta pusaka, kita mendengar ustadz meliwat pelajar sendiri, kita mendengar anak lelaki merogol ibu kandungnya, paling akhir seorang bayi lima bulan mati akibat deraan, termasuk disyaki diliwat oleh ahli keluarganya sendiri..dan yang paling malang mereka semua beragama Islam!! Dimana iman mereka. Islam mereka hanya tinggal di kad pengenalan, menjadi Muslim kulit bawang.


Semoga peristiwa saperti ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua insyallah.

No comments:

Post a Comment