Sunday, June 13, 2010

Cara Menghapus Kekalkan Akaun Facebook


Ternyata mendelete account facebook itu tidaklah mudah. Artikel sebelumnya saya member tahu bagaimana men”deactivate” akun facebook kita. Untuk anda yang sudah mencobanya, saya minta coba login kembali ke facebook. Apabila anda dapat masuk dengan mudahnya, berarti anda telah gagal mendelete akun tersebut.

Berikut adalah langkah yang benar bagaimana mendelete akun facebook kita (tidak hanya deactivate). Saya nasehatkan kepada anda untuk benar-benar focus pada langkah ini, karena membutuhkan waktu yang lama untuk benar-benar mengapusnya. Saya membutuhkan waktu 5 jam untuk benar-benar membuat halaman akun saya kosong. So, enjoy!

- Hapus semua kawan anda dengan cara mengklik tanda “x” lalu memilih “remove friend”.
- Hapus semua foto di halaman album anda. Caranya, masuk ke halaman foto, lalu pilih album dan pilih “delete this album”.
- Hapus semua komentar yang anda kirim, dengan cara masuk ke halaman profile lalu pilih tanda “x” dan pilih “delete” di setiap kotak wall dan komentar anda.
- Cabut keanggotaan anda dari groups, fan, dan supporter di halaman INFO. Caranya dengan mengunjungi group anda lalu pilih “remove”.
- Hapus semua info tentang anda. Pilih “info” edit.
- Remove smua tag yang ada di halaman foto anda
- Kirim email ke http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account dan pilih hapus akun secara permanen. Masukkan password anda lalu masukkan kata sandi yang terlihat.

- Setelah terkonfirmasi, facebook akan memberitahukan bahwa jika Anda tidak login selama 14 hari, maka akun anda akan terhapus dan tidak bisa direcovery.
- Setelah itu facebook akan log out otomatis.
- Silahkan perikasa 14 hari kemudian dengan login dengan akun anda. Kalau tidak bisa berarti facebook anda berhasil di delete.
Sumber : http://itguidelines.blogspot.com/2009/01/how-to-delete-facebook-account.html

Kesimpulan setelah saya melakukan langkah-langkah di atas adalah, semakin lama anda menjadi member di facebook maka akan semakin panjang waktu yang anda butuhkan untuk menghapus akun anda. Atau singkatnya, semakin lama semakin susah untuk keluar dari facebook. Jadi, sebelum anda terjajah olehnya lebih baik anda berhati-hati. :D

Ana Uswatun K.

Kullihyyah of ICT, IIUM


Friday, June 11, 2010

Perbahasan Syara' Tentang Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch)




Pendahuluan

Bahagian ini akan membincangkan perbahasan yang berkaitan dengan penubuhan Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch), dan saya membahagikan perbahasannya kepada beberapa bab, iaitu :

1. Pengenalan Baby Hatch

2. Hubungkait Dengan Maqasid Syariah

3. Beberapa Percanggahan Dengan Maqasid

4. Fiqh Muwazanat Dalam Perbahasan Ini

5. Kesimpulan

Kelima-lima perkara ini mempunyai hubungkait yang sangat rapat dalam perbahasan tentang Pusat Perlindungan Bayi ini. Perbahasan ini sekadar membincangkan tentang Pusat Perlindungan Bayi secara umum, tanpa mengaitkannya dengan mana-mana pertubuhan.


Pengenalan Baby Hatch

Pusat Perlindungan Bayi yang diperbahaskan di sini ialah sebuah pusat yang memusatkan penjagaan bayi yang dibuang. Maka, bayi yang tidak diingini oleh ibu mereka, akan dipusatkan di sini bagi mengelakkan terbuang.

Antara fungsi utama pusat ini ialah :

1. Bayi yang ditemui terbuang akan dipusatkan di bawah pusat penjagaan.

2. Ibu bapa tidak mampu menjaga anak mereka, juga dipusatkan di bawah pusat penjagaan ini.

(Sumber : en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch)

Di sana, beberapa buah negara telah pun menubuhkan pusat ini, antaranya ialah :

1. Austria
2. Jerman
3. Republik Czech
4. Perancis
5. Jepun
6. Britain
7. Pakistan

(Sumber : en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch)

Contoh pertubuhan yang telah menubuhkan pusat ini di Malaysia seperti OrphanCARE bertujuan memusatkan penjagaan di bawah satu kelolaan bagi bayi yang dibuang yang telah dilancarkan perasmiannya oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, baru-baru ini.

(Sumber : Berita Harian, 31 Mei 2010)


Hubungkait Dengan Maqasid Syariah

Maqasid Syariah ialah matlamat atau tujuan penetapan syariat. Maka, syariat digariskan untuk menjaga kepentingan manusia, iaitu menjaga 5 perkara yang berkaitan dengan manusia. Iaitu :

1. Menjaga Agama atau pegangan manusia
2. Menjaga nyawa atau jiwa manusia
3. Menjaga akal manusia
4. Menjaga keturunan manusia
5. Menjaga harta dan hak milik manusia

Secara umumnya, syariat digariskan sebagai kepentingan manusia (maslahat). Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Surah al Anbiya’ : 107)


(Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, Mu’assasah ar Risalah, cet pertama, 2010, hal. 289)

Imam Izzuddin Abdul Salam berkata :

Sesungguhnya Syariat itu semuanya adalah kepentingan, samada menolak kerosakan, ataupun mendatangkan kepentingan.


(Izzuddin Abdul Salam, al Qawa’id, jilid 1, hal. 9)

1. Islam menjaga agama (maqasid pertama), iaitu menjaga pegangan manusia. Maka, penubuhan pusat penjagaan bayi hendaklah tidak bercanggah dengan maqasid ini, seperti penubuhan pusat penjagaan bayi sebagai satu rancangan Kristianisasi. Perkara ini akan dihuraikan selepas ini. Insya Allah.

2. Islam menjaga nyawa (maqasid kedua), iaitu menjaga nyawa manusia. Bayi yang dibiarkan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak dijaga. Maka, penubuhan pusat penjagaan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek “nyawa”.

3. Islam menjaga keturunan manusia (maqasid ketiga), iaitu mengekalkan kewujudan manusia di muka bumi. Bayi adalah generasi manusia yang perlu dijaga dan diwujudkan. Maka penubuhan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek “keturunan”.


Beberapa Perkara Yang Bercanggah Dengan Maqasid

Memang tidak dinafikan, penubuhan Pusat Perlindungan Bayi bertepatan dengan maqasid syariah, tetapi, harus diperhatikan juga beberapa perkara yang bercanggah dengan maqasid syariah, yang berkaitan dengan perbahasan ini. Iaitu :

1. Pemimpin Yang Tidak Melaksanakan Hudud

Pemimpin yang tidak melaksanakan hukum hudud, sehingga menyebabkan banyaknya berlaku pembuangan anak hasil zina. Maka pemimpin yang tidak melaksanakan hudud, telah bercanggah dengan syariat Islam. Ini kerana pelaksanaan hukuman hudud adalah wajib ke atas pimpinan.

(sumber : Dr Mustafa Khin, Dr Mustafa Bugho dan Syeikh Ali Syarbaji, Fiqh Manhaji Ala Mazhabil Imam Syafie, cet. ke 8, Darul Qalam, 2007, jilid 3, ms 538)

2. Mereka Yang Membuang Anak

Mereka yang membuang anak, atau menggugurkan kandungan lebih daripada 4 bulan, hukumnya haram dan bercanggah dengan syariat. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Firman Allah SWT.

Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Surah al An’am : 151)


Daripada ayat ini, menjelaskan tentang pengharamannya ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms 450-451).

3. Menyokong Pimpinan Yang Tidak Melaksanakan Hudud

Mereka yang menyokong pemimpin yang tidak melaksanakan hudud atau tidak melaksanakan Islam, juga bercanggah dengan syariat Islam. Pimpinan yang tidak melaksanakan hudud dikira sebagai zalim, ini berdasarkan Firman Allah :

Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al Ma’idah : 44)


Di dalam ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan perkataan “fasiq”. Jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan.

Maka, Allah SWT melarang manusia daripada menyokong orang yang melakukan kezaliman. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Hud : 113)


4. Mereka Yang Bisu Daripada Menyatakan Kebenaran

Mereka yang berdiam diri daripada menegur pemimpin yang tidak melaksanakan hudud. Mereka ini juga telah bercanggah dengan syariat Islam, iaitu “mencegah kemungkaran” adalah satu perkara yang wajib. Firman Allah SWT :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Surah al Baqarah : 159)

5. Mereka Yang Menghalalkan Zina

Mereka yang menghalalkan zina dengan alasan-alasan tertentu, boleh menyebabkan terkeluar akidah. Kerana telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Maksudnya : Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang yang mereka sekutukan (Surah at Taubah : 31)

(sumber : Kitab Syarah Showi Ala Jauharah Tauhid, Syeikh Ahmad bin Muhammad al Maliki, cetakan ke 4, Darul Fikr Damsyik, tahqiq Dr Abdul Fattah Bazzam, hal. 423)

6. Mereka Yang Berzina

Mereka yang berzina, juga bercanggah dengan syariat yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) (Surah al Isra : 32)

Maka, jelas di sini bahawa Penubuhan Pusat Perlindungan Bayi adalah bertepatan dengan syariat, yang merupakan keperluan manusia. Tetapi ia bukanlah jalan penyelesaian untuk membenteras gejala zina. Bahkan terdapat kewajipan yang perlu berbanding penubuhan pusat ini. Perkara ini akan diperjelaskan selepas ini.

Fiqh Muwazanat Dalam Perbahasan Ini

Setelah kita dibentangkan dengan persoalan tentang maqasid Syariah, di sini akan melihat pula dari perspektif Fiqh Muwazanat, iaitu menimbang di antara maslahat (kepentingan) dan mafsadah (kerosakan).

1. Secara umumnya, kepentingan menjaga nyawa seseorang lebih penting daripada memikirkan kemungkinan zina lebih berleluasa disebabkan penubuhan pusat seperti ini.

Ini kerana kepentingan itu dilihat lebih besar, berbanding kerosakan yang mendatang. Maka, kita perlu mengutamakan kepentingan yang lebih besar, berbanding kerosakan yang kecil.

2. Kerosakan yang kecil tersebut (zina), perlu diselesaikan dengan hukuman hudud. Maka, melaksanakan hukuman hudud itu lebih utama berbanding menubuhkan Pusat Perlindungan Bayi.

Ini kerana melaksanakan hudud itu adalah kepentingan yang lebih besar, berbanding penubuhan pusat ini. Iaitu sekiranya bertembung di antara dua maslahat (kepentingan), maka perlu diutamakan maslahat yang lebih utama.

3. Melantik pimpinan yang melaksanakan Islam adalah wajib, dan kepentingan yang begitu besar dalam menjaga maslahat. Maka, memperjuangkan pimpinan yang akan melaksanakan Islam dengan sebenar-benarnya, lebih besar dan utama berbanding menubuhkan pusat ini.

Maka, utamakan apa yang perlu diutamakan. Iaitu, maslahat (kepentingan) melantik pimpinan yang melaksanakan hukum Islam, lebih utama berbanding penubuhan pusat ini. Tetapi, penubuhan pusat ini bukanlah bercanggah.

4. Mencegah maksiat adalah wajib. Maka, mencegah maksiat lebih besar, lebih diutamakan daripada mencegah maksiat yang kecil. Maka, mencegah maksiat “tidak melaksanakan hukuman hudud” lebih wajib daripada mencegah maksiat berzina atau buang anak. (bukan bermakna tidak mencegah maksiat kecil)

Maka, utamakan apa yang perlu diutamakan. Sepertimana yang telah disebutkan, sekiranya bertembung di antara dua kerosakan, maka perlu dihapuskan kerosakan yang lebih besar dahulu. Bukan bermakna membiarkan kerosakan yang sedikit.

5. Sekiranya terdapat bentuk serangan Kristianisasi dalam penubuhan Baby Hatch ini, kita perlu menubuhkan pula Pusat Penjagaan Bayi di bawah organisasi Islam. Ini kerana :

a) Menyelematkan nyawa bayi adalah wajib dan selari dengan maqasid syariah.

b) Menyelamatkan akidah dan pegangan bayi tersebut juga merupakan maqasid syariah.

Maka, menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah organisasi Islam merupakan kepentingan (maslahat) yang utama, selain daripada melantik pimpinan yang melaksanakan Islam.

6. Penubuhan Baby Hatch ini adalah merupakan perkara yang “diperlukan segera”, walaupun terdapat keutamaan yang lain. Maka, ia jangan dilewat-lewatkan. Ini kerana perkara yang diperlukan segera walaupun terdapat keutamaan yang lebih, maka perlu dilaksanakan perkara ini. Tidak perlulah menunggu pemimpin melaksanakan Islam, barulah hendak menubuhkan Pusat ini.

(Sumber : Dr Majdi Hilali, Min Fiqhil Aulawiyat, cet. pertama Maktabah Darul Andalus, 2008 dan Dr Yusof al Qaradhawi, Fi Fiqhil Aulawiyat, cet. kelapan, Maktabah Wahbah, 2008)

Kesimpulan

Kesimpulan di sini ialah, keutamaan yang perlu diutamakan terlebih dahulu ialah :

1. Menubuhkan sistem gerakan dalam menaikkan pimpinan Islam. Sekiranya tiada sistem, bagaimanakah pimpinan Islam tersebut boleh dinaikkan? Maka, inilah yang dinamakan sebagai gerakan Islam. Maka, wajib bagi setiap individu muslim, untuk bersama dengan gerakan ini, untuk mencegah kemungkaran dan meninggikan Islam.

2. Melantik pimpinan yang melaksanakan sistem Islam adalah wajib. Maka, untuk melantik pimpinan seperti ini memerlukan kepada sistem tadi. Ia diperlukan untuk menyelesaikan masalah buang anak, dan memastikan maqasid syariah terpelihara. Sekiranya pimpinan ini tidak melaksanakan Islam, kita perlu menggantikannya dengan pimpinan lain.

3. Kemudian, barulah difikirkan untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi yang diperbahaskan di sini. Iaitu yang selari dengan maqasid syariah. Sekiranya bercanggah, contohnya seperti Pusat Penjagaan Bayi yang berunsur Kristianisasi, maka perlu ditubuhkan di bawah organisasi Islam.

Ketika ini, tindakan yang perlu diambil ialah :

1. Menggabungkan diri bersama gerakan Islam.

2. Memperjuangkan pimpinan yang melaksanakan Islam.

3. Mencegah kemungkaran dan menegak kemakrufan.

4. Menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah Islam.

Kesemua ini tidak bertembung di antara satu sama lain. Maka lakukanlah ia sekaligus. Iaitu melaksanakan keempat-empat perkara ini tanpa mengabaikan salah satu darinya kerana keempat-empatnya adalah penting.

WaLlahua’lam

(sumber)

Thursday, June 10, 2010

Najib adalah Yahudi yang bertopengkan Melayu!





Kita perhatikan sebelum ini Mat Monggol mengecam Zionis dalam dalam nada yang "acuh tak acuh" walau rakyat 1 malaysia masih lagi melihat sikap mat monggol dalam satu kehairanan.Kita mula mengesyaki seakan ada satu pakatan rahsia antara Mat Monggol dan Haram jadah - haram jadah Zionis ini kerana pada beberapa hari sebelum serangan keatas kapal mavi marmara yang membawa aktivis freedom flottila Mat Monggol telah pun di maklumkan oleh MAPIM iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia yang mana kemungkinan besar rejim zionis Israel akan menyerang kapal misi kemanusiaan berkenaan lima hari sebelum kapal tersebut di serang.

Pendedahan mengejut oleh MAPIM mencemari usul yang dibawa oleh Mat Monggol di Parlimen hari ini, membidas serangan itu dan meminta masyarakat antarabangsa untuk bertindak tegas terhadap Israel, tujuh hari selepas serangan berkenaan Tetapi apakah yang lakukan oleh Mat Monggol?

Dalam salinan surat yang diperolehi, MAPIM memberitahu Mat Monggol bahawa Israel berkemungkinan besar akan melancarkan serangan ketenteraan bagi menghalang misi kemanusiaan itu dari sampai ke Gaza.

Justeru badan itu menggesa Mat Monggol untuk memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB memberi perlindungan kepada kapal-kapal yang terbabit dari misi itu daripada kekejaman Israel.

Malah Mat Monggol juga diminta untuk mengerahkan kapal pengiring khas untuk misi itu selain memohon bantuan daripada Persidangan Negara-negara Islam atau OIC, dan Kesatuan Eropah.

Hari ini Mat Monggol berdiri di Parlimen untuk menyampaikan bantahan kerajaan pimpinannya terhadap serangan itu.

Namun yang menjadi pertikaian ialah sikap yang dipamerkan oleh UMNOPCO dalam memastikan keselamatan misi kemanusiaan berkenaan yang membabitkan sukarelawan dan wartawan malaysia.

Pendedahan penglibatan syarikat Zionis dalam kempen 1Malaysia membuktikan bahawa walaupun MuNkEeE - MuNkEeE UMNO bersorak menentang Israel tetapi pada masa sama memberi dana kepada Israel secara langsung melalui pemberian tender kepada syarikat Zionis iaitu APCO dalam mempromosi Kempen 1 Malaysia.

Bukan itu sahaja pembongkaran satu Rahsia dengan pengakuan Pengarah Logistik Polis Diraja Malaysia iaitu CP Dato'Mashuri Bin Zainal yang memberitahu tahu bahawa dua agen perisik Israel terlibat dalam menaiktaraf sistem laporan Polis(Police Reporting System)



PRS Cancellation Doc 2




PRS Cancellation Doc 3

Mat Monggol juga merampas tanah Orang Melayu-islam Kampung baru dan mahu menggadaikannya kepada orang bukan melayu.


Hari ini Kemunafikan Wajah Mat Monggol yang bertopengkan Yahudi Zionis kini begitu terserlah apabila sebuah kapal misteri bernama Zim Genova milik Zim Israel Nevigation Company dilaporkan berlabuh di Perlabuhan Klang sejak semalam, sebagaimana dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Usul Mat Monggol di Dewan Rakyat menunjukkan kemunafikan politik Mat Monggol kerana semalam Mat Monggol bersama-sama Ahli Parlimen UMNOPCO mengecam keganasan Israel tetapi, pada masa yang sama menjalinkan perdagangan komersial dengan negara haram itu.

Kini Mat Monggol bersikap munafik bukan sahaja dengan agamanya , malah dengan bangsanya (Melayu) dan seluruh Masyarakat dunia,kini 1 malaysia boleh menyaksikan topeng yang di pakai oleh Mat Monggol dan tertanggal dan menyerlahkan wajahnya yang amat hodoh sekali.

Wajah Zionis Israel yang menjadi musuh islam berabad - abad lamanya,di selindungi oleh Topeng Melayu 1 malaysia yang mana semangat Hidup Melayunya telah pun selamat di semadikan.Mat Monggol berpura - pura di hadapan rakyat 1 malaysia.

Disebelah Mat Monggol berdiri Seorang perempuan puaka yang mana jika di lihat dari satu hijab lain yang akan kelihatan lebih dan menakutkan dari pontianak, langsuir mahupun mak lampir.Jelas sekali kedua - duanya menjadi musuh Umat Manusia yang amat dahsyat sekali.

Yang si suami sahabat kepada Zionis manakal si isteri Sahabat kepada Syaitan,dan kini kedua - duanya adalah sahabat kepada seluruh Umat Manusia dari Zaman Nabi Adam hinggalah Ke Zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Hanya satu Pesanan LeeSlimShady kepada Rakyat 1 Malaysia.

Andai sampai ke tahap ini pun anda tak boleh nak menilai siapa kah kedua - dua mahkluk ini,jangan salahkan kami andai anak anda dirogol,di bunuh dan harta benda anda dirampas sesuka hati.

Andai kata anda di dakwa di padang mahsyar kelak kerana memangkah parti pro - bani israil,jangan salahkan kami sekiranya kami tak mengingatkan anda.Bukalah mata,buka lah hati.UMNO kini bukan melayu lagi.

Selamatkan dunia,selamat kan maruah Islam,selamat kan Malaysia dengan mengalihkan undi dan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat.

Tuesday, June 8, 2010

manusia lebih teruk dari binatang




Anggota polis forensik memeriksa mayat janin yang ditanam di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di No 14, Jalan 712 D, Seksyen 7, Shah Alam.

Mayat bayi lelaki tidak cukup bulan dibuang ke dalam longkang di tepi jalan Seri Kembangan berdekatan Pasar Borong Selangor.

Mayat bayi bersama surat yang di tinggalkan di Masjid Negeri, Seremban.


Mayat bayi baru lahir ditemui dimakan anjing dekat Parit Jawa, Muar.


Mayat bayi perempuan dengan tali pusatnya masih belum dipotong, ditemui dalam beg plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Taman BDC Stutong, Kuching.

Mayat bayi lelaki yang berlumuran darah dengan tali pusat masih belum dipotong dijumpai dalam sebuah baldi di tempat letak kereta,bangunan Wisma Saberkas, Kuching.



Mayat bayi yang dicampakkan dari tingkat 17 sebuah flat sehingga pecah kepalanya ditemui di Kuala Lumpur.

Mayat bayi dijumpai terdampar di tebing Sungai Pemandi, Kampong Makam. Kota Tinggi.

Janin bayi yang di temui di dalam saluran najis di sebuah stesen minyak di Bukit Indah 1 Nusajaya, Johor Bahru.


Keadaan mayat bayi yang berbau busuk yang diletak dalam sebuah beg di sebuah rumah teres kosong di Taman Saga, Seremban.

Mayat bayi perempuan yang dijumpai di tapak perlupusan sampah Jalan Matang kira kira 12 kilometer dari Bandaraya Kuching.

Polis menemui beg mengandungi mayat bayi berusia lingkungan dua hingga tiga minggu yang ditemui di tepi sebuah tiang di Stesen Monorail Maharajalela.


Mayat bayi perempuan yang berusia satu bulan di temui terapung berhampiran jeti Tanjung Api, Kuantan.

Seorang anggota polis penyiasat sedang memeriksa mayat bayi lelaki yang ditemui di tapak pelupusan sampah Pajam, di Nilai.

Mayat bayi lelaki masih bertali pusat ditemui orang awam di tepi Blok J, Flat Lobak, Jalan Lobak, Seremban.

"Boikot Israel" Tapi Benar Buka Kilang Di Malaysia





Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (kecuali oleh proksinya iaitu UMNO). Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Rakyat yang sedar seharusnya malu dengan tindakan hipokrit regim dalam membenarkan pelaburan berjumlah RM1 billion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecah tanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15hb. Mac, 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tika seluruh dunia mempertingkatkan tekanan terhadap Zionis Israel, Malaysia pula dalam keadaan munafik mengundur kebelakang.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubung kait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar.

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia kononya telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB namun dalam wajah yang lain kita sebenarnya munafik/hipokrit.

Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang kononnya dipertahankan sekian lama. Lebih dari itu sebenarnya dalam muka yang lain Regim pemerintah Malaysia pada tahun 1994 telah meluluskan melalui parlimen satu kebenaran khas untuk membenarkan hubungan dagang dengan Israel.

Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang kononya tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966.

Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab.

Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Ha'aretz pada 19 Julai 2002.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

Rakyat harus bangkit mendesak Regim UMNO/BN Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

TH (Tabung Haji) properties juga seharusnya tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. Tabung Haji seharusnya lebih prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

Seharusnya seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang dilaungkan diseluruh dunia. Malaysia juga melalui perbagai pertubuhan termasuk pemimpin regim kononya menyahut seruan ini tetapi perkembangan membenarkan pemilikan hartanah atas nama Coca - cola amat memalukan.

Inilah punca Israel terus berani dan Zinois terus mengganas kerana ramai pemimpin dunia hipokrit. Israel dan Zionis sememangnya diketahui dulu, kini dan selamanya ganas dan jahat tetapi yang bersekongkol dengan wajah munafik menentang di muka yang lain lebih jahat dan kianat lagi.

-CheguBard


asal logo Coca-Cola :
terbalikkan logo..




haa..



la Muhammad, la Makkah. tidak Muhammad, tidak Makkah. anti Islam tu.. nak jugak minum?

Sunday, June 6, 2010

Jangan jadikan Telekung satu isu


Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’. Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat! Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

* Yakin telah masuk waktu
* Menutup aurat
* Mengadap kiblat
* Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
* Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. Jadi, wajibkah?

Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.” [ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

Diterima melalui email dari qaramie. Artikel asal dari Nisa Melaka.

Teori Israel Musnah 2022 ?



BOLEHKAH diterangkan mengenai kewujudan Haikal Sulaiman yang berada di bawah tapak Masjid Al-Aqsa dan berita mengenai kemusnahan kaum Yahudi dan kerajaan Israel pada 2022. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu. Harap dapat penjelasan.
(azriamin@yahoo.com)

HAIKAL adalah sebuah tempat ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman AS untuk bermunajat kepada Allah SWT di samping istananya yang hebat pada ketika itu. Buku sejarah Lubnan menyebut mengenai pembinaan itu dengan bantuan masyarakat kaum Kan’an (penduduk Baitulmaqdis ketika itu). Ada yang mengatakan bahawa ia hanya sebuah mihrab (tempat munajat) yang mempunyai kedalaman sepuluh hasta dan lebar di kiri dan kanan hanya lima hasta. Sejarah tidak dapat memastikan tempat dan bentuk yang tepat bagi haikal itu. Seorang paderi Kristian (Bost Gorge) di dalam kitabnya menyebut bahawa ia terletak di pintu masuk Bandar Khalil (Baitulmaqdis) yang disebut dengan nama ‘Mihrab Daud’. Apa yang jelas ialah tempat yang menjadi tapak haikal itu, bukan di bawah binaan Masjid Al-Aqsa sekarang seperti dakwaan orang Yahudi. Dakwaan orang Yahudi adalah palsu berdasarkan fakta di bawah:
  • Sebenarnya tiada satu kesan walaupun sebuah binaan kecil yang menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman pernah membina haikal di tapak Masjid Al-Aqsa. Semuanya musnah selepas serangan Raja Babylon (Bokhtansar) pada tahun 589 sebelum kelahiran Nabi Isa AS iaitu 300 tahun selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS.
  • Peristiwa Israk dan Mikraj adalah janji Allah SWT yang menunjukkan bahawa Islam sudah sampai ke sana dan al-Quran sendiri menyebut masjid bukannya haikal. (Masjidul Aqsa).
  • Nabi Ibrahim juga beragama Islam seperti yang jelaskan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Imran ayat 67 bermaksud: “Tidaklah Ibrahim itu Yahudi atau Nasrani, tetapi adalah seorang Islam”.
  • Al-Quran mula dikumpulkan pada tahun 12 Hijrah ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar RA dan Kitab Taurat orang Yahudi hanya ditulis selepas 800 tahun kewafatan Nabi Musa AS. Ini menunjukkan bahawa Taurat amat terdedah kepada penyelewengan dan penipuan.
Kesimpulannya, orang Yahudi tidak boleh mendakwa bahawa bumi Palestin dan Baitulmaqdis sebagai milik mereka kerana Nabi Ibrahim AS sudah datang ke sana sejak 1805 sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Tujuan dakwaan berkenaan hanya untuk menghalalkan pencerobohan mereka terhadap tempat suci umat Islam itu.

Mengenai kemusnahan Yahudi dan kerajaan Israel pada tahun 2022, tidak dapat dipastikan. Semuanya mengikut pendapat sesetengah pihak yang meneliti dan merumuskan bahawa tertegaknya kerajaan Israel adalah permulaan kepada kemusnahan mereka. al-Quran menerangkan mengenai berlakunya kemusnahan mereka. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan kami tetapkan terhadap Bani Israel di dalam kitab bahawa mereka akan melakukan kerosakan di atas bumi ini sebanyak dua kali dan menunjukkan sifat sombong. Maka apabila datang saat hukuman bagi kejahatan pertama, kami datangkan hamba-hamba yang perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung. “Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, maka kami akan membantumu dengan harta dan anak-anak dalam sekala yang besar. Jika kamu berbuat baik, maka ia untuk dirimu sendiri. Begitu juga dengan kejahatan. Apabila datang saat hukuman yang kedua, maka kami bangkitkan musuhmu untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam Masjid Aqsa sebagaimana ketika masuk kali pertama dulu dan membinasakan apa saja yang mereka kuasai.’ (Surah Al-Isra’ ayat 4 – 7).

Hukuman yang pertama sudah berlaku sebelum turunnya al-Quran berdasarkan ayat ke 5 bahawa mereka sudah dihancurkan oleh Babylon (Bokhtansar). (‘Itu adalah ketetapan yang pasti terlaksana’).

Hukuman kedua adalah bermula tertegaknya kerajaan Israel pada 1948 kerana al-Quran menyatakan selepas kedatangan mereka secara beramai-ramai. Firman Allah SWT: “Dan setelah itu kami berfirman kepada Bani Israel. Tinggallah di negeri ini, tetapi apabila datang masa yang ditentukan, kamu akan dilumpuhkan secara beramai-ramai”. (Al-Isra’ 104). Ini jelas apabila mereka semakin ramai berkumpul di sekitar kota Baitulmaqdis ketika hampir masa kemusnahan mereka. Ayat menyebut mereka akan dimusnahkan oleh tentera yang kuat. Namun demikian bilakah kemusnahan itu, tidak dapat diteka.

Teori seorang pendeta Yahudi mengatakan bahawa kerajaan Yahudi Israel akan kekal selama 74 tahun juga tidak boleh dipandang remeh kerana sejak penubuhan negara haram Israel - 1948 sehingga 2022 adalah jangka hayat selama 74 tahun.

Pimpinan Israel juga menganggap bahawa selepas peperangan terhadap Lubnan pada 1982 adalah tahun nikmat bagi mereka sehingga 40 tahun seperti yang dinaskan di dalam Kitab Taurat ciptaan mereka. Ini bermakna penamatnya ialah pada 2022 (1982 + 40 = 2022). (Muhammad Ibrahim Mustafa-Penganalisis mengenai masa depan kerajaan Israel). Ada juga teori kebetulan yang disebut mengenai bilangan jumlah huruf dari ayat 2 surah Isra’ hingga ayat 104 berjumlah 1443. Jika dikaitkan dengan 1443 hijrah, maka ia bersamaan 2022 masehi.

Namun demikian, ia adalah teori yang tidak akan dapat dicapai sekiranya umat Islam dan dunia Arab masih lagi bercakaran antara satu sama lain dan mementingkan kedudukan dunia.

Bagi umat Islam, mereka mestilah yakin dengan ayat-ayat Allah SWT dan terus berusaha melaksanakan syariat Allah seterusnya melemahkan musuh Allah yang utama di atas bumi ini. Firman Allah SWT: “Kamu akan dapati mereka yang paling benci kepada orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang syirik dengan Allah SWT”. (Surah Al-Maidah 82).

Penulis ialah Eksekutif di Unit Agama NSTP dan boleh dihubungi melalui emel zaman@nstp.com.my

Wednesday, June 2, 2010

Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN(JUN 2001- JUN 2010)

Oleh: Riduan Mohamad Nor

"Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.

(Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:

"Kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda. Rassullullah menyebut dalam hadishnya:

"Golongan mudalah yang menbantu perjuangan dakwah"


Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan ,mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-citakaum Quraisy, dalam kebingugan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda.

Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

"Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam DPP Pusat akan mengadakan wacana Memperingati almarhum Ustaz Fadhil Noor pada 6 Jun ini, bertempat di Musolla Pejabat Agong PAS Pusat. Program ini dijangkakan seramai 200 orang peserta , dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Selangor. Antara pembentang ialah YS Salahuddin Ayub, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, Ustaz Fauzi Husain ( DUP Kedah). Semua dijemput hadir, Yuran 10.00 sahaja. Bermula 8.30 pagi..." Melakar masa depan bersama Islam"

**Riduan Mohamad Nor adalah exco DPPP, pendakwah dan perunding motivasi