Friday, January 21, 2011

tabaRRuj : ala.. rileks la..

assalamualaikum waRahmatullahi waBarakatuh


ni aku nak komen sikit ni, apa pasal la ustaz-ustaz azhar dan doktor-doktor medic yg belagak alim ni sebok-sebok ha? ada kitorang kacau korang ke? lantak la kitorang nak buat pe pun.. tak boleh tengok orang senang lansung.


asyik-asyik nak bagi nasihat suruh pakai longgar-longgar. jangan pakai baju atau seluar ketat-ketat. jangan pakai baju yang nampak bentuk tubuh.. jangan pakai baju berkain jarang.. pastu mula bagi alasan arab kacau nanti.., kena raba nanti.., dan bagai-bagai la..


menyampah la.. lantak orang la nak pakai baju apa pun. tak tau ke, kitorang ni badan memang cantik-cantik? body slim, pinggang ramping, kaki halus, kulit gebu, tangan lembut, muka bercahaya, bibir seksi, mata lentik, dan semua la yang perfect kami ada. memang semua tu untuk ditayang. takkan benda elok nak simpan je.. rugi la..


ala.. lagi pun kes gangguan seksual yang selalu diorang heboh-heboh sebelum ni pun bukan boleh percaya sangat.. ntah-ntah diorang reka-reka je.. tak pun amek pelakon suruh lakonkan watak. pe susah, pastu bayar la.. kerana duit semua boleh jadi la.. tengok kitorang ni seksi-meksi takde apa-apa pun.. ok je.. saya seksi, saya ok..


diorang ni bukan paham pun perasaan kitorang ni.. time muda la nak tunjukkan keseksian, kegedikan, kemanjaan, kekiutan, kecomelan, dan keecunan masing-masing. takkan time dah tua nanti kot.. kompem orang cakap kita buang tebiat.


sekarang ni zaman moden la.. dressing mesti la up to date and stylo. karang orang kata kita ni ketinggalan zaman lak.. kita kalau nak maju mesti la ikut perkembangan semasa. bukan asyik dressing style kuno je.. pe barang.. memalukan kaum je..


ni nak bagi tau ni, ni ha bukti video yang menyokong kitorang supaya berseksi ketika berpakaian..




bukan satu je video, nah amek lagi bukti sokongan terhadap kitorang :


nak lagi? amek lagi.. tengok elok-elok, jangan nak tuduh-tuduh kitorang dah lepas ni



nak lagi? aahh.. cari sendiri la. ingat senang-senang je semua orang nak bagi..yang kitorang nak plak pasni, jangan nak komen-komen atau nasihat kami lagi dah lepas ni. dah-dah, cakap banyak pun tak guna. korang bukan amek peduli pun perasaan kitorang.

wAssalam.





Tuesday, January 18, 2011

ziNa : repeat scripts


boleh ke camni?



Saya singgah ke satu blog iaitu blog Ustaz Zaharuddin. Tertarik membaca ulasan dan jawapan beliau berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kisahnya berkenaan lelaki dan wanita berzina dan ingin bertaubat. Itu satu hal. Yang mengejutkan daripada hampirt 100 komen di bawah artikel itu, boleh saya rumuskan 50% komen menceritakan dan memohon Ustaz Zaharuddin menyelesaikan masalah zina masing-masing.



Ini bukan lagi isu terpencil!


"Saya dan dia sudah kenal lama... kami mahu berkahwin tetapi keluarga pihak lelaki tidak bersetuju. Dan sekarang kami sudah terlanjur dan ingin bertaubat." "Kami sudah bertunang... dia sebenarnya seorang lelaki yang baik. Tetapi akhirnya kami tewas dengan desakan nafsu masing-masing."

"Pada awal jumpa dengan saya dia seorang lelaki yang baik dan hormati saya. Pertemuan kami yang pertama di Shopping Mall. Selepas dua tiga kali bertemu kami tidak melakukan hal terlarang melainkan hanya berpegangan tangan. Selepas itu, dia minta lebih. Awalnya saya bertegas, tetapi layu dalam pujukan dia."Itu komen-komen di blog seorang ustaz. Dan sekarang pula cerita di akhbar tabloid negara.


Seorang mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya. Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya. "Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai. "Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya," kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan-santun dan pandai menjaga hatinya."Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka," katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota. Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.


Itulah satu daripada ribuan cerita liku kehidupan masyarakat pada masa sekarang. Denga hanya internet penyambung hubungan. Allah, Rasul, keluarga dan maruh ditolak ke tepi. Semuanya atas nama cinta. Sungguh mereka tidak mengerti untuk membezakan apa itu CINTA dan apa itu NAFSU.


Kasih Rasul Terhadap Wanita


Dalam sejarah umat, insan yang paling kasih dan cinta kepada wanita ialah Rasulullah s.a.w. Tidak sedikit usaha, teguran dan tindakan yang dibuat dalam menterjemahkan perasaan cinta Baginda terhadap kaum hawa ini. Tetapi sering kali kita mengabaikan bahkan memperlekehkan nasihat Baginda.

"Islam ini kuno. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tension tahu!"

"Mak ayah aku pun tak bising... yang kau bawa al-Quran dan hadis segala ini buat apa. Sikit-sikit Islam, nak cakap Islam pergi masjid la beb?"

Bagi yang mengatakan Islam yang Rasulullah s.a.w bawa itu kuno, mengongkong, dan segala nista, saya ingin mengajak kita sama-sama renung satu kisah sirah nabawi ketika Baginda menunaikan Haji Wida', haji yang terakhir Baginda. Baginda memberikan satu khutbah umum yang terakhir dalam hidupnya. Salah satu aspek yang Baginda sentuh adalah berkenaan kaum Hawa.


"Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

Rasulullah s.a.w.Inilah insan yang mempertegaskan hak wanita, inilah jua insan yang anda katakan kolot. Inilah insan yang menyuruh melayani wanita dengan kasih sayang, inilah jua insan yang anda katakan mengongkong. Inilah insan yang melayani wanita dengan lemah-lembut, inilah jua insan yang anda katakan out of date.



Skrip Berulang


Jika kita melihat senario di atas, modus operandi hingga terjadinya zina dan sama waktu dengannya adalah mudah dan berulang-ulang kisahnya.

01.Berkenalan.

02.Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya.

03.Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki.

04.Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan.

05.Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.

06.Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.

07.Akhirnya layu... dan pergilah ke babak yang seterusnya.


Mudah sahaja skrip cinta masyarakat sekarang. Dan skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.Menjadi tanda soal, haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti ini? Adakah semudah itu untuk mencairkan hati seorang wanita. Cukup sekadar ayat power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa. Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki. Kambing yang abah jual pun harga RM400 seekor, takkan belanja makan yang tidak sampai RM50 sudah layu.Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan ditipu. Oleh sebab itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita ini cukup penting untuk disentuh. kerana disini letak titik jatuh bangun ummah. Mahu lihat masa depan Islam, lihatlah pada pemuda-pemudinya. Jika pemuda-pemudinya kaki rempit, masa depan Islam "rempit" jugalah jawabnya.



Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita


"Kenapa dia naik motor dengan perempuan tu? Ada apa-apa urusan mendesak ke sampai perlu macam itu?" saya bertanya kepada seorang rakan."Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawab dia bersahaja."Dakwah apa? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan ke dalam lubang neraka yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya menjawab. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pula.


Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...


01.Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shopping, dating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.


02.Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.


03.Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.


04.Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.


05.Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.


06.Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya. Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.



Keluarga Muslim


Selepas melihat semakin rosaknya umat sekarang, bagi saya adalah satu keperluan untuk membina satu keluarga contoh. Sakinah dan mawaddah sudah menjadi kewajipan setiap insan yang mengaku beriman. Melahir dan mendidik generasi baru sebagai penyambung mata rantai perjuangan Baginda sudah menjadi tuntutan yang vital.


Kepada lelaki, hormatilah wanita seperti Baginda menghormati mereka. Kepada wanita, lebihkan menjadi daripada mencari dan kuatlah dalam berprinsip. Tetapi sebelum kita mahu bina keluarga Muslim lagi mukmin, mulakan dengan melihat dan memilih calon ibu kepada anak-anak kita. Dan lihat dan pilihlah calon bapa kepada anak-anak kita. Itu tapaknya, jika mahu kukuh bangunannya! Anda mencari, saya mendoakan...



Glosari

(1) Tsiqah: Terpercaya daripada segi agama dan matang dalam tindakan.

(2) Sakinah: Tenang, tenteram.

(3) Mawaddah: Kasih sayang, terutamanya dalam hubungan antara suami isteri.



Wednesday, January 12, 2011

 : apakah?

nak tau keajaiban microsoft word? yaa.. try step-step berikut:

1. bukak microsoft word korang.

2. taipkan dalam huruf besar, Q33 NY ..
Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar wtc 911 ..

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

apa yang korang nampak? hebat bukan? AllahuAkbar!!
sesungguhnya benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannya.
kelihatan gambar sebuah kapal terbang melanggar wtc 911 kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi,, aku dah cuba dan memang betul!!
SUBHANALLAH

cubalah dan fikir-fikirkan
kemudian sebarkan..

Friday, January 7, 2011

ada imam : bagus la tu..

kat mesir sekarang ni heboh orang duk sembang pasal bkan melaka BKKIMM yang akan disingkirkan. haa.. elok sangat la tu. memang semua mahasiswa kena sokong la. penat-penat ketua menteri melaka datang dari malaysia nak singkirkan BKKIMM dan tubuhkan IMAM, sampai hati mahasiswa mesir ni duk marah lak. ingat senang ke dia nak datang sini? dah berakar buntut baru la dapat merasa. tanya la bebudak yang duk lama kat sini, berapa lama dah ketua menteri tak datang?

IMAM ditubuhkan bukan nak susahkan korang pun. lagi nak mudahkan ada la.. alaa.. macam jkkkp kat malaysia la. saluran, maklumat dan bantuan akan disampaikan terus ke rakyat. kan IMAM tu diketuai oleh pegawai hal ehwal pelajar melaka. pegawai mesti la amek tau pasal hal-hal pelajar kat sini. lagi pun, pegawai tu kan berkelulusan jugak. bukannya bodo-bodo punya orang. satu kapal dengan ketua menteri lagi tu. jadi, apa lagi nak kecoh? terima je la penubuhan IMAM.

cuba pikir elok-elok, kan untung kalau banyak badan kebajikan ni.. semua orang pakat berlumba-lumba nak buat kebajikan. lepas ni boleh tubuhkan lagi badan kebajikan. untung betul siapa yang jadi orang melaka yang belajar kat mesir ni. banyak kebajikan dapat.

sikap berlumba-lumba untuk buat kebajikan ni patut dicontohi oleh semua mahasiswa yang ada kat mesir ni. orang kata buat baik berlambak-lambak, buat jahat jangan walaupun sekali. punya la tak sabar nak buat kebajikan, IMAM terpaksalah ditubuhkan dulu, baru pikir pasal perlembagaan. ala.. perlembagaan je pun, yang penting kebajikan la.. jangan pikir orang kata apa. nak buat baik pun salah. haish..

yang pelik tu, mahasiswa dari negeri lain duk sebuk-sebuk pasal? konon nak mengamalkan cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit. poyo je.. bagaikan satu tubuh la, hik hik, tak boleh bla.. tu masalah bebudak melaka la.. dunia sekarang kan mengamalkan hidup nafsi-nafsi. apa orang kata? kubur lain-lain. biar je la diorang settle sendiri. apa la korang dapat duk sebuk-sebuk jaga tepi kain orang. kain baju sendiri pun tak basuh-basuh.

tengok macam ni, sokong dan taat je..

aku : rakyat dihulukan, pencapaian ditamakkan. bak kata opah kaw; kalau sorang terkentut, semua akan tercium baunya..

.

penjawat awam : kena la sUkUng kerajaan

assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh

pilihan raya kecil datang lagi, ntah kali yang ke berapa ntah lepas pilihan raya umum ke-12 2008. banyak sangat pilihan raya daa.. bik-en pun susah nak cari modal kempen, diorang ni suka mati lak lepas pilihan raya umum hari tu.

nasib baik ada pegawai kerajaan yang berhati perut tolong kempenkan, kalau tak parah jugak la. dah nama pun kerja kerajaan, mesti la kempen untuk kerajaan. takkan nak lawan kerajaan lak. tak patut-tak patut.

tempat paling sesuai kempen mesti la kat sekolah. kan sekolah tempat tumpuan ibu bapa untuk hantar anak belajar. lagi pun, kan kebanyakan ibu bapa adalah pengundi. jadi, kesempatan ini la nak kempen pun. guru-guru kena la terlibat sama. jangan nak culas-culas lak. kang tukar sekolah, baru tau. tak tukar daerah ke.. tukar negeri ke.. hantar kat pedalaman kang, komfem tak nak. baik taat je..

pembangkang mana boleh kempen kat tempat awam. nanti jadi huru-hara lak. internet pun tak boleh. paper, risalah, rapat umum, semua la senang kata tak boleh. pembangkang duduk diam je. senang cerita tak payah masuk bertanding. baru la nampak bik-en ni kuat.

ada pulak pegawai kerajaan ni tak nak kempen untuk bik-en, tak patut betul la.. macam dalam video ni :




ish-ish-ish. memang nak kena buang keje terus ni. ada ke patut dia nak melawan kerajaan.


aku : demokrasi labu. bak kata opah kaw ; cakap biar serupa bikin, bikin apa? bikin kereta rosak kot..

waAllhu a'lam
.

Wednesday, January 5, 2011

muSyrif : pe barang..

assalamualaikum WarahmatuLlahi Wa Barakatuh

memang perempuan itu diciptakan hebat sehingga boleh menggoncangkan dunia. tak caya? tengok ayat-ayat ni :

kami hebat. kami power. kami ada kung-fu. kami belajar silat. kami ada pemedih mata. kami ada pisau. kami ada buku lima. kami training cegah ragut. kami training cegah raba. kami ramai. kami nak bebas. kami rimas la ada musyrif. malas la nak susahkan orang dengan suruh jadi musyrif untuk kami yang pergi sesuatu tempat kerana kami. kami pergi talaqqi la, bukan pergi tempat maksiat pun. kami dari program kat dewan. takde sape nak jadi musyrif. tadi ada musyrif, ntah dia pergi mana plak.

abes, kat malaysia boleh je keluar malam. jadi, sepanjang duduk kat mesir memang tak boleh keluar malam la? kami nak melihat keindahan mesir di waktu malam, katanya penuh lampu-lampu, cantik-cantik. doktor hospital tu buat appoinment malam. nak juga dinner kat cafe. kami dari shopping compleks tadi, keluar-keluar dah malam.

arab baik. arab bagus. arab jambang tu. arab pakai jubah tu. arab tu penah tolong aku la. arab tu kecik lagi la. arab tu belajar kat satu universiti. arab tu selalu baik ngan budak malaysia la. arab tu nak minta tolong je. arab tu biasa la kita nampak. dia tinggal kat kawasan umah kita je. arab tu hensem la. arab teksi je. arab tremco je. lagi pun kat tempat public la. arab tu kan anak baba je.

lelaki juga tidak kurang hebatnya. haa.. baca-baca :

gi cari orang lain boleh tak? aku ngantuk la. aku sebuk la. aku nak exam esok ni. aku ada program la esok. ajkt kan ada. aku segan la. aku letih la. jauh la umah diorang. apa, sampai ke kaherah? apa, alex? jauh tul. apa, dia lagi? ramai tul. dia tak cun la.

bila laki bergabung dengan perempuan, masih-masing jadi lagi hebat :

kami bermusyrif la ni, dua orang ikhwah, dua akhawat. kami bermusyrif, siap tiga orang lagi, walaupun kami dua orang je. apa salahnya musyrif dua ikhwah kepada seorang akhwat? dia kakak kandung aku la, takkan tak boleh jumpa terus? ni abang kandung aku la, takkan nak bermusyrif jugak? study group pun tak boleh? makan-makan je pun.

ni salah satu bukti hebatnya perempuan :




dalil, perempuan memang hebat


aku : kali ni slow sikit la aku perli.. sebab ada sikit salah paham. bak kata opah kaw ; sapa makan cili, rupa-rupanya cili orang lain pulak yang termakan.

..

Tuesday, January 4, 2011

nAik la lagi ye..



Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

http://malaysiakini.com/news/152429

memang best tol kerajaan aku kt Malaysia ni, suka la aku sangat-sangat.. memang suka habis la.. bulan depan naikkan lagi, baru bertambah best.. kompem pasni sume orang sujud syukur 30 minit la..

pastu jangan bagi peniaga-peniaga naikkan harga barang tau. mana boleh naik harga. minyak naik harga mana ada kena-mengena dengan barang niaga ni, tambah-tambah lagi barang keperluan asasi. peniaga-peniaga ni suka je amek kesempatan untuk naikkan harga bila kerajaan naikan harga minyak, hampes tol la..

Monday, January 3, 2011

malaysian day's : no rules?

assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh

baru-baru ni ada dilaksanakan satu program yang melibatkan rakyat mesir dan malaysia di zazik. program tu memang best siut. apa nama dia, ingat-ingat lupa lak, biasa la best gila, pcz atau dpmz pun tak bleh buat camtu. grand la habaq hang. enjoy, meriah, happening, dan terbaik la dari rakyat malaysia yang berada di zazik ni.. mantop ! mantop !

dalam program tu macam-macam ada, biasa la, first time buat, mesti gempak la. korang yang tak gi memang rugi la. ada makanan-makanan dan masakan-masakan malaysia, persembahan silat, persembehan budaya-budaya rakyat malaysia, choral speaking dan macam-macam lagi la.. banyak sangat nak habaq.. memang yang tak gi tu rugi la..

haa.. baru la ingat program tu nama pa = Sawa Family & Malaysian New Year Festival = best dol, dah la buat kat lam zagazig university. klau setakat program pcz dan dpmz tu, asyik-asyik buat kat dewan sempit ciput terpesorok. macam hape ntah. program ni, arab mesir pun datang tengok dol. bleh la diorang kenal malaysia tu camne.. ada ke pcz buat? harap la..

antara benda best yang lam program ni, leh buat suka hati dan tak yah nak risau dengan ustaz-ustaz azhar yang kebanyakannya bajet cool dan doctor-doctor medic yang bajet alim. padahal, bila orang nak buat ni tak boleh, buat tu tak boleh. sampai bila nak maju ntah la.. tengok lam program tu, bebas je nak posing-posing gambar dengan awek-awek malaysia. posing dengan awek mesir pun boleh dol. sekarang zaman moden la, buat pe nak sebuk-sebuk ikut syarat-syarat ikhtilat tu? bukan ada buat apa pun, just bergambar je, haduuhh.. susah la semua tak leh. sampai bila malaysia nak kekal dengan gelaran negara membangun? cepat la sikit maju, kata nak moden, mesti la copy paste dari negara maju cam amerika, eropah tu sume. ni ha bukti takda masalah kalau nak ikhtilat.

program kali ni juga yang untungnya boleh tengok lagi sekali awek-awek zazik buat choral speaking, best woo~~ hari tu dah buat sekali kat majlis penutup Fiesta pcz, tapi cam kureng best la. mana taknya, training pun bape hari je.. hari semalam adalah sejarah. jadi kali ni, choral speaking ni mesti lebih mantop. lepas ni boleh upload youtube lagi. ala.. bukan ada pape pun just suara je. mana ada buka-buka baju atau pakai baju seksi-meksi. gila pa nak pakai baju seksi musim sejuk ni. akai ada? suara pompuan aurat diorang kata? ini otak jumud lagi.. tak tengok ke bape banyak artis pompuan, kumpulan nasyid pun ada macam ni. haiya.. bikin susah la.. diorang tu lagi la, suara tu buat sebagai sumber pendapatan lagi. nak lagi sedap coral speaking mesti kena beralun-alun suara tu.. kalau tak, memang tak best la choral speaking tu..




ahaa.. ni bab lagi penting. korang tak tengok ke, dengan penganjuran program ni, rakyat malaysia boleh bersatu dengan satu nama iaitu : MALAYSIA. anda rakyat malaysia? tak kan tak kot.. lam program tu siap nyanyi lagu negaraku lagi. lam program pcz, dpmz ada? harap la.. diorang nampak je cam bagus, negaraku pun tak dinyanyikan kalau dalam program diaorang tu. kata rakyat malaysia. ceh, bla la.



kita duk kat mesir ni, mesti tunjukkan kita ni rakyat malaysia. tak payah la tiru-tiru budaya rakyat mesir ni, bukan bagus sangat pun. pcz dan dpmz tu terlalu ikut sangat budaya mesir la tu, tu yang sikit-sikit kita mestilah bersatu di bawah satu panji, Islam. menyampah sial. mana ada negara maju yang laksanakan Islam. tak payah la nak bersandiwara lagi, semua tu sia-sia je. orang sekarang mana ada amalkan agama dalam kehidupan.

terima kasih la kepada yang menyokong program macam ni, kita mesti la bebas nak lakukan apa yang kita suka. jangan peduli apa orang kata. diorang tu memang dengki tengok orang lain senang. pastu suka bagi alasan Islam tak bagi la, tak sesuai dengan budaya la, apa la..

sebenarnya banyak lagi nak cite kat sini, tapi kang habis masa lak, aku nak study lagi. huh, harap-harap tahun depan boleh la buat lagi program macam tu, best, meriah, happening, bebas, realiti, tak hipokrit, dan lain-lain la sewaktu dengannnya..

aku: guna ayat perli suda.. bak kata pepatah opah kaw, anak kecil main api, anak muda pun main api gak, api apa? waAllahu a'lam.



Sunday, January 2, 2011

tiada makna pun tahun baru

Percikan mercun, serangan bom, keganasan militan, banjir antara penyebab

MANILA: Sambutan Tahun Baru 2011 tercemar selepas beberapa kejadian tidak diingini berlaku yang mengorbankan dan mencederakan beratus-ratus orang di seluruh dunia.
Di ibu kota Filipina, dua orang terbunuh dan 546 orang cedera terkena percikan mercun dan tembakan senjata api ketika penduduk tempatan menyambut kedatangan Tahun Baru.
Pegawai berkata, angka mangsa itu adalah lebih tinggi dibandingkan ketika sambutan 2010. Ramai penduduk Filipina percaya dengan tradisi masyarakat Cina bahawa sambutan hiruk pikuk menggunakan mercun dapat menghalau hantu dan nasib malang tetapi kenyataannya berbeza.

Di NARATHIWAT, dua anggota polis dari skuad pemusnah bom Thailand terbunuh manakala sembilan yang lain cedera dalam satu letupan di selatan Thailand selepas pasukan keselamatan memberi amaran mengenai keganasan yang mungkin berlaku menjelang Tahun Baru.

Pegawai polis berkata letupan bom terbabit, yang kedua dalam tempoh empat hari, berlaku di depan sebuah gerai, membunuh pegawai polis 50 tahun di tempat kejadian. Seorang lagi anggota polis meninggal sejurus tiba di hospital akibat terkena serpihan bom.

Di PESHAWAR, serangan berasingan dua peluru berpandu Amerika membunuh 14 orang dekat sempadan Afghanistan di timur laut Pakistan.
Dalam serangan pertama, 9 orang maut dan lima lagi terbunuh selepas orang ramai kena serangan ketika cuba membawa mayat mangsa serangan.

Di RAMALLAH, seorang wanita Palestin, Jawaher Abu Rahma, 36, maut selepas tersedut gas pemedih mata yang dilepaskan askar Israel ketika menyertai bantahan terhadap pembinaan tembok keselamatan Yahudi di Tebing Barat.

Tentera Israel berkata, ia menggunakan kaedah menyuraikan penunjuk perasaan bagi menamatkan protes 250 orang di perkampungan Bilin. Gambar kejadian menunjukkan asap gas pemedih mata menyelubungi penunjuk perasaan.

Di ISKANDARIAH, seramai 21 orang terbunuh selepas sebutir bom meletup di depan gereja Kristian Koptik ketika penganut agama itu keluar dari bangunan berkenaan.
Serangan itu berlaku selepas militan al-Qaeda beberapa kali mengancam menyerang penduduk Kristian Mesir.

Di KAHERAH, banjir disebabkan hujan lebat menghanyutkan sebuah bas dipenuhi 77 pelajar sekolah perempuan dan guru mereka yang melalui lebuh raya di selatan negara itu, menyebabkan kematian 15 orang, kebanyakannya pelajar.

Di ABUJA, empat orang maut dan 26 lagi cedera dalam serangan bom di sebuah pasar yang terletak di pinggir berek tentera di ibu kota Nigeria.

“Hingga ini, empat orang terbunuh termasuk seorang wanita hamil manakala 26 lagi cedera, 11 daripada mereka tenat,” kata Menteri Pertahanan, Adetokunbo Kayode. – Agensi


berita ini menunjukkan bahawa tiada keperluan menyambut tahun baru.
banyak negara mengalami kecelakaan pada hari pertama pada tahun baru yang kononnnya disambut meriah oleh kebanyakan negara.
dah la kebanyakannya negara Islam.
kita masih lagi nak berpesta
tak paham-paham ke Islam dah bagi perayaan besar iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha
hari Jumaat, perayaan mingguan.
tak cukup-cukup lagi?
hidup nak berpesta dan berseronok je..
nak tiru sape?

biarlah kita moden dengan cara sendiri
buat apa nak tiru budaya negatif dari barat?
kenapa perlu tiru?
kita tak de identiti sendiri ke?
mana jati diri kita?

Berita Harian Online | Permulaan 2011 tidak ceria